BN tinggal 60 kerusi selepas BN Sarawak keluar gabungan BN

BN tinggal 60 kerusi selepas BN Sarawak keluar gabungan BN - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul BN tinggal 60 kerusi selepas BN Sarawak keluar gabungan BN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Entertaiment, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : BN tinggal 60 kerusi selepas BN Sarawak keluar gabungan BN
link : BN tinggal 60 kerusi selepas BN Sarawak keluar gabungan BN

Baca juga


BN tinggal 60 kerusi selepas BN Sarawak keluar gabungan BN

PARTI Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), pemerintah terbesar di Sarawak, akan keluar dari Barisan Nasional (BN) walaupun pemangku pengerusi gabungan itu, Ahmad Zahid Hamidi merayu mereka untuk tidak berbuat demikian.

Langkah PBB ini akan mengikis 13 kerusi Parlimen daripada BN, seterusnya melemahkan lagi gabungan yang baru hilang kuasa memerintah negara selepas enam dekad. Pada pilihan raya umum yang lalu, BN menang 79 kerusi.

Penarikan diri PBB dan kemungkinan parti-parti Sarawak yang dari BN boleh menyebabkan pemimpin Umno dan BN keluar parti beramai-ramai.  

Sumber memberitahu The Malaysian Insight bahawa Ketua Menteri Sarawak Abang Johari Openg memberitahu keputusan keluar parti itu kepada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad pada 31 Mei lalu.

Abang Johari juga meyakinkan Dr Mahathir, Sarawak akan menyokong kerajaan Pakatan Harapan (PH) "dalam hal-hal melibatkan kepentingan Sarawak dan kepentingan Malaysia secara menyeluruh".

Selepas pertemuan di Putrajaya, Abang Johari bertemu Zahid di Kuala Lumpur. Pada pertemuan itu, pemangku presiden Umno itu merayu pada Abang Johari yang juga pengerusi BN Sarawak, untuk tidak meneruskan penarikan diri PBB dari BN.

Zahid menggunakan perkataan "hancur", kata seorang sumber BN, membayangkan masalah gabungan itu sekiranya kehilangan 19 kerusi Sarawak di Parlimen.

BN hanya ada 79 daripada 222 kerusi di Parlimen selepas pilihan raya umum 9 Mei lepas, dengan 13 daripadanya milik PBB, parti kedua terbesar dalam BN. Abang Johari ialah presiden PBB.

"Zahid memberitahu Abang Jo bahawa BN akan hancur jika PBB keluar," kata sumber itu.

Jawapan Zahid terhadap rayuan Zahid ialah PBB boleh kalah dalam pilihan raya negeri pada 2021 jika ia tidak menjarakkan diri daripada BN yang terpalit rasuah.

Dalam PRU14, BN Sarawak bertanding semua 31 kerusi persekutuan tetapi hanya menang 19, keputusan yang mengejutkan bagi negeri yang sekian lama dianggap "deposit tetap" BN.

Ketua Menteri Sarawak itu pada 16 Mei lepas mendedahkan BN negeri sedang menimbang kedudukannya dalam gabungan itu selepas PRU14 dan kemungkinan membentuk gabungan baru terdiri daripada parti-parti politik di Sarawak.

Keputusan meninggalkan BN itu bagaimanapun hanya akan disahkan selepas PBB berunding dengan tiga lagi parti komponen BN di Sarawak: Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Pembangunan Progresif (PDP).

Parti Rakyat Bersatu (UPP) yang pro BN juga mungkin dimasukkan dalam gabungan baru yang dicadangkan itu.

SUPP dilaporkan membuat keputusan keluar BN dalam mesyuarat jawatankuasa kerja pusat pada malam 15 Mei tetapi belum diumumkan. ~ kopipes


Demikianlah Artikel BN tinggal 60 kerusi selepas BN Sarawak keluar gabungan BN

Sekianlah artikel BN tinggal 60 kerusi selepas BN Sarawak keluar gabungan BN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel BN tinggal 60 kerusi selepas BN Sarawak keluar gabungan BN dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2018/06/bn-tinggal-60-kerusi-selepas-bn-sarawak.html

Subscribe to receive free email updates: