Judul : Koronavirus: Angka Korban Mencecah 426 Di Seluruh Dunia
link : Koronavirus: Angka Korban Mencecah 426 Di Seluruh Dunia
Koronavirus: Angka Korban Mencecah 426 Di Seluruh Dunia
Sebanyak 64 kematian dicatatkan di China sejak semalam, menjadikan ia rekod kematian tertinggi dalam satu hari.
ANGKA kematian koronavirus di wilayah Hubei, China melonjak kepada 425 dengan lebih 20,000 kes positif dilaporkan pada Selasa.
Dalam perkembangan terbaharu, portal berita South China Morning Post (SCMP) menyatakan sebanyak 64 kematian dicatatkan di China sejak semalam, menjadikan ia rekod kematian tertinggi dalam satu hari.
Satu lagi kes kematian dicatat di Filipina menjadikan jumlah keseluruhan 426.
China juga dilapor telah mengeluarkan perintah kuarantin dan larangan perjalanan sehingga menyebabkan 56 juta warganya berdepan kesukaran ketika ingin membuat perjalanan, khususnya pada perayaan Tahun Baharu Cina.
Pihak berkuasa kesihatan di seluruh dunia turut mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan virus terbabit merebak di negara mereka.
Sehingga kini, negara seperti Australia, Perancis, Amerika Syarikat, Singapura, Malaysia dan beberapa yang lain turut terkesan dengan penularan koronavirus.
Malah, langkah pencegahan yang ketat turut diambil beberapa buah negara seperti Amerika Syarikat, Vietnam dan Singapura, yang mengeluarkan larangan perjalanan kepada warganya ke China.
Akibat penularan virus tersebut, negara jiran China seperti Korea Utara, Rusia dan Mongolia menutup pintu sempadan mereka dan tidak membenarkan warga tembok besar itu memasuki negara mereka lapor AstroAwani
Demikianlah Artikel Koronavirus: Angka Korban Mencecah 426 Di Seluruh Dunia
Sekianlah artikel Koronavirus: Angka Korban Mencecah 426 Di Seluruh Dunia kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Koronavirus: Angka Korban Mencecah 426 Di Seluruh Dunia dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2020/02/koronavirus-angka-korban-mencecah-426.html