Anwar Dah Kalah, Kata Ahli MT UMNO

Anwar Dah Kalah, Kata Ahli MT UMNO - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Anwar Dah Kalah, Kata Ahli MT UMNO, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Anwar Dah Kalah, Kata Ahli MT UMNO
link : Anwar Dah Kalah, Kata Ahli MT UMNO

Baca juga


Anwar Dah Kalah, Kata Ahli MT UMNO


Pemimpin Pakatan Harapan (PH) memulakan strategi “27-0” merujuk kepada kesediaan untuk mencabar belanjawan semua kementerian dengan menggunakan undi belah bahagi walaupun ini bermakna mereka akan kalah kesemuanya. 

<!--more-->Ini dilakukan selepas kegagalan mengadakan undi belah bahagi Belanjawan 2021 pada peringkat dasar minggu lepas yang menyebabkan kemarahan penyokong-penyokong tegar mereka. 

Sumber PKR memberitahu, Ahli Parlimen PH diarahkan meminta undi belah bahagi untuk belanjawan 27 kementerian selepas perbahasan pada peringkat jawatankuasa bermula semalam.

“Tindak balas hebat daripada penyokong adalah tidak dijangka dan terdapat ramai yang mula merasakan PH adalah pembangkang yang lemah,” kata pemimpin yang dekat dengan kepimpinan tertinggi parti itu. 

Langkah ini dilihat untuk memulihkan imej gabungan itu selepas pemimpin PH dikritik hebat kerana mengikut arahan saat akhir Anwar Ibrahim agar tidak meminta undi belah bahagi pada peringkat dasar Belanjawan 2021, kerana dikatakan tidak mahu ia dilihat sebagai undi percaya kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin lapor MalaysiaNow di SINI

Strategi "27-0" hmmm... strategi buang masa saja tu...

Ada betulnya kata Ahli Majlis Tertinggi Umno ni..

Ahli Majlis Tertinggi Umno Mohd Razlan Muhammad Rafii meminta pembangkang tidak membuang masa membuat lebih banyak undi belah bahagi dalam perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat.

Katanya, susulan kegagalan pembangkang menolak belanjawan di dua kementerian semalam, pembangkang sendiri pasti sudah jelas bahawa mereka tidak mempunyai sokongan daripada semua parti pembangkang untuk menjayakan undian berkenaan.

“Saya tengok pertelingkahan antara Warisan dan Anwar Ibrahim dah sampai ke puncak maksimum. Jadi, saya jangkakan mereka takkan dapat satu konsensus yang jitu.

“Susahlah (untuk) mereka nak memenangi apa-apa undian.

“Jangan buang masa sangatlah,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Razalan dipercayai merujuk ketidakhadiran ahli-ahli parlimen dari Warisan semalam, di kala pembangkang gagal menolak belanjawan untuk jabatan perdana menteri (105 menyokong, 95 menentang) dan kementerian kewangan (106 menyokong, 95 menentang) menerusi undian belah bahagi.

Ahli Parlimen Labuan Rozman Isli berkata, wakil lain Warisan ada di Kuala Lumpur, tetapi bersepakat tidak hadir sesi undian sehingga ke satu tarikh yang ditetapkan kemudian untuk "menghantar isyarat" berkenaan kekecewaan mereka terhadap PH.

Mengulas lanjut, Razlan, berkata undian belah bahagi bergantung pada nasib dan kehadiran ahli parlimen, namun ada kalanya, ada wakil yang tidak dapat menghadiri sidang dewan kerana ada urusan lain seperti mesyuarat dan sebagainya.

Justeru, katanya, pembangkang tidak harus merancang serangan hendap (ambush) semata-mata bagi menggagalkan belanjawan di sesuatu kementerian ketika kehadiran ahli parlimen menyebelahi mereka.

Laporan penuh silalah baca di SINI

 

Masa ada peluang tak nak guna... sekarang sibuk pulak nak buang masa nak menentang.. 



Demikianlah Artikel Anwar Dah Kalah, Kata Ahli MT UMNO

Sekianlah artikel Anwar Dah Kalah, Kata Ahli MT UMNO kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Anwar Dah Kalah, Kata Ahli MT UMNO dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2020/12/anwar-dah-kalah-kata-ahli-mt-umno.html

Subscribe to receive free email updates: