MP Sarawak Keluar PKR ‘Mesej Kepada Anwar’, Kata Penganalisis

MP Sarawak Keluar PKR ‘Mesej Kepada Anwar’, Kata Penganalisis - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul MP Sarawak Keluar PKR ‘Mesej Kepada Anwar’, Kata Penganalisis, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : MP Sarawak Keluar PKR ‘Mesej Kepada Anwar’, Kata Penganalisis
link : MP Sarawak Keluar PKR ‘Mesej Kepada Anwar’, Kata Penganalisis

Baca juga


MP Sarawak Keluar PKR ‘Mesej Kepada Anwar’, Kata Penganalisis


Seorang penganalisis politik berkata peletakan jawatan seorang ahli Parlimen Sarawak daripada PKR dan mengisytiharkan dirinya sebagai mesra kerajaan adalah satu perkara yang tidak mengejutkan setelah pengumuman Istana Negara bahawa Parlimen boleh bersidang ketika darurat dilaksanakan.

James Chin dari Asia Institute University of Tasmania berkata ia adalah “mesej” kepada Presiden PKR, Anwar Ibrahim, yang menerajui gesaan untuk sesi Parlimen diadakan selepas mendakwa Perdana Menteri Muhyiddin Yassin tidak lagi mendapat sokongan majoriti di Dewan Rakyat.

Beliau berkata sokongan Ahli Parlimen Julau Larry Sng, yang meninggalkan PKR bersama rakannya dari Tebrau, Steven Choong, akan mengembalikan majoriti tipis 111 ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) di Dewan Rakyat.

“Pada dasarnya, ini adalah mesej kepada Anwar bahawa tak mudah untuk singkir Muhyiddin Yassin dari kedudukannya,” kata Chin, dan menambah ia juga adalah “isyarat kepada Umno”.

Sng dan Choong dilaporkan keluar PKR pada Ahad lalu, mengakhiri spekulasi beberapa minggu lalu berhubung kesetiaan mereka kepada Anwar.

Langkah yang diambil mereka memberi tamparan hebat kepada parti itu sejak beberapa pemimpin kanannya melompat parti pada tahun 2020 termasuk pemimpin kanan seperti Mohamed Azmin Ali.

Chin berkata lebih banyak yang dijangka akan beralih menyokong Muhyiddin bagi mengukuhkan kedudukannya sebelum Parlimen bersidang semula.

“Terdapat juga khabar angin bahawa ahli politik lain akan melompat,” kata Chin

“Semua keadaan bergerak ke arah itu dan sekarang keadaan jadi huru-hara.

“Saya fikir ahli Parlimen yang tidak begitu kuat hubungan dengan parti mereka akan melihat ke mana arah angin yang bertiup, selain perhatian ditumpukan kepada sidang Parlimen dan menyusun angka sebelum bersidang.”

Kurang dana pembangunan


Sng, yang memenangi kerusi sebagai calon bebas pada Pilihan Raya Umum 2018, berkata beliau bertemu Perdana Menteri Muhyiddin Yassin pada Ahad untuk menyatakan sokongannya kepada kerajaan kerana beliau tidak dapat berkhidmat di kawasan dengan berkesan kerana kekurangan dana pembangunan.

Beliau memberitahu dana yang diberikan kepada ahli Parlimen pembangkang hanya berjumlah RM100,000, kerana itu, sukar untuk beliau melayani aduan rakyat dalam keadaan demikian.

“Sebagai seorang wakil rakyat, saya seharusnya boleh tolong mereka tetapi saya tidak dapat melakukannya,” jelas beliau.

Sng menyertai PKR selepas Pakatan Harapan (PH) mengambil alih Putrajaya selepas menang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 2018.

Beliau sebelum ini merupakan ahli Parti Rakyat Sarawak dan pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelagus selain memegang jawatan sebagai pembantu menteri belia sebelum beliau dipecat kerana tidak patuh dengan pimpinan parti.

Pada tahun 2012, Sng menubuhkan Parti Pekerja Sarawak yang kemudian ditinggalkan selepas empat tahun penubuhannya.

Sng, merupakan anak kepada Sng Chee Hua yang merupakan bekas ahli Parlimen Julau selama satu penggal (1995-1999).

Menurut Sng, daerah itu masih ketinggalan kerana wakil rakyat sebelum ini tidak melaksanakan kerja dengan baik.

Memandangkan negara berdepan dengan kemerosotan ekonomi ekoran pandemik Covid-19, katanya, satu-satunya cara untuk memastikan pembangunan di Julau maju, beliau perlu memberikan sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Muhyiddin.

‘Bukan kali pertama’


Arnold Puyok, seorang penganalisis politik di Universiti Malaysia Sarawak, berkata alasan Sng yang berkata tidak mampu penuhi keperluan pembangunan kawasan yang diwakilinya bukan kali pertama digunakan ahli politik untuk meninggalkan parti mereka.

Arnold mempersoalkan alasan tersebut kerana menurut beliau mengapa alat kerajaan persekutuan tidak boleh digerakkan untuk membantu kawasan pilihan raya yang dimenangi pembangkang.

“Mengapa seorang wakil rakyat pembangkang harus mematuhi sikap kepartian kerajaan persekutuan untuk dapat dana pembangunan yang disumbang pembayar cukai yang bukan partisan?” katanya kepada MalaysiaNow.

Sementara itu, penganalisis politik Sarawak, Jayum Jawan berpandangan langkah Sng yang keluar PKR tidak begitu berpengaruh kerana ia tidak akan memberi kesan signifikan terhadap senario politik Sarawak.

Jayum turut menyuarakan keraguannya terhadap pandangan bahawa langkah Sng akan melemahkan PKR kerana menurut beliau Sng hanya dilihat penting kerana dia ahli Parlimen.

“Sng tak signifikan dalam senario politik Dayak dan Sarawak, kerana pilihan raya negeri akan diadakan Jun depan, sementara PRU mungkin dalam masa 24 bulan akan datang.

“Keberadaannya dalam PKR pun tidak jadikan PKR lebih diterima orang Cina, atau komunitinya sendiri, mahupun orang Dayak yang mengundi beliau di Julau,” kata profesor Universiti Putra Malaysia itu.

Buat masa ini, katanya, Gabungan Parti Sarawak yang memegang tampuk pentadbiran negeri juga mungkin akan menolak Sng.

“Kini dia tidak ada parti. Parti-parti lain pun bukanlah pilihan bagus kerana mereka lebih teruk daripada PKR, DAP dan bahkan PSB.

“Jadi, dia kelihatan tenang sehinggalah pilihan raya depan menjelang,” kata Jayum.

Sumber: MalaysiaNow


Demikianlah Artikel MP Sarawak Keluar PKR ‘Mesej Kepada Anwar’, Kata Penganalisis

Sekianlah artikel MP Sarawak Keluar PKR ‘Mesej Kepada Anwar’, Kata Penganalisis kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel MP Sarawak Keluar PKR ‘Mesej Kepada Anwar’, Kata Penganalisis dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/03/mp-sarawak-keluar-pkr-mesej-kepada.html

Subscribe to receive free email updates: