Anwar Dakwa Tetap Ada Majoriti Biarpun Dua Berpaling Tadah?

Anwar Dakwa Tetap Ada Majoriti Biarpun Dua Berpaling Tadah? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Anwar Dakwa Tetap Ada Majoriti Biarpun Dua Berpaling Tadah?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Anwar Dakwa Tetap Ada Majoriti Biarpun Dua Berpaling Tadah?
link : Anwar Dakwa Tetap Ada Majoriti Biarpun Dua Berpaling Tadah?

Baca juga


Anwar Dakwa Tetap Ada Majoriti Biarpun Dua Berpaling Tadah?


Selepas dua Ahli Parlimennya meninggalkan parti dan menyatakan sokongan kepada Perikatan Nasional (PN), Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap mendakwa gabungan pembangkang masih memiliki jumlah sokongan yang diperlukan.

Anwar juga mendakwa, Pakatan Harapan (PH) yang diterajuinya mempunyai jumlah sokongan yang melebihi berbanding PN.

"Dengan dua yang lompat ini dia masih minoriti. Saya nak tekankan jangan salah faham, dia masih minoriti, jauh jumlahnya kecil banding dengan kita," katanya kepada pemberita di Port Dickson, pada Selasa.

Ahad lalu, dua wakil rakyat PKR, Larry Sng dan Steven Choong, masing-masing Ahli Parlimen Julau dan Ahli Parlimen Tebrau berpaling tadah dan menyatakan sokongan terhadap PN.

Sokongan Larry dan Steven itu menggantikan dua Ahli Parlimen UMNO, Datuk Seri Mohammed Nazri Abdul Aziz dan Datuk Jazlan Yaakob yang menarik sokongan terhadap PN pada bulan Januari.

Anwar mendakwa, pihak kerajaan memberi tekanan dan ugutan untuk menarik sokongan Ahli-ahli Parlimen pembangkang.

"Ada tekanan-tekanan lain. Saya dapat maklumat, jutaan ringgit digunakan tetapi kalau nampak tidak boleh guna agensi penguatkuasa.

"Saya nak tekankan, tidak ada masalah kalau SPRM atau LHDN berhak untuk meneruskan tindakan kepada pembangkang dan kerajaan.

"Tetapi menteri-menteri yang mewah pun begitu rupa yang kita tahu cukup mewah kehidupannya kenapa tidak disentuh?

"Jangan guna ini sebagai tarik tali untuk menekan mereka supaya melompat kepada parti lain, ini paling tidak beretika," katanya lagi.

September lalu, Anwar mendakwa mempunyai sokongan kukuh dan menyakinkan untuk membentuk kerajaan ~ AstroAwani


Demikianlah Artikel Anwar Dakwa Tetap Ada Majoriti Biarpun Dua Berpaling Tadah?

Sekianlah artikel Anwar Dakwa Tetap Ada Majoriti Biarpun Dua Berpaling Tadah? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Anwar Dakwa Tetap Ada Majoriti Biarpun Dua Berpaling Tadah? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/03/anwar-dakwa-tetap-ada-majoriti-biarpun.html

Subscribe to receive free email updates: