PRU15: PH Tanpa Anwar?

PRU15: PH Tanpa Anwar? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PRU15: PH Tanpa Anwar?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PRU15: PH Tanpa Anwar?
link : PRU15: PH Tanpa Anwar?

Baca juga

PRU15: PH Tanpa Anwar?

Kegagalan Pakatan Harapan (PH) merampas semula mandat rakyat sehingga kini telah mencetuskan beberapa polemik. Salah satu polemik yang berlegar dalam kalangan penyokong PH adalah tentang keberkesanan kepimpinan Anwar Ibrahim untuk kekal memimpin koalisi pembangkang itu menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

<!--more-->Sukar ditepis bahawa persepsi luar dan dalam PH sendiri bahawa daya penarik dan pengaruh yang dimiliki bekas Timbalan Perdana Menteri itu semakin luntur dan terhakis.

Upaya beliau yang masih gagal menarik sokongan majoriti Ahli Parlimen bagi menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) menjadi punca kredibilitinya semakin mudah dipertikai dan diragui.

Angka sokongan yang ‘convincing, formidable dan strong’ seperti ditegaskan dalam sidang media pada September lalu bertukar menjadi bahan sendaan dan sindiran di media-media sosial. Senarai kelemahan Anwar dan PH terus bertambah apabila gagal pula menolak Belanjawan 2021 peringkat dasar pada 26 November lalu.

Episod memalukan ini secara langsung telah memecahkan keyakinan orang ramai khususnya dalam kalangan penyokong PH dan pertengkaran hebat berlaku dalam media sosial dan kumpulan WhatsApp.

Rakyat di luar sana pula sudah semakin muak dan jelak dengan istilah ‘mandat rakyat’ yang dijaja ke sana ke sini dalam media sosial oleh PH.

Jika dibuat tinjauan secara rambang, boleh dikatakan tiada yang peduli tentang mandat rakyat ini sementelah masing-masing sibuk mengurus kehidupan tatkala jembalang Covid-19 terus menghantui dan mengempiskan poket rakyat.

Agenda ‘merampas mandat rakyat’ kini tidak lagi dirasai sebagai satu tanggungjawab secara kolektif oleh rakyat. Mereka tiada masa lagi untuk kisah dan peduli mengenainya. Bagi mereka, itu bukan lagi beban untuk difikirkan.

“Kuasa sudah diberi dalam pilihan raya lalu, siapa suruh tidak menjaga dan memeliharanya dengan baik”, demikian persepsi umum rakyat.

Sebaliknya, agenda merampas mandat rakyat kini hanya terbeban di atas pundak kepimpinan PH untuk mendapatkannya. Maka, tiada guna lagi diulang-ulang istilah ‘mandat rakyat’ kepada orang ramai selepas PH berputih mata pada Februari lalu.

Tiada guna lagi disalahkan kumpulan pengkhianat kerana memang itu adalah watak pembelot. Peduli apa dengan demokrasi kerana negara ini bukan sebuah wilayah yang disuburkan dengan wacana yang mematangkan minda dan tindakan.

Sebab itu, sehingga kini PH masih gagal menggembleng amarah rakyat pada skala gergasi untuk mendesak mandat itu dipulangkan semula kepada yang berhak.

Tetapi mendekati PRU-15, apakah pula keyakinan PH untuk memastikan mandat rakyat boleh diperoleh semula melalui peti undi?

Jika dipantau laporan media, parti pemerintah seperti Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Muafakat Nasional (MN) lebih kerap mengulangi keperluan dibubarkan segera Parlimen untuk diadakan pilihan raya.

Hal ini sedikit berbeza pula dalam kalangan PH kerana desakan pembubaran Parlimen seperti tiada kedengaran. Penyokong PH sendiri agak sukar mengesan keyakinan para pemimpinnya untuk menghadapi PRU depan.

Situasi semakin sukar dan berliku apabila dalam kalangan penyokong PH, mereka masih ternanti-nanti apakah arahan daripada pimpinan untuk mula menggerakkan jentera bagi menghadapi pilihan raya.

Secara umum dan sukar dinafikan, PH kini di semua peringkat dalam keadaan bercelaru, curiga-mencurigai dan sindir-menyindir. Tentunya situasi begini tidak menunjukkan masa depan yang baik kepada PH untuk menghadapi PRU.

Adakah pimpinan PH nampak situasi kabur ini atau masih mengulangi ‘mandat rakyat mesti dirampas’?

Menyentuh semula tentang kepimpinan PH yang kini dipengerusikan oleh Anwar Ibrahim, persoalan apakah beliau masih relevan untuk mengepalai jentera bagi menghadapi peperangan demokrasi nanti kekal menjadi tanda tanya yang bersambung-sambung.

Tetapi cuba soal pada diri sendiri masing-masing, jika bukan Anwar Ibrahim yang mengetuai PH, siapa lagi tokoh unggul dan berwibawa yang boleh ditampilkan sebagai pengganti yang mampu memenuhi imaginasi naratif pengundi tentang pemimpin yang ideal?

Jawablah secara tuntas dan jujur. Buka persoalan ini dalam wacana terbuka.

Memang PRU depan bukan jalan mudah kepada mana-mana parti politik. Rundingan akan menjadi lebih sukar dan opsyen yang terhidang tidak semestinya ideal seperti yang diharapkan. Tetapi setakat kini, PH boleh dianggap ketinggalan berbanding seteru politiknya.

PH bakal menghadapi musuh yang memiliki segala sumber yang lengkap dari segi jentera media, pengalaman, maklumat risikan kewangan, tenaga manusia dan strategi. Azmin Ali dan Hamzah Zainuddin merupakan perancang licik yang menjayakan Langkah Sheraton pada Februari.

Wibawa Azmin Ali sendiri sukar dinafikan ketika memimpin Selangor sebagai menteri besar Selangor dan pengalamannya dalam kepimpinan PKR yang membolehkan beliau mahir dalam segenap laluan dan taktik bekas parti politiknya itu.

Kejayaan PN menobatkan Adun Bersatu sebagai Ketua Menteri Sabah juga menunjukkan kecekapan mereka melaksanakan rundingan walaupun memiliki kerusi yang kurang berbanding BN.

Dalam kalangan Umno pula, terdapat ramai pemimpin yang lebih berpengalaman dalam menyusun strategi kempen propaganda yang berkesan untuk mengolah sentimen dan emosi pengundi khususnya Melayu, Islam dan penduduk di kawasan luar bandar.

Malah, Najib Razak walaupun kepimpinannya dijatuhkan PH dalam PRU lalu dan disabitkan bersalah di mahkamah tetapi hanya mengambil masa yang relatif singkat untuk bangkit membina pengaruh dan sokongan dalam kalangan rakyat.

Sukar dinafikan ketokohannya mungkin tercalar di peringkat serantau dan antarabangsa tetapi pengaruhnya kekal kukuh dan berkuasa di Malaysia melalui strategi pemasaran politik yang cukup menggerunkan di bawah jenama ‘Bossku’.

Maka, apakah persediaan yang dimiliki PH ketika ini untuk menghadapi gerombolan musuh yang begitu bersemangat menghadapi pilihan raya?

Adakah PH masih memiliki sisa magis untuk mengulangi kejayaan manis menguasai Putrajaya dan beberapa negeri pada 2018 atau sekadar menjual simpati bahawa ‘mandat kami telah dirampas’?

Untuk melawan individu dan tokoh-tokoh ini, siapakah barisan kepimpinan daripada PH untuk diketengahkan bagi melawan pengaruh dan strategi daripada kumpulan musuh politik ini?

Apakah keyakinan PH dan para penyokongnya bahawa tanpa kehadiran Anwar Ibrahim maka koalisi ini boleh kembali mengukuhkan momentum daya juang sekaligus meyakinkan rakyat untuk memberi sokongan dalam bentuk undi nanti?

Siapakah pula barisan kepimpinan pemuda PH yang boleh diharapkan untuk memimpin semangat dan mood rakyat untuk menguasai Parlimen akan datang?

Inilah persoalan atau polemik yang sering ditimbulkan tetapi masih gagal dijelaskan sehingga kini. Memang mudah untuk melontarkan atau mencadangkan nama seseorang yang boleh diangkat menjadi ketua. Tetapi sejauh mana wibawa yang dimiliki calon tersebut untuk diletakkan dalam kategori yang setanding dengan Anwar

Bersediakah PH menghadapi PRU depan tanpa kehadiran Anwar Ibrahim sebagai peneraju? Jika tanpa Anwar Ibrahim, siapakah pula yang mahu ditampilkan?

Adakah barisan yang mahu ditampilkan itu memiliki wibawa atau ketangkasan politik seperti musuh politiknya yang lebih memahami real politik.

Benar, ada ketikanya penyokong PH sendiri muak dan bosan apabila Anwar mengulangi pengalamannya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dahulu yang cukup gilang-gemilang tetapi seperti kata anak-anak sekarang, sila “move-on”.

PH memerlukan suntikan motivasi dan momentum yang lebih segar untuk kembali menggarap harapan rakyat.

Tugasan ini tidak mudah dan sukar dibayangkan bentuk operasinya tetapi tindakan segera perlu diambil. Tutup sahaja buku lama dan tumpu kepada persiapan jentera yang menyeluruh di seluruh negara.Kegagalan Pakatan Harapan (PH) merampas semula mandat rakyat sehingga kini telah mencetuskan beberapa polemik. Salah satu polemik yang berlegar dalam kalangan penyokong PH adalah tentang keberkesanan kepimpinan Anwar Ibrahim untuk kekal memimpin koalisi pembangkang itu menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Sukar ditepis bahawa persepsi luar dan dalam PH sendiri bahawa daya penarik dan pengaruh yang dimiliki bekas Timbalan Perdana Menteri itu semakin luntur dan terhakis.

Tugasan ini tidak mudah dan sukar dibayangkan bentuk operasinya tetapi tindakan segera perlu diambil. Tutup sahaja buku lama dan tumpu kepada persiapan jentera yang menyeluruh di seluruh negara.

*Ditulis oleh MOHD ARIF JUHANI yang pernah berkhidmat dengan Suara Keadilan dan disiarkan oleh MalaysiaDateline

Demikianlah Artikel PRU15: PH Tanpa Anwar?

Sekianlah artikel PRU15: PH Tanpa Anwar? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PRU15: PH Tanpa Anwar? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2020/12/pru15-ph-tanpa-anwar.html

Subscribe to receive free email updates: