Zuraida Tolong Orang Untuk Mati?

Zuraida Tolong Orang Untuk Mati? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Zuraida Tolong Orang Untuk Mati?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Zuraida Tolong Orang Untuk Mati?
link : Zuraida Tolong Orang Untuk Mati?

Baca juga


Zuraida Tolong Orang Untuk Mati?


Pakar-pakar perubatan membidas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin kerana mahu memperuntukkan RM1 juta bagi membina tempat merokok di tempat awam.

Mereka berkata langkah itu melawan arus Kementerian Kesihatan yang berusaha mengurangkan tabiat merokok.

Kos rawatan bagi penyakit berkaitan rokok di Malaysia dianggarkan akan menelan belanja RM7.4 bilion wang pembayar cukai menjelang tahun 2025. “Saya harap apa pun yang kamu dapat dari usaha ini berbaloi dengan tambahan kematian akibat dasar yang kamu gubal,” kata Dr Helmy Haja Mydin, pakar perunding pernafasan, di Twitter.

Katanya, dianggarkan separuh daripada perokok di negara ini mahu berhenti dan peruntukan RM1 juta itu patut diperuntukkan bagi membantu golongan ini keluar daripada tabiat buruk.

Zuraida semalam berkata Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan memperuntukkan RM1 juta bagi pembinaan kawasan merokok di tempat awam termasuk kawasan komersial dan medan selera milik 155 pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara.

KPKT kini mempunyai satu model kawasan khas merokok di Ampang yang mempunyai dua pondok kawasan merokok dengan kelengkapan bumbung, tempat duduk dan tempat membuang puntung rokok.

Sementara itu, KPKT juga membenarkan pemilik restoran atau kedai makan, sama ada milik persendirian atau PBT, menyediakan kawasan khas merokok di luar premis, pada jarak sekurang-kurangnya tiga meter dari meja makan terdekat.

‘Kita cuba selamatkan nyawa’

Pandangan sama dikongsi oleh ahli psikiatri yang pakar dalam bidang pemberhentian amalan merokok Dr Amer Siddi yang mengaku “patah semangat” dengan pengumuman itu.

“Saya tidak faham logik ini; bila ada jawatan dan boleh buat perubahan, kamu tolong orang untuk mati…

“Kami cuba selamatkan nyawa tetapi kamu galakkan yang sebaliknya. Bertentangan sama sekali,” tulis Amer di Twitter yang ditujukan kepada Zuraida.

Kementerian Kesihatan telah menguatkuasakan larangan merokok di kedai makan di seluruh Malaysia bermula 1 Januari lalu.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan seramai 20,000 lelaki dewasa di Malaysia meninggal saban tahun akibat penyakit berkaitan amalan merokok lapor MalaysiaKini


Demikianlah Artikel Zuraida Tolong Orang Untuk Mati?

Sekianlah artikel Zuraida Tolong Orang Untuk Mati? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Zuraida Tolong Orang Untuk Mati? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2020/01/zuraida-tolong-orang-untuk-mati.html

Subscribe to receive free email updates: