Judul : Jawapan MB Kelantan Mengenai Isu Pembelian Mercedes
link : Jawapan MB Kelantan Mengenai Isu Pembelian Mercedes
Jawapan MB Kelantan Mengenai Isu Pembelian Mercedes
Menurut Mohd Amar Abdullah, semasa Kelantan di bawah pentadbiran Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat, menteri besar negeri itu sudah menggunakan kereta jenama mewah berkenaan.
Katanya pada suatu ketika Nik Abdul Aziz pernah bercadang mahu menjual kenderaan tersebut selepas mendapat kritikan sesetengah pihak.
Bagaimanapun kata Mohd Amar beliau menasihatkan agar Nik Abdul Aziz tidak menjualnya dan mengabaikan saja kritikan pihak yang tidak senang dengan tindakan kerajaan negeri.
"Orang nak kata, kata pi lah. Untuk menteri besar, exco, kena ada kenderaan yang munasabah untuk dia," katanya semasa menyampaikan kuliah duha di Kota Bharu, Kelantan pagi tadi.
Kuliah itu dipancarkan secara langsung melalui media sosial.
Kerajaan negeri yang diterajui PAS kini dikecam dan disindir selepas membeli 14 kereta Mercedes Benz untuk kegunaan menteri besar, timbalan menteri besar, barisan exco negeri dan setiausaha kerajaan negeri.
Perkembangan itu berlaku beberapa hari selepas pemimpin PAS mengecam PH mengenai cadangan membeli kenderaan baru Toyota Vellfire untuk kegunaan menteri dan pegawai kanan kerajaan.
Unta paling laju
Antara yang dilaporkan membuat kritikan itu ialah Ketua Pemuda PAS Pusat, Khairil Nizam Khirudin.
“Rakyat dimomokkan dengan pelbagai masalah ekonomi negara, dengan ekonomi global yang meruncing dalam negara dan sebagainya, tetapi kerajaan tidak melakukan langkah-langkah wajar untuk membantu rakyat.
“Pada saya sepatutnya dalam keadaan sekarang, wajar untuk digunakan dengan kenderaan yang sedia ada, servislah yang mana boleh, mantain (selenggara) yang mana boleh, apabila keadaan ekonomi semakin stabil, maka kerajaan boleh melakukan sedemikian,” katanya seperti dipetik harakahdaily.
Mohd Amar berkata tidak wajar penggunaan kenderaan seperti Mercedes Benz itu kecoh-kecohkan.
"Takkan nak pakai Viva belaka (semua) menteri?" katanya lagi.
Menurut Mohd Amar lagi, Rasulullah sendiri menggunakan unta yang hebat semasa menjadi pemimpin dulu, dikenali sebagai al-Qaswa'.
Kata Adun Panchor itu, unta terbabit dianggap haiwan seumpamanya yang paling hebat, paling mahal dan paling laju pada zaman tersebut.
Jika sekarang ini, katanya, unta tersebut boleh dianggap sebagai kenderaan yang mahal.
"Kena paham, kena reti barang-barang lagu tu, bukan nak beragah (menunjuk/sombong), bukan nak mewah.
"Demo (kamu) kalau ada pitih (duit) tak nak pakai Merc? Tak nak pakai Merc ke?
"Sama saja, bukan nak mewah. Ini hak milik kerajaan, kena fahamlah," katanya.
Beliau juga memetik kisah salah seorang pembesar pada zamah selepas Rasulullah, iaitu Muawiyah, yang diadukan kepada Sayidina Umar al-Khattab, kerana dilihat hidup dalam kemewahan semasa menjadi gabenor.
Apabila dipanggil dan diminta penjelasan, Muawiyah mengakui beliau hidup dalam rumah yang besar, mewah dan mengenakan pakaian mahal-mahal.
Tapi, kata Mohd Amar, Muawiyah memberikan penjelasan bahawa beliau perlu begitu kerana tinggal di kawasan elit membabitkan pusat tamadun Rom dan Parsi.
Katanya penduduk di situ terdiri daripada orang yang hebat-hebat dan ternama
"Jadi ambo kena tunjuk juga kehebatan seorang pemimpin Islam," katanya memberi penerangan lapor MalaysiaKini
Demikianlah Artikel Jawapan MB Kelantan Mengenai Isu Pembelian Mercedes
Sekianlah artikel Jawapan MB Kelantan Mengenai Isu Pembelian Mercedes kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Jawapan MB Kelantan Mengenai Isu Pembelian Mercedes dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2020/01/jawapan-mb-kelantan-mengenai-isu.html