MENJAWAB TULISAN RIDUAN TEE (RT) DAP MUSUH ISLAM , KENAPA PH DIAM

MENJAWAB TULISAN RIDUAN TEE (RT) DAP MUSUH ISLAM , KENAPA PH DIAM - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul MENJAWAB TULISAN RIDUAN TEE (RT) DAP MUSUH ISLAM , KENAPA PH DIAM, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Entertaiment, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : MENJAWAB TULISAN RIDUAN TEE (RT) DAP MUSUH ISLAM , KENAPA PH DIAM
link : MENJAWAB TULISAN RIDUAN TEE (RT) DAP MUSUH ISLAM , KENAPA PH DIAM

Baca juga


MENJAWAB TULISAN RIDUAN TEE (RT) DAP MUSUH ISLAM , KENAPA PH DIAM

Sebelum ni saya rasa tidak perlu menjawab tulisan penuh beremosi Riduan Tee yang tersebar. Tetapi kerana kelihatan begitu ramai hanyut dengan tulisan yang jelas bertujuan mengapi2kan sentiment agama dan perkauman ini, maka saya terpanggil untuk memberi sedikit komen. Jangan kecam saya, kerana saya tidak berhasrat membela DAP atau PH. 

  Tulisan RT dengan tajuk 10 tanda DAP musuh Islam. 

1. Tujuan tulisan saya adalah bertujuan untuk mencerdaskan dan mensejahterakan pemikiran umat Islam melayu agar dan tidak dicemari pemikiran picisan seperti yang diketengahkan oleh tulisan RT ini. 

2. Saya mohon bertanya ; Apakah Islam mengajar kita dengan mudahnya boleh menghukum seseorang sebagai MUSUH ISLAM (kafir harbi - yang layak di tumpahkan darah) hanya kerana hujah picisan RT? Hujah mengenai “Duit raya”. Sebutan “Adios”. Perspektif yang salah terhadap Dr Zakir Naik. Pertikaian peribadi dengan Datuk Ahmad Darus.? 

3. Ulama deobandi juga mempunyai pandangan yang kritikal terhadap Dr Zakir Naik (yang saya hormati). Apakah itu menjadikan ulama deobandi sebagai musuh Islam? 

4. Memberi maklumbalas mengenai kandungan khutbah pun tak boleh? Umum mengetahui ramai Jemaah jumaat sering merungut kandungan khutbah yang adakala terlalu membodek dan membosankan. Apakah ini rungutan ini menjadikan mereka sebagai musuh Islam? 

5. Mungkin RT dan orang ramai tak tahu bahawa di negeri yang diperintah DAP para khatib boleh berkhutbah tanpa teks. Khatib bebas belasah apa saja yang mereka nak cakapkan di mimbar khutbah. Malah ada khutbah yang jelas mengkritik kerajaan negeri sendiri. Ada anda pernah dengar DAP komplen dan ganggu kutbah di Penang? Adakah negeri lain yang tak diperintah oleh DAP memberi kebebasan yang sebegitu luas kepada para khatib untuk berkhutbah tanpa teks? 

6. Ganggu urusan fatwa. 
Pejabat Mufti Pulau Pinang sendiri dah buat kenyataan bahawa tuduhan ini tidak benar. Anda nak percaya pejabat Mufti atau RT? 

7. Mempersoalkan laungan azan. Tahukah anda terdapat perkeliling daripada pejabat Mufti Pulau Pinang yang menggalakkan AZAN subuh DUA KALI di masjid2/surau di Pulau Pinang. Negeri yang diperintah DAP bukan sahaja TIADA halangan untuk azan malah jumlah azannya melebihi negeri lain. Ini fakta. Masih mahu anggap DAP anti azan? YDP PAS yang lantang memfitnah DAP larang azan di Pulau Pinang (seperti video yang diviralkan), pun dah minta maaf atas fitnahnya. 

8. Mengenai larangan bacaan al quran dll (selain azan) melalui pembesar suara luar. TGNA pun pernah nyatakan bersetuju dengan pandangan ini. Malah istana Selangor telah mengeluarkan pekeliling agar hanya azan sahaja menggunakan pembesar suara luar. Apakah ini menjadikan TGNA dan istana sebagai musuh Islam? 

9. Tuduhan2 RT yang lain, bersifat terlalu umum tanpa asas yang jelas. Begitu juga tuduhan DAP mempersendakan hudud. Benarkah? DAP berhujah dengan hujah “perlembagaan” dan “undang2” (walaupun ianya mungkin hny satu alasan) Mereka berhujah atas asas tidak wajar ada dua undang2 jenayah dalam satu negara dan masyarakat Malaysia adalah majmuk. Tugas kitalah untuk menjawab dan berhujah. Malangnya RT tidak berminat berhujah/dakwah tetapi lebih cenderung buat kerja mudah iaitu menghukum. Pihak yang sebenarnya mempersendakan hudud adalah seperti pemimpin MCA/Gerakan yang menghina hukum hudud sebagai ketinggalan zaman dsb. 

10. RUU355 : 
Siapa yang bangun dan membacakan tajuk usul RUU355 dan minta tangguh?. Bukan sekali, malah dua kali. Bukankah PAS sendiri yang minta tangguh? Malah kali ketiga apabila Azalina bangun mencadangkan persidangan diteruskan tanpa pebahasan RUU355, KENAPA PAS DIAM? Malah bersetuju pulak dengan BN utk tidak dibahaskan. Jika anda ahli PAS, pernah kah anda bertanya KENAPA PAS DIAM ketika itu, biarkan RUU355 tergantung tanpa dibahaskan seperti yg pimpinan PAS menjerit2 kat luar hingga nk tanam org dijirat.

 Menjelang persidangan Parlimen terakhir KENAPA PAS DIAM Dan tidak berkeras minta usul RUU355 dibahaskan/undi, walauppun telah tercatat dalam jadual persidangan parlimen.

 Tidakkah anda jelas Siapa sebenarnya yang sengaja menggagalkan RU355 di parlimen.? Sebaliknya mencela dan menghukum org lain sebagai kafir dan musuh Islam kerana RUU355. Kemudian tanpa rasa bersalah PAS membuat kenyataan berpuashati “perhatian” yang diperolehi oleh RUU355. Siapa sebenarnya yang sedang bermain wayang RUU355? Tidak cukupkah fakta mudah ini membuka minda dan mata anda?

 Masih mahu salahkan DAP. Atau salahkan PAS yang berkali2 minta agar ditangguhkan semasa sidang parlimen? Kemudiannya HANYA BERDIAM DIRI & langsung tidak membantah apabila sidang Parlimen terakhir nak ditangguhkan tanpa membahas usul RUU355 (walaupun RUU355 sudah ada dalam jadual persidangan). 

 11. Terdapat catatan tambahan dalam tulisan RT, tuduhan2 yang kabur dengan meletakkan istilah “penyokong” PKR dan DAP. Jika ada seorang penyokong UMNO/PAS yang buat jenayah atau kesalahan apakah itu bermakna parti PAS/UMNO yang bersalah? 

 12. RT tahu orang melayu sangat sensitif dan terbakar dengan istilah2 murtad, status agama dan azan. Sebab itu diulang beberapa kali istilah2 sensitif itu. Mungkin tujuannya agar orang melayu benar2 terbakar dan tak sempat berfikir dengan waras betapa tulisannya adalah jelas karut , tiada nilai dan tanpa asas serta fakta. Ditulis atas dasar emosi dan sentiment semata2. 

 13. Satu perkara lagi yang orang ramai kena sedar, RT adalah seorang mantan ahli seumur hidup MCA dan hanya meninggalkan MCA baru2 ni. Tak hairanlah dia begitu kuat berusaha mempertahankan BN dan menyerang DAP walaupun menggunakan dengan hujah2 dangkal. 

 Apatah lagi sebagai pekerja kpd majikannya iaitu kerajaan Malaysia yg diterajui BN. Apakah anda fikir beliau menulis dgn berani dan bebas daripada pengaruh majikannya (kerajaan BN) ketika menulis artikel itu? 

 Dia sendiri pernah lahirkan kekecewaan para muallaf (bukan melayu) yang tidak diberi layanan sewajarnya dan tidak mendapat tempat serta tidak ada yang dilantik mengganggotai badan2/institusi penting agama Islam dalam kerajaan. Malah mungkin juga dalam badan2/parti politik Islam? Apakah makna kenyataan tu? 

Kesimpulannya... Jangan terlalu mudah menghukum org lain sebagai musuh Islam. Jangan terlalu cepat terhanyut dengan artikel bersifat emosional dan membakar seperti tulisan RT. 

 Peristiwa arab badwi yg dengan sengaja kencing dalam masjid harus diambil teladan. Nabi saw tidak terus mengisytiharkan dia sebagai musuh Islam walaupun tindakannya jelas seolah sengaja mencemarkan kesucian masjid. Walaupun jelas telah menimbulkan kemarahan para sahabat. Tetapi Nabi saw melayaninya dengan dakwah dan pengajaran. Itulah sifat ISLAM yg sebenarnya.

 Anda bebas utk menyokong atau tidak menyokong/mengundi PH (lambang dua bulan sabit) atau mana2 parti... atas hujah/alasan anda sendiri. 

 Tetapi keputusan anda biarlah berdasarkan ilmu dan hujahan yang waras dan benar. Bukan berdasarkan hujah spt RT yg dangkal dan emosi tanpa berpijak di atas fakta yang sebenar dan dgn mudah mengisytihar orang lain sbg musuh ISLAM dsb. Kerana itu bukanlah sifat seorang pendakwah dan muslim sejati. 

Wallahu’alam 

Kepada Allah kita berserah diri. 
Orang Kecil Anonymous Pasir Putih, Kelantan.


Demikianlah Artikel MENJAWAB TULISAN RIDUAN TEE (RT) DAP MUSUH ISLAM , KENAPA PH DIAM

Sekianlah artikel MENJAWAB TULISAN RIDUAN TEE (RT) DAP MUSUH ISLAM , KENAPA PH DIAM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel MENJAWAB TULISAN RIDUAN TEE (RT) DAP MUSUH ISLAM , KENAPA PH DIAM dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2018/05/menjawab-tulisan-riduan-tee-rt-dap.html

Subscribe to receive free email updates: