DILEMA MELAYU UMNO BALA TIMPA MENIMPA

DILEMA MELAYU UMNO BALA TIMPA MENIMPA - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul DILEMA MELAYU UMNO BALA TIMPA MENIMPA, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Entertaiment, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : DILEMA MELAYU UMNO BALA TIMPA MENIMPA
link : DILEMA MELAYU UMNO BALA TIMPA MENIMPA

Baca juga


DILEMA MELAYU UMNO BALA TIMPA MENIMPA

Oleh Yahaya Ismail. 

   Ingatkan panas sampai ke petang rupanya hujan airmata di tengah hari. Nasib UMNO jatuh tangga ditimpa tangga, ditimpa lagi oleh buah kelapa dari Bagan Datok. Dulu berlagak samseng hari ini moyok macam kucing kesejukan. Bomoh Ponotogo pun sudah lupa mantra-mantra yang boleh menghindarkan segala bala akibat akaun UMNO sudah dibekukan. Tempe pagi sudah jadi masam berkulat. 

 Menurut sumber sebahagian besar ketua bahagian dan wakil rakyat BN yang mendapat habuan dari wang haram 1MDB akan disiasat. Beberapa orang bekas menteri yang kurang ajar, korup akan menjadi penghuni di Sg Buloh tak lama lagi. Beberapa orang kaum keluarga Tun Razak yang menerima duit rompakan 1MDB juga akan tidur tak lena, mandi tak basah. Lebih kurang 400 yang terlibat dengan skandal 1MDB akan disiasat PDRM dan SPRM. Jangan terkejut kalau calon-calon presiden UMNO dan pucuk pimpinan lain juga menjadi sorotan pihak berkuasa. 

 Banyak ahli UMNO kelas JKKK, ustaz, cikgu, kerani, petani dan nelayan sudah mula mencari payung BERSATU dan AMANAH untuk berteduh. Dikatakan sudah banyak ketua bahagian dan weakil rakyat UMNO merengek-rengek nak masuk BERSATU kononnya mereka penyokong Tun M secara senyap-senyap.

 Inilah pemimpin kelas kaldai dan unta yang perlu berhati-hati menerima mereka menjadi ahli BERSATU atau AMANAH. Kebanyakan mereka dikatakan tidak mahu menyertai PKR kerana tidak yakin Anwar boleh jadi PM kelapan. 

 Besar kemungkinan UMNO tidak akan dihidupkan semula oleh ROS. Ingat bagaimana mantan Presiden UMNO, penyamun kelas cakrawala, menghalang pendaftaran BERSATU dan melarang gambar Tun M digunakan dalam kempen PRU 14? Sekarang kamu rasa pula kesannya pada UMNO. Ingat Allah tunjukkan kuasaNya cod bro. 

Kamu tidak boleh salahkan kerajaan PH membunuh UMNO. Kamu, ahli-ahli UMNO sendiri membunuh parti kamu kerana kamu menyokong kemungkaran Najib Razak yang dunia tahu perompak kelas cakrawala. Kamu tidak boleh salahkan kerajaan PH membunuh UMNO.

 Ingat apa yang kamu tanam itulah yang kamu dapat. Kalau kamu menerima duit rompakan 1MDB maka kamu mestilah menerima akibatnya. Kalau UMNO diisytihar tidak sah siapakah antara calon presidennya sanggup memulihkan kembali parti yang sarat dengan bala dan sial itu? 

Bolehkah berjuta ahlinya hidup tanpa fulus yang dibekukan SPRM? Sanggupkah bomoh Ponorogo, Ku Li atau KJ berkorban beratus juta ringgit untuk menggerakkan UMNO kembali? Nahe,nahe. 

 Kehancuran kuasa UMNO patut menyedarkan orang Melayu yang fanatik, taksub, emosional bahawa UMNO bukan memperjuangkan hak Melayu, Islam dan negara. Ia dijadikan alat untuk golongan elit Melayu yg super korup, gila harta dunia untuk memperkayakan diri sendiri atas nama Melayu, Islam dan raja Melayu. 

Sebagai contoh penjajah British memperuntukkan berjuta ekar tanah rezab Melayu. Bila UMNO berkuasa kini hanya tinggal 12% tanah rezab Melayu. Siapa punya angkara yang memperkosakan tanah rezab Melayu? Bukan DAP, bukan MIC tapi UMNO. Yang menjadi perompak kelas cakrawala, menipu rakyat dan menghancurkan ekonomi Malaysia ialah Melayu UMNO. 

 Selama 61 tahun UMNO berkuasa mengapa Melayu masih menuduh bangsa lain yang menyebabkan Melayu mundur dan miskin di buminya sendiri? Yang jadi PM orang Melayu, pegawai-pegawai tinggi Melayu, ada raja Melayu, berkuasa selama 61 tahun, mengapa Melayu merempat di buminya sendiri? 

 Cermin muka, guna otak, insaflah wahai Melayu yang bodoh sombong, miskin ilmu, jiwa hamba, korup, tidak berpegang pada tali Allah, bahawa minda kamu masih bercawat tidak berubah menurut peredaran zaman. 

 Minda bercawat UMNO tidak relevant lagi dalam perjuangan PH sekarang. Melayu mesti berani merevolusikan pemikiran menurut masa dan kemajuan ilmu. Bangsa yang kaya dengan ilmu akan menguasai bangsa yang miskin ilmu. Kamu mesti berani menubrak zaman, mencipta sejarah gemilang untuk bangsa kamu melalui ilmu pengetahuan dan kebijaksanaan.. 

 Ini bukan era hantu, puaka, jin afrid, menyembah manusia lagi. Pegang pada tali Allah, kuasai ilmu, dan bentuk sejarah gemilang atas kekuatan intelek kamu sendiri dengan restu Allah. Ini adalah rahsia kejayaan yang diberkati Allah.


Demikianlah Artikel DILEMA MELAYU UMNO BALA TIMPA MENIMPA

Sekianlah artikel DILEMA MELAYU UMNO BALA TIMPA MENIMPA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel DILEMA MELAYU UMNO BALA TIMPA MENIMPA dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2018/07/dilema-melayu-umno-bala-timpa-menimpa.html

Subscribe to receive free email updates: