PKR Nak Kerjasama Dengan UMNO?.. Ini Suara Ahli UMNO..

PKR Nak Kerjasama Dengan UMNO?.. Ini Suara Ahli UMNO.. - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PKR Nak Kerjasama Dengan UMNO?.. Ini Suara Ahli UMNO.., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PKR Nak Kerjasama Dengan UMNO?.. Ini Suara Ahli UMNO..
link : PKR Nak Kerjasama Dengan UMNO?.. Ini Suara Ahli UMNO..

Baca juga


PKR Nak Kerjasama Dengan UMNO?.. Ini Suara Ahli UMNO..


Saya tersenarai dalam lingkungan tiga juta ahli Umno, sekadar ahli akar umbi yang masih taat pada parti.

Saya masih peduli dengan nasib parti yang saya sertai puluhan tahun lalu ini, apa akan jadi andai keadaan terkini dibiar begitu sahaja.

Saya peduli dengan masa depan Umno, peduli dengan ketidaktentuan dihadapi parti ketika ini, peduli dengan tindak-tanduk pimpinan tetinggi yang dilihat semakin kuat latahnya dari sehari ke sehari.

Berbaloikah alasan ‘kami hormat institusi presiden’ atau ‘kami hormat keputusan perwakilan’ yang memilih pemimpin tertinggi jika taruhannya adalah survival parti berusia 75 tahun ini.

Terkadang saya terfikir, apa tujuan sebenar segala suara, segala catatan yang diketengahkan pemimpin parti yang membuatkan Umno dilihat seakan begitu kemaruk kuasa?

Apa agenda sebenar suara dan catatan politik mendesak pilihan raya umum segera diadakan, menggesa persidangan Dewan Rakyat dipanggil ketika rakyat tidak keruan berdepan ancaman wabak Covid-19 yang sangat membahayakan.

Adakah demi parti atau kepentingan peribadi?

Sebagai ahli parti terbesar mewakili kaum Melayu Islam dan Bumiputera di negara ini, saya bimbang dengan perkembangan parti saya yang dilihat seperti pasrah sedia bekerjasama dengan sesiapa sahaja, dengan parti mana sekali pun selagi matlamat menawan Putrajaya berjaya.

Nada pelawa sudah ada daripada PKR menerusi kenyataan Presidennya, Anwar Ibrahim dan Pengarah Komunikasi, Fahmi Fadzil.

Kedua-duanya pada sidang media sempena pelancaran inisiatif baharu PKR bagi membantu wanita yang berdepan masalah, senada tidak menolak kemungkinan bekerjasama dengan Umno menghadapi PRU-15.

Perkara itu memang tidak mustahil, apatah lagi pemimpin Umno yang bijak pandai, sambil menggunakan alasan suara ahli ‘akar umbi’ parti, sudah pun membuat keputusan menolak kerjasama dengan Bersatu pada pilihan raya umum akan datang.

Andai itu menjadi kenyataan, sanggupkah saya dan ahli akar Umno yang lain yang tidak pernah pun dimaklumkan apa perancangan politik parti, menjilat kembali ludah kami?

Sanggupkah kami tutup sebelah mata melihat Umno secara automatik menjadi sekutu DAP lantaran jalinan kerjasama dengan PKR dalam gabungan dinamakan Pakatan Harapan (PH)

Saya sangat bimbang dengan kemungkinan itu, amat khuatir presiden parti saya kembali ke pangkuan ‘bos’ lamanya, Anwar.

Saya amat bimbang kerana riak-riak ke arah itu seperti sudah ada.

Kenyataan media pemimpin tertinggi parti saya mendesak sidang Parlimen diadakan ketika darurat masih berkuat kuasa dikatakan ‘salin dan tampal’ kenyataan Anwar, masih meresahkan walaupun ia kemudian ditarik balik.

Apa tidak resahnya kerana sebelum itu pun tersebar surat didakwa surat sokongan dan ikrar setia presiden parti saya kepada Anwar yang dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong dalam usaha menjatuhkan kerajaan.

Sebab itu saya tertanya-tanya apa hala tuju sebenar parti saya. Tertanya-tanya adakah strategi yang digunakan – sama ada sahih kemudian didakwa tidak – adalah untuk kepentingan Umno atau kepentingan peribadi atau supaya ‘Kluster Mahkamah’ dilindungi?

Saya keliru dengan percaturan pemimpin atasan, adakah mereka sudah lupa dengan asas perjuangan. Adakah kepentingan dan perpaduan ummah, Melayu dan Bumiputera sudah diketepikan.

Adakah jika bekerjasama dengan PKR yang datang dalam pakej bersama DAP dapat memperkuatkan ummah?

Tidakkah terfikir bahananya jika bangsa berpecah, sudah lupakah apa yang terjadi kepada institusi Melayu dan Islam ketika 22 bulan di bawah pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan?

Sebenar-benarnya saya keliru, resah dan bimbang.


Syed Ishak Mohd Hisham 
Ahli UMNO Segambut, 
Kuala Lumpur

Asalnya pendapat disiarkan di SINI


.. Tu suara dari Ahli UMNO.. Ahli PKR pulak tak berani nak bersuara sebab takut kena gantung kot.. ha.. ha.. ha..


Demikianlah Artikel PKR Nak Kerjasama Dengan UMNO?.. Ini Suara Ahli UMNO..

Sekianlah artikel PKR Nak Kerjasama Dengan UMNO?.. Ini Suara Ahli UMNO.. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PKR Nak Kerjasama Dengan UMNO?.. Ini Suara Ahli UMNO.. dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/03/pkr-nak-kerjasama-dengan-umno-ini-suara.html

Subscribe to receive free email updates: