Judul : Gagal Meluluskan Bajet, Nentanyahu Tumbang..
link : Gagal Meluluskan Bajet, Nentanyahu Tumbang..
Gagal Meluluskan Bajet, Nentanyahu Tumbang..
BAITULMUQADDIS - Parlimen Israel hari ini dibubarkan selepas perikatan pemerintah pimpinan Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu gagal untuk meluluskan bajet sekali gus menyebabkan pilihan raya diadakan buat kali keempat dalam tempoh dua tahun.Sebelum ini Netanyahu dan bekas saingannya dalam pilihan raya lalu iaitu Menteri Pertahanan, Benny Gantz yang membentuk kerajaan perikatan dikatakan akan runtuh sejak berminggu-minggu lalu.
Ia adalah disebabkan masalah ketidakpercayaan dan ketidakpuasan hati sesama mereka sehingga mencetuskan krisis politik.
Pembubaran Parlimen itu mungkin menyaksikan pilihan raya diadakan seawal 23 Mac tahun depan mengakibatkan Netanyahu berusaha untuk mendapatkan mandat sekali lagi daripada rakyat.
Keadaan itu berlaku ketika pandemik Covid-19 masih merebak dan perbicaraan rasuahnya semakin hampir diadakan.
Pilihan raya pada bulan Mac itu akan menyebabkan Netanyahu terpaksa berkempen pada bulan Februari tahun depan apabila beliau dijangka muncul di mahkamah beberapa kali dalam tempoh seminggu berhubung dakwaan rasuah, penipuan dan pecah amanah.
Beliau dituduh menerima hadiah melalui cara yang tidak betul dan berusaha mendapatkan liputan positif daripada media sebagai pertukaran untuk membolehkan taikun-taikun media mendapat keuntungan dalam perniagaan mereka.
Bagaimanapun, Netanyahu menafikan melakukan perbuatan itu.
Pembubaran Parlimen itu berlaku selepas Gantz meminta kerajaan meluluskan bajet yang meliputi tahun 2020 dan 2021 dengan berhujah bahawa Israel dan perikatan kerajaan tersebut memerlukan kestabilan politik.
Namun, Netanyahu enggan meluluskan bajet tahun 2021.
Parti dipimpin Netanyahu ialah Likud manakala Gantz memimpin parti Biru dan Putih yang membentuk kerajaan perikatan pada April lalu.
Satu perjanjian ditandatangani dengan Netanyahu menjadi Perdana Menteri selama 18 bulan sebelum diambil alih oleh Gantz pada November 2021. - AFP
Demikianlah Artikel Gagal Meluluskan Bajet, Nentanyahu Tumbang..
Sekianlah artikel Gagal Meluluskan Bajet, Nentanyahu Tumbang.. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Gagal Meluluskan Bajet, Nentanyahu Tumbang.. dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2020/12/gagal-meluluskan-bajet-nentanyahu.html