Judul : Sebenarnya Siapa Yang Dah Bantu Perikatan Nasional Kekal Memerintah?
link : Sebenarnya Siapa Yang Dah Bantu Perikatan Nasional Kekal Memerintah?
Sebenarnya Siapa Yang Dah Bantu Perikatan Nasional Kekal Memerintah?
Walaupun dalam satu Sidang Media Khas di Hotel Le Meridien, Kuala Lumpur pada 23 September 2020 yang lalu Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa beliau mempunyai majoriti yang kukuh dan meyakinkan bagi membentuk Kerajaan namun hingga ke hari ini kesemua belanjawan yang dibentang gagal ditolak oleh PH.. mengapa?
SHAH ALAM - Ahli Parlimen dari Parti Warisan Sabah (Warisan) bersepakat untuk tidak hadir dalam sesi undian ke atas Rang Undang-undang Perbekalan (Belanjawan) 2021 di Dewan Rakyat semalam adalah kerana tidak puas hati terhadap kepimpinan Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim.Menurut Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Ali, ketiadaan mereka di Dewan Rakyat memang disengajakan.Beliau yang juga Ketua Whip Warisan berkata, alasan yang berikan adalah mahu menunjukkan rasa kecewa mereka kepada kepimpinan Anwar Ibrahim."Kami dah penat dengan apa yang berlaku dalam blok pembangkang."Jadi buat masa ini keputusan kami ialah kami tidak akan menyertai sesi undi belah bahagi," katanya.Tegasnya, mereka kecewa dengan 'perbalahan' berterusan yang akhirnya menyebabkan kerajaan PH jatuh baru-baru ini.Menurut beliau mewakili Warisan, pihaknya amat kecewa dengan arahan saat-saat akhir Anwar semasa pengundian Belanjawan 2021 pada peringkat dasar pada Khamis lalu."Sepatutnya pembangkang perlu sedar keputusan tegas harus dibuat."Seperti apa yang berlaku pada Khamis yang lalu, kami diberitahu mengenai tidak menyokong undi belah bahagi pada saat-saat terakhir. Ia mengecewakan,” katanya lagi.Menurut Rozman lagi, Warisan masih berada dalam blok pembangkang, namun pada masa sama parti itu mahu menyampaikan mesej kepada pemimpin yang berkenaan, mereka tidak mahu didorong tanpa hala tuju.Beliau juga berkata, strategi yang dibuat Anwar agak kurang tepat... laporan penuh silalah baca di SINI
Rentetan dari itu.. Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fahmi Fadzil mengingatkan Parti Warisan Sabah (Warisan) supaya bersedia sekiranya wujud persepsi mengatakan parti dari Sabah itu membantu kerajaan Perikatan Nasional kekal memerintah..
SHAH ALAM - Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fahmi Fadzil mengingatkan Parti Warisan Sabah (Warisan) supaya bersedia sekiranya wujud persepsi mengatakan parti dari Sabah itu membantu kerajaan Perikatan Nasional kekal memerintah.
Peringatan Fahmi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai itu dikeluarkan selepas ketiadaan seorang pun ahli Parlimen Warisan sewaktu hari pertama perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 peringkat jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan, kelmarin.
“Satu kerugian buat Pakatan Harapan (ahli Parlimen Warisan tidak hadir). Maka jangan terkejut kalau orang mengatakan atau wujud persepsi yang membantu mengekalkan kerajaan pada ketika ini adalah Warisan. Jangan terkejut.. laporan penuh di SINI
Macam kecewa saja Bro.. ha.. ha..
Jangan salahkan Warisan.. salahkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tu yang mengarahkan supaya undi belah bagi tidak disokong..
Alasannya ialah sebab Moratorium dan pengeluaran KWSP yang dipinda oleh Menteri Kewangan sedia ada..
Sedangkan isu mengenai Moratorium dan pengeluaran KWSP itu langsung tidak melibatkan dana dari Kerajaan.. boleh saja kot kalau PH nak laksanakan jika PN ditumbangkan pada hari itu?
Kenapa nak buang masa dengan menunggu hingga belanjawan dibentang dan dibahaskan di peringkat jawatankuasa?
Sebenarnya siapa yang dah membantu kerajaan Perikatan Nasional kekal memerintah?
Demikianlah Artikel Sebenarnya Siapa Yang Dah Bantu Perikatan Nasional Kekal Memerintah?
Anda sekarang membaca artikel Sebenarnya Siapa Yang Dah Bantu Perikatan Nasional Kekal Memerintah? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2020/12/sebenarnya-siapa-yang-dah-bantu.html