Projek RM46 Billion, Pampasan RM500 Saja?

Projek RM46 Billion, Pampasan RM500 Saja? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Projek RM46 Billion, Pampasan RM500 Saja?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Projek RM46 Billion, Pampasan RM500 Saja?
link : Projek RM46 Billion, Pampasan RM500 Saja?

Baca juga


Projek RM46 Billion, Pampasan RM500 Saja?


Itu persoalan yang berbangkit apabila beberapa media melaporkan Kerajaan Pulau Pinang luluskan saguhati RM500 untuk Nelayan yang terkesan dengan projek tambak laut (PSR).

Projek tambakan laut di perairan selatan Pulau Pinang seluas hampir 17 kilometer persegi ini membabitkan projek pembangunan tiga pulau buatan berkeluasan 1,700 hektar di perairan Permatang Damar Laut berdekatan Bayan Lepas.

Ia dibina bagi membiayai pelbagai projek infrastruktur dalam Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PIP) yang bernilai RM46 bilion.

Sebenarnya RM500 itu adalah pendahuluan daripada saguhati yang ditawarkan Kerajaan Negeri..

Bayaran pendahuluan ini akan dibuat setelah nelayan mendaftar maklumat dan butiran mereka di Pusat Perkhidmatan Setempat Nelayan (PPSN) Permatang Damar Laut dan Gertak Sanggul mulai 8 Februarilalu..

Jumlah saguhati selebihnya akan dibayar dalam dua ansuran iaitu 75 peratus pada Mac 2021 dan 25 peratus lagi pada Januari 2022.

Saguhati yang ditawarkan bagi Tekong dan awak-awak daripada unit Tahap 1 ialah RM20,000 dan RM12,960 manakala bagi Tahap 2 pula masing-masing menerima RM13,200 dan RM5,400.

Tekong Tahap 1 juga akan ditawarkan bot dengan kepanjangan 27 kaki persegi berserta enjin berkuasa kuda 60 atau 75 untuk membolehkan nelayan menangkap ikan di lokasi yang lebih jauh setelah pulau PSR dibentuk kelak.



Dah jelas kan?

Tapi.. aku sokong kenyataan dari Pengerusi Persatuan Nelayan Pulau Pinang (Pen Mutiara) Mahadi Md Rodzi ini..

"Pampasan RM20,000 amat tidak logik dengan cadangan bayaran pula ada yang tidak dibayar sepenuhnya. Bayaran kepada nelayan di kawasan paling dekat dengan pulau A iaitu Permatang Damar Laut akan dibayar dahulu sebanyak 75 peratus manakala bakinya dicadangkan RM800 setahun.

"Bagi nelayan di Sungai Batu dan Gertak Sanggul (nelayan di bawah kategori A) pula dibayar 25 peratus daripada jumlah pampasan manakala nelayan bagi kategori B hanya RM4,000 dicadangkan untuk dibayar secara 'one off' serta tiada cadangan pampasan kepada nelayan di seluruh negeri yang diletakkan di bawah kategori C," 

"Persatuan ini sehingga kini tetap dengan pendirian, iaitu membantah cadangan projek terbabit"

"Pakej lain yang dijangka diberikan kerajaan negeri antaranya pemerkasaan seperti pembinaan jeti baharu, koperasi nelayan, skim tuisyen dan pendidikan untuk anak-anak, skim latihan untuk nelayan dan peluang pekerjaan bagi mereka yang layak, tidak mampu meyakinkan nelayan"

"Kita sedia maklum peruntukan kerajaan untuk jeti selama ini tidak pernah putus diterima manakala koperasi juga tidak perlu kerana majoriti nelayan menjadi ahli dalam persatuan nelayan di bawah Akta Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) 1971.

"Latihan apa yang hendak diberikan kepada nelayan?, peluang pekerjaan apa yang ada?, adakah nelayan perlu beralih ke bidang lain?" baca lah kat SINI 

Hmmm... projek mega.. pampasan ciput.. selain itu juga akan akibatkan kerosakkan eko sistem laut bukan sahaja di selatan pulau bahkan di Negeri Perak juga bakal berlaku kerosakkan akibat perlombongan pasir laut untuk di bekalkan ke Pulau Pinang. 

Yang untungnya siapa?.. yang aku faham akan ada perumahan dibangunkan di Pulau-pulau itu.. jenis rumahnya pula ialah jenis yang rakyat kebanyakkan hanya mampu tengok saja.. 

Apa agaknya nasib nelayan Tanjong Tokong yang telah mendapat pampasan RM 20,000 dulu tu. 

Mereka kini dikatakan telah kehilangan tempat mencari rezeki ekoran penambakan di Gurney drive..


Demikianlah Artikel Projek RM46 Billion, Pampasan RM500 Saja?

Sekianlah artikel Projek RM46 Billion, Pampasan RM500 Saja? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Projek RM46 Billion, Pampasan RM500 Saja? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/03/projek-rm46-billion-pampasan-rm500-saja.html

Subscribe to receive free email updates: