Kesilapan-kesilapan Besar Zahid Hamidi

Kesilapan-kesilapan Besar Zahid Hamidi - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kesilapan-kesilapan Besar Zahid Hamidi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kesilapan-kesilapan Besar Zahid Hamidi
link : Kesilapan-kesilapan Besar Zahid Hamidi

Baca juga


Kesilapan-kesilapan Besar Zahid Hamidi


Ahmad Zahid Hamidi adalah sahabat saya, seperti juga Anwar, Ibrahim, akan tetapi saya rasa Presiden Umno itu melakukan tiga kesilapan besar. Kesilapan pertama Zahid ialah menulis surat kepada Yang Dipertuan Agong menyatakan ahli-ahli Parlimen Umno bersamanya memberi sokongan kepada Anwar untuk membolehkannya menjadi perdana menteri.

Sedangkan hakikat sebenar adalah sebaliknya.

Kesilapan kedua Zahid ialah membuat keputusan dan kenyataan kononnya MKT Umno l mengambil ketetapan untuk memutuskan hubungan dengan Bersatu semasa PRU15 nanti.

Selain itu katanya Umno menolak jawatan timbalan perdana menteri sedangkan majoriti menyatakan pendirian di sebaliknya.

Kesilapan ketiga Zahid ialah menyatakan Barisan Nasional (BN) bersetuju memutuskan hubungan dengan Bersatu.

Reaksi dari kenyataan itu ialah bantahan daripada MCA, MIC dan PBRS.

Bila Shahidan Kassim dan Bung Mokhtar Radin membuat kenyataan menyanggah keputusan Zahid berhubung kerjasama dengan Bersatu, maka itu adalah permulaan Zahid menghadapi tentangan anggota MKT Umno secara terbuka.

Bila kenyataan terbuka Shahidan dan Bung Mokhtar bersambut kenyataan Musa Hitam dan Shamsul Amri Baharuddin l, maka rasanya semakin banyak peluru akan dihala ke arah Zahid.

Saya percaya, rantaian peluru kalaupun tidak bertihan peluru menghala ke arah Zahid menjelang Perhimpunan Agung Umno pada 27-28 Mac nanti.

Mungkin berlaku tekanan semasa Perhimpunan Agung Umno supaya Zahid melepaskan jawatan. Segala kemungkinan boleh berlaku.

Membariskan kesilapan-kesilapan Zahid, yang disokong oleh kenyataan Shahidan, Bung Mokhtar, Musa Hitam, Shamsul Amri, saya percaya presiden Umno itu dalam keadaan defensif.

Dia bukan sahaja tidak mampu menyerang, malah terpaksa menepis serangan yang boleh melemahkan seluruh tenaganya.

Ditulis oleh Kamarazaman Yacob, beliau merupakan bekas aktivis mahasiswa 1970-an dan pemerhati politik veteran.

Asalnya disiarkan di SINI


Demikianlah Artikel Kesilapan-kesilapan Besar Zahid Hamidi

Sekianlah artikel Kesilapan-kesilapan Besar Zahid Hamidi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kesilapan-kesilapan Besar Zahid Hamidi dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/03/kesilapan-kesilapan-besar-zahid-hamidi.html

Subscribe to receive free email updates: