Tukar MB Cerminan Kegagalan Pimpinan Politik - Sultan Nazrin

Tukar MB Cerminan Kegagalan Pimpinan Politik - Sultan Nazrin - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tukar MB Cerminan Kegagalan Pimpinan Politik - Sultan Nazrin, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tukar MB Cerminan Kegagalan Pimpinan Politik - Sultan Nazrin
link : Tukar MB Cerminan Kegagalan Pimpinan Politik - Sultan Nazrin

Baca juga


Tukar MB Cerminan Kegagalan Pimpinan Politik - Sultan Nazrin


KUALA KANGSAR: Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah bertitah, pelantikan Menteri Besar sebanyak tiga kali sejak Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 adalah satu cerminan kegagalan kepemimpinan ahli politik untuk mendapat sokongan padu dan bukannya satu kejayaan.

<!--more-->Baginda bertitah, keadaan itu bukan sejarah yang perlu dibanggakan dan sehubungan itu menggesa supaya kemelut kepemimpinan kerajaan negeri membabitkan jawatan Menteri Besar yang mula tercetus sejak Jumaat lalu, ditamatkan.

"Sejak berlangsungnya PRU ke-14, sudah tiga kali istiadat pelantikan Menteri Besar dilakukan, perkara yang mencatatkan sejarah baharu yang tidak pernah berlaku dalam sesuatu penggal Dewan Undangan Negeri (DUN) sebelum ini.

"Tetapi perkara ini bukanlah sejarah yang mahu dibanggakan, perkara yang berlaku akan tercatat dalam sejarah sebagai cerminan kegagalan dan bukannya kejayaan.

"Kegagalan kepemimpinan dalam kalangan ahli-ahli politik mendapat jaminan sokongan padu secara konsisten untuk membolehkan fikiran dan tenaga ditumpukan mentadbir urus negeri secara terbaik bagi kepentingan rakyat," titah baginda pada Majlis Istiadat Pelantikan Menteri Besar Perak ke-14, di Istana Iskandariah, di sini, hari ini.

Terdahulu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Tampan, Datuk Saarani Mohamad mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar ke-14 di hadapan baginda.

Saarani, 59, menerima watikah pelantikan daripada Sultan Nazrin sebelum mengangkat sumpah di hadapan baginda pada Istiadat Kurniaan Tauliah Lantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Menteri Besar Perak.

Selepas mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Perak, Saarani yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri kemudian mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara Perak juga di hadapan Sultan Nazrin.

Sebelum pelantikan Saarani hari ini, Ahmad Faizal Azumu yang mewakili Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) telah mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar sebanyak dua kali, pertama pada Mei 2018 selepas PRU-14 di bawah Pakatan Harapan (PH).

Ahmad Faizal sekali lagi pada Mac tahun ini mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Perak di bawah Perikatan Nasional (PN) pula.

Meneruskan titah, baginda menegaskan rakyat meletakkan harapan kepada wakil rakyat untuk menambah baik kawasan tempat tinggal mereka, membantu menyediakan keperluan dan perkhidmatan, membantu meningkatkan taraf ekonomi serta memenuhi sebanyak mungkin keperluan sosial mereka.

"Sama ada diwakili oleh ADUN PN atau PH, sama ada orang Melayu, Orang Asli, orang Cina dan orang India, begitu juga penganut Islam, penganut Kristian, penganut Hindu dan pengikut Buddha, serta yang berpegang kepada pelbagai kepercayaan, mempunyai keperluan yang sama, menanggung penderitaan yang sama, memiliki harapan yang sama, menagih perhatian yang sama.

"Semua rakyat di negeri ini, Melayu, Orang Asli, Cina, India; Islam, Kristian, Hindu dan Buddha, ialah makhluk ciptaan Ilahi; kesemua mereka rakyat Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak; kesemuanya mahukan sebuah negeri yang aman lagi makmur, dengan pemerintahan yang melaksanakan keadilan dan membina kerukunan, agar rakyat hidup dalam semangat saling menghormati penuh harmoni," titah baginda.

"Rakyat jelata, terutama dalam kalangan berpendapatan rendah dan miskin, rakyat yang semakin ramai kehilangan pekerjaan dan pendapatan akibat pandemik COVID-19, jangan dijadikan kancil yang mati tersepit kerana gajah yang tidak berhenti-henti beradu.

"Doa rakyat yang merasakan diri mereka teraniaya tidak ada dinding untuk dimakbulkan Ilahi, janganlah rakyat dianiayai kerana dipengaruhi emosi berdendam dan pemikiran politik yang jumud," titah baginda.

Titah baginda, sifat sebenar seseorang itu akan terserlah ketika beliau mendapat jawatan, kuasa, kekayaan dan harta, sehingga lenyapnya budaya kesederhanaan dan merendah diri, di sebaliknya menjelma sifat sombong dan gelagat bongkak.

"Perubahan sifat dan pertukaran watak lebih cepat berlaku apabila seseorang insan mula dikelilingi oleh orang-orang tamak yang berkepentingan sendiri, bermuka-muka, membisikkan kata-kata pujian dengan niat tersirat, lalu menyalahgunakan hubungan dengan pemimpin.

"Beringatlah, semakin tinggi kedudukan seseorang insan, semakin jauh pandangannya dari bumi tempat kakinya pernah berpijak. Jangan sama sekali membenarkan diri leka, terawang-awang dalam awan biru khayalan hingga lupa rumput hijau yang ditinggalkan mungkin berubah perang, gersang kerana terlalu lama, tidak lagi disirami hujan," titah baginda.

Sultan Nazrin bertitah, pelbagai pihak daripada kalangan pakar perundangan, pegawai kerajaan, orang perseorangan serta pemimpin PN dan PH mengadap baginda bagi menyampaikan cadangan, pendapat dan saranan masing-masing.

"Kesemua mereka mempunyai niat dan tujuan yang murni mahu membantu supaya kemelut yang berlaku dapat ditangani. Kepada kesemua mereka beta menzahirkan penghargaan tinggi," titah baginda.

Baginda juga menghargai peranan petugas media yang berkampung di hadapan Istana Kinta, di bawah terik panas matahari dan dibasahi hujan, untuk melaksanakan tugas melaporkan dan menyiarkan berita secara bertanggungjawab kepada rakyat.

"Demikian juga kepada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang membantu mengawal keadaan membolehkan pelbagai pihak melaksanakan tugas masing-masing secara tenteram dan teratur," titah baginda.

Laporan penuh oleh Berita Harian ini sila baca di SINI


Demikianlah Artikel Tukar MB Cerminan Kegagalan Pimpinan Politik - Sultan Nazrin

Sekianlah artikel Tukar MB Cerminan Kegagalan Pimpinan Politik - Sultan Nazrin kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tukar MB Cerminan Kegagalan Pimpinan Politik - Sultan Nazrin dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2020/12/tukar-mb-cerminan-kegagalan-pimpinan.html

Subscribe to receive free email updates: