Amah Dan Pemandu VIP Didakwa Potong Queue Terima Vaksin

Amah Dan Pemandu VIP Didakwa Potong Queue Terima Vaksin - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Amah Dan Pemandu VIP Didakwa Potong Queue Terima Vaksin, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Amah Dan Pemandu VIP Didakwa Potong Queue Terima Vaksin
link : Amah Dan Pemandu VIP Didakwa Potong Queue Terima Vaksin

Baca juga


Amah Dan Pemandu VIP Didakwa Potong Queue Terima Vaksin


Individu kenamaan yang bukan bergelar wakil rakyat, tidak boleh menjadi penerima vaksin dalam fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin.

Individu yang memotong giliran untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 bakal berdepan kompaun dan tindakan undang-undang mengikut Akta 342 Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, kata Menteri Kesihatan Dr Adham Baba.

Tapi bila ada sifat mementingkan diri sendiri apa saja amaran yang dikeluarkan oleh pihak Kerajaan langsung mereka tidak endahkan lagipun kompaun tu mereka boleh bayar...

KUALA LUMPUR: Isu langkau giliran bagi mendapatkan vaksin terus hangat diperkatakan apabila ia didakwa turut membabitkan pembantu rumah dan pemandu orang kenamaan.

Pengerusi MedTweetMY, Dr Khairul Hafidz Alkhair Khairul Amin, ketika mendedahkan perkara itu berkata, pihaknya menerima pelbagai laporan daripada pengadu yang dirahsiakan identitinya.

Katanya, dokumen berbentuk senarai nama dan gambar berhubung isu berkenaan turut diterima, memandangkan bekalan vaksin dibawa masuk ke Malaysia sejak 21 Februari lalu sepatutnya diperuntukkan kepada petugas barisan hadapan.

"Saya mendapat banyak laporan 'potong barisan', malah disertakan bukti dokumen senarai nama dan gambar.

"Ada yang anak sendiri ambil gambar keluarga, majlis perbandaran juga dapat dulu (vaksin) sedangkan mereka ini petugas barisan hadapan ke?

"Diuar-uarkan sehingga pembantu rumah dan pemandu VIP (orang kenamaan) juga akan terima suntikan?" katanya menerusi kenyataan di akaun Twitter, @khairul_hafidz, semalam.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, semalam, dilaporkan memberi amaran tindakan langkau giliran bagi mendapatkan vaksin boleh didakwa mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, yang menyuarakan nada sama turut berkata individu bukan petugas barisan hadapan sudah dikeluarkan daripada senarai penerima vaksin fasa satu.

Meskipun berang dengan isu 'potong barisan' bagi mendapatkan vaksin, Dr Khairul berkata, semua maklumat dan laporan berkaitan dikemukakan kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) untuk tindakan lanjut.

"Walau apa pun, saya menghormati prosedur ditetapkan MOSTI, justeru kami akan rangkum dan e-mel kepada saluran diberikan.

"Harap isu ini dapat diambil serius. Diharap selepas pengadu e-mel, kami akan mendapat maklum balas dan tindakan dilaksanakan MOSTI.

"Ini supaya kami tahu tindakan sudah diambil. Jika tiada e-mel maklum balas, boleh dianggap tiada tindakan.

"Saya masih menghormati saluran yang betul, biar kami gunakan pendekatan ini dulu," katanya mengulas desakan pengguna Twitter supaya mendedahkan butiran laporan dan dalang langkau giliran bagi mendapatkan vaksin.

Berikutan pendedahan di laman media sosial, Dr Khairul berkata, suatu dokumen lain berstatus aduan yang disalurkan pengguna Twitter kepada MedTweetMy turut dikemukakan kepada MOSTI untuk siasatan lanjut.

Difahamkan, dokumen itu didakwa mengandungi butiran berhubung petugas barisan hadapan di sebuah 'bandar raya' yang masih tidak mendapat suntikan vaksin, tetapi beberapa orang kenamaan sudah menerima pelalian berkenaan ~ BH


Bila dah dapat senarai nama dan gambar tu.. mohon YB Khairy share dalam facebook biar semua tahu siapa individu yang sangat pentingkan diri sendiri tu..


Demikianlah Artikel Amah Dan Pemandu VIP Didakwa Potong Queue Terima Vaksin

Sekianlah artikel Amah Dan Pemandu VIP Didakwa Potong Queue Terima Vaksin kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Amah Dan Pemandu VIP Didakwa Potong Queue Terima Vaksin dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/03/amah-dan-pemandu-vip-didakwa-potong.html

Subscribe to receive free email updates: