Isytiharkan Harta : Hadi Salahkan DAP?

Isytiharkan Harta : Hadi Salahkan DAP? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Isytiharkan Harta : Hadi Salahkan DAP?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Isytiharkan Harta : Hadi Salahkan DAP?
link : Isytiharkan Harta : Hadi Salahkan DAP?

Baca juga


Isytiharkan Harta : Hadi Salahkan DAP?


Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa DAP telah mempengaruhi kerajaan untuk melaksanakan undang-undang yang mewajibkan setiap Ahli Parlimen mengisytiharkan harta masing-masing.

Abdul Hadi berkata, idea pengisytiharan harta kepada orang ramai merupakan teori komunis dan sosialis, justeru beliau tidak menolak kemungkinan langkah tersebut dilaksanakan kerana dibayangi gesaan DAP.

“Kalangan sosialis ini kononnya hendak mengehadkan kekayaan, tetapi ternyata negara sosialis pemimpinnya yang paling kaya sekali.

“Kalau mengisytiharkan harta tetapi menipu, buat apa? Dalam Islam ada aspek spiritual dan hukumnya kita kena tengok kepada keadaan, ada masanya wajib, ada masanya haram dan juga sunat, bukan secara mutlak,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menyatakan perkara itu kepada pemberita di kediamannya di Rusila di sini hari ini sejurus selesai menyampaikan kuliah di Masjid Rusila yang terletak bersebelahan.

Menurut Abdul Hadi, mengisytiharkan harta diwajibkan kepada individu yang dipercayai terlibat dalam penyelewengan dan rasuah di samping ‘penyangak’ dalam soal zakat mahu pun cukai.

Bagaimanapun, katanya, jika seseorang itu diketahui tidak memiliki apa-apa harta, maka adalah tidak wajib untuknya berbuat demikian.

“Hukumnya akan jadi haram kalau seseorang itu hendak berbangga dan bermegah dengan harta miliknya.

“Banyak lagi isu lain selain mengisytiharkan harta ini tetapi sebab janji manifesto Pakatan Harapan (PH) tidak dibuat, maka mungkin ia dilaksanakan untuk menutup janji-janji tersebut,” katanya.

Abdul Hadi difahamkan masih tidak ada peruntukan undang-undang khusus mengenai usul mengisytiharkan harta itu dan memerlukan huraian terperinci mengenainya.

Baru-baru ini, Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dilaporkan berkata, Ahli Parlimen parti itu tidak mempunyai sebarang masalah untuk mengisytiharkan harta masing-masing dan mencadangkan Dewan Rakyat supaya membuka kaunter di Parlimen bagi membolehkan pengisytiharan harta dalam kalangan Ahli Parlimen dilakukan. - UTUSAN ONLINE


Demikianlah Artikel Isytiharkan Harta : Hadi Salahkan DAP?

Sekianlah artikel Isytiharkan Harta : Hadi Salahkan DAP? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Isytiharkan Harta : Hadi Salahkan DAP? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2019/07/isytiharkan-harta-hadi-salahkan-dap.html

Subscribe to receive free email updates: