Nasib Zuraida Dalam PKR Diketahui Selepas Mesyuarat MPP

Nasib Zuraida Dalam PKR Diketahui Selepas Mesyuarat MPP - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Nasib Zuraida Dalam PKR Diketahui Selepas Mesyuarat MPP, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Nasib Zuraida Dalam PKR Diketahui Selepas Mesyuarat MPP
link : Nasib Zuraida Dalam PKR Diketahui Selepas Mesyuarat MPP

Baca juga


Nasib Zuraida Dalam PKR Diketahui Selepas Mesyuarat MPP


Nasib Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin, dalam parti hanya akan diketahui selepas Majlis Pimpinan Pusat (MPP) bermesyuarat pada akhir bulan ini.

Ketua Whip PKR, Datuk Johari Abdul, berkata pada mesyuarat itu nanti, MPP akan membincangkan keputusan Lembaga Disiplin yang bertanggungjawab menilai surat jawapan Ahli Parlimen Ampang terbabit berhubung dakwaan melanggar disiplin parti.

Ahli Parlimen Sungai Petani yang juga ahli MPP itu menjelaskan, keputusan sama ada Zuraida dipecat daripada PKR atau tidak hanya akan diketahui selepas mesyuarat berkenaan.

“Setakat ini, penentuan sama ada Zuraida akan dipecat atau tidak bergantung pada keputusan mesyuarat MPP pada akhir bulan ini.

“MPP akan membuat keputusan berdasarkan laporan dibentangkan Lembaga Disiplin parti. Mesyuarat MPP biasanya diadakan pada Ahad terakhir setiap bulan,” katanya hari ini.

Beliau mengulas mesej tersebar dalam media sosial yang mendakwa Zuraida bakal dipecat daripada PKR, bulan ini.

Berdasarkan kalendar, mesyuarat MPP pada Ahad terakhir bulan ini ialah 23 Februari.

Rabu lalu, Zuraida yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyerahkan surat jawapan notis tunjuk sebab yang dikeluarkan Lembaga Disiplin pada 15 Januari lalu.

Lembaga Disiplin PKR sebelum ini dilapor memulakan siasatan terhadap pelbagai laporan salah laku membabitkan ahli serta pemimpin kanan parti, termasuk Zuraida yang dipercayai ada kaitan dengan ucapan pada ketika dan selepas Kongres Nasional PKR 2019 di Melaka, Disember lalu.

Beliau dan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ialah antara pemimpin yang didakwa memboikot hari terakhir kongres, namun mengadakan satu majlis makan malam di Kuala Lumpur pada hari sama.

Setakat ini, Mohamed Azmin yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi tiada menerima notis tunjuk sebab daripada Lembaga Disiplin berhubung tindak-tanduk beliau pada kongres dan majlis makan malam terbabit.

Sekiranya MPP membuat keputusan untuk memecat Zuraida, besar kemungkinan Kabinet perlu dirombak kerana jawatan menteri yang diisi beliau membabitkan kuota PKR.

Sementara itu, Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Datuk Ahmad Kasim, belum dapat dihubungi bagi mengulas laporan yang tersebar berkenaan lapor Berita Harian


Demikianlah Artikel Nasib Zuraida Dalam PKR Diketahui Selepas Mesyuarat MPP

Sekianlah artikel Nasib Zuraida Dalam PKR Diketahui Selepas Mesyuarat MPP kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Nasib Zuraida Dalam PKR Diketahui Selepas Mesyuarat MPP dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2020/02/nasib-zuraida-dalam-pkr-diketahui.html

Subscribe to receive free email updates: