Mansuh Akta Hasutan: Pong Pang, Pong Pang.. Akhirnya Ustaz Wan Ji Ke Dalam..

Mansuh Akta Hasutan: Pong Pang, Pong Pang.. Akhirnya Ustaz Wan Ji Ke Dalam.. - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mansuh Akta Hasutan: Pong Pang, Pong Pang.. Akhirnya Ustaz Wan Ji Ke Dalam.., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mansuh Akta Hasutan: Pong Pang, Pong Pang.. Akhirnya Ustaz Wan Ji Ke Dalam..
link : Mansuh Akta Hasutan: Pong Pang, Pong Pang.. Akhirnya Ustaz Wan Ji Ke Dalam..

Baca juga


Mansuh Akta Hasutan: Pong Pang, Pong Pang.. Akhirnya Ustaz Wan Ji Ke Dalam..


Sebelum PRU14… dalam satu sidang akhbar di bangunan Parlimen yang turut dihadiri Presiden Parti Pribumi Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden Parti Keadilan Rakyat ketika itu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Pakatan Harapan akan memansuhkan beberapa undang-undang termasuk Anti-berita Tidak Benar 2018, sekiranya mereka menawan Putrajaya.

Pengerusi PH itu turut menyatakan ingin memansuhkan Akta Hasutan 1948, Akta Pencegahan Jenayah 1959, Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan Akta Majlis Keselamatan Negara 2016.

Dakwanya undang-undang tersebut bersifat zalim dan menindas rakyat.

“Kita juga akan memansuhkan peruntukan zalim yang terdapat dalam Kanun Keseksaan, Akta Komunikasi dan Multimedia, Akta Kesalahan Keselamatan, Akta Perhimpunan Aman 2012 dan Akta Pencegahan Keganasan 2015, katanya.

Setelah menang PRU14..

Pada 3hb Jun 2018, Kerajaan mengumumkan penubuhan satu jawatankuasa khas bagi mengkaji undang-undang sedia ada yang dilihat menindas rakyat di negara ini.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata “Jawatankuasa ini adalah seiring dengan Manifesto Pakatan Harapan yang akan menghapuskan undang-undang yang dilihat menindas rakyat.

Oktober 2018, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan, Pakatan Harapan (PH) memerlukan majoriti dua pertiga sebelum dapat memansuhkan Akta Hasutan 1948 atau sebarang undang-undang lain yang melibatkan perlembagaan persekutuan. Perdana Menteri berkata, buat masa ini, Akta Hasutan 1948 masih lagi diguna pakai sebelum sebarang keputusan pemansuhan dapat dibuat di dewan rakyat kelak.

Mac 2019, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong berkata pada dasarnya kerajaan dalam proses mempertimbangkan Akta Hasutan dengan tujuan memansuhkannya.

"Kerajaan telah memutuskan bahawa sekiranya terdapat sesiapa sahaja (disiasat) di bawah Akta Hasutan, kerajaan telah mengeluarkan arahan kepada pihak polis untuk tidak menggunakan akta itu terhadap mereka yang terlibat," katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat.

Mei 2019, Akta Hasutan 1948 dijangka dimansuhkan tahun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Liew Vui Keong.

Beliau berkata kerajaan membuat keputusan pada mesyuarat Kabinet untuk memansuhkan akta itu dan kini sedang melibat pelbagai faktor bagi melaksanakannya.

9hb Julai 2019..

Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menolak rayuan penceramah bebas, Wan Ji Wan Hussin terhadap sabitan bersalah menghina Sultan Selangor 7 tahun lalu, lapor Sinar Harian. 
Hakim, Abdul Halim Aman turut menambah hukuman penjara 9 bulan kepada setahun kerana kata-kata menghasut dikeluarkan Wan Ji ialah penghinaan kepada Sultan Selangor. 
“…apa yang dinyatakan tertuduh ini seperti mana tertera dalam pertuduhan, saya mendapati ianya sesuatu yang sudah terang lagi bersuluh. 
“Setelah menimbang faktor mitigasi dan keseriusan kes, mahkamah dengan ini meminda hukuman 9 bulan yang dijatuhkan hakim Mahkamah Sesyen kepada penjara 1 tahun dan hukuman itu berkuatkuasa hari ini,” katanya dalam ringkasan penghakiman. 
Laporan penuh sila baca di SINI

Sekejap nak mansuh.. sekejap tak mansuh.. akhirnya penyokong sendiri menjadi mangsa.. apa ni?

Mana menghilang Mat Sabu yang berjanji akan melakukan gerakan besar besaran untuk memastikan Najib mansuhkan Akta tu dulu?



Demikianlah Artikel Mansuh Akta Hasutan: Pong Pang, Pong Pang.. Akhirnya Ustaz Wan Ji Ke Dalam..

Sekianlah artikel Mansuh Akta Hasutan: Pong Pang, Pong Pang.. Akhirnya Ustaz Wan Ji Ke Dalam.. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mansuh Akta Hasutan: Pong Pang, Pong Pang.. Akhirnya Ustaz Wan Ji Ke Dalam.. dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2019/07/mansuh-akta-hasutan-pong-pang-pong-pang.html

Subscribe to receive free email updates: