PKR Tak Boleh Saman Larry Sng Rupanya..

PKR Tak Boleh Saman Larry Sng Rupanya.. - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PKR Tak Boleh Saman Larry Sng Rupanya.., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PKR Tak Boleh Saman Larry Sng Rupanya..
link : PKR Tak Boleh Saman Larry Sng Rupanya..

Baca juga


PKR Tak Boleh Saman Larry Sng Rupanya..


Sebelum itu.. gambar di atas menunjukkan Datuk Seri Anwar Ibrahim turun dari jet dan disambut oleh Larry Sng dan kawan-kawannya..

Pengumuman Ahli Parlimen Julau, yang juga bekas Pengerusi PKR Negeri Sarawak, Larry Sng Wei Shien keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Sabtu pasti meruntun jiwa presiden parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ini kerana Anwar yang berkawan rapat dengan bapa Larry, Datuk Sng Chee Hua amat mengharapkan kesetiaannya. Apatah lagi bagi menambah sokongan untuk merampas kembali kerusi Perdana Menteri daripada genggamannya, setahun lalu.

Biarpun lulusan London School of Economics itu baharu berusia 41 tahun pada 14 September depan, namun ia bukan bermaksud Larry budak hingusan dalam politik.

Sebaliknya, Larry yang menyertai Parti Keadilan Ralyat (PKR) pada 2018 merupakan ahli politik yang cukup pengalaman.

Beliau mula menyertai politik pada usia 22 tahun apabila memenangi kerusi Dun Pelagus pada 2001, menggantikan bapanya atas tiket Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS).

Pada 2004, beliau menyertai bapanya dan Tan Sri Dr James Masing menubuhkan Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan bertanding atas tiket parti tersebut pada 2006.

Sebelum itu pada 2004, Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud melantik beliau sebagai menteri muda termuda dalam sejarah Sarawak drngan portfolio Perancangan Ekonomi dan Pembangunan Industri (Perancangan).

Pada 2007, beliau dipecat daripada PRS berikutan pergolakan pimpinannya. Larry tidak bertanding dalam PRN Sarawak pada 2011, beliau menubuhkan Parti Pekerja Sarawak (SWP) dan bertanding di Parlimen Lubok Antu pada 2013 tetapi kalah.

Pada 2016, menjelang PRN Sarawak ke-11, beliau mengundur diri daripada SWP sebelum pada 2018 bertanding di Parlimen Julau sebagai calon Bebas, mencabar musuhnya dalam PRS dahulu,

Larry menang dengan majoriti 1,931 undi, dan ketika Putrajaya berubah pimpinan, 3 hari kemudian (kalau tak silap) beliau mengumumkan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Empat bulan kemudian, beliau menawarkan dirinya sebagai calon Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR dan menewaskan senarai panjang tokoh parti itu..

Kemenangannya penuh dengan kontroversi.. bilamana Cabang Julau itu telah telah menyaksikan peningkatan 2,147 peratus Ahli, daripada 603 orang kepada 13,549 ahli hanya dalam masa satu hari.

Larry yang kemudian dilantik mengetuai Majlis Pimpinan Negeri Sarawak pada 2020 susulan pergolakan dalam parti tersebut, yang menyaksikan Baru Bian dan para penyokong yang berpihak kepada Azmin Ali dilucut keahlian.

Sikit sudahlah kot pasal Larry Sng tu… nak baca lagi banyak baca di SINI

Baca persoalan yang dibangkitkan Larry kat bawah ni..

KUALA LUMPUR – Bekas Pengerusi PKR Sarawak, Larry Sng Wei Shien hairan bagaimana parti lamanya mahu mengambil tindakan mahkamah terhadapnya yang keluar parti baru-baru ini.

Menurutnya, beliau tidak bertanding atas tiket PKR pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu sebaliknya menang kerusi Parlimen Julau atas tiket bebas.

Jelas Larry, selepas itu beliau bertindak menyertai PKR kerana mendapat jemputan.

“Saya tidak teringat dengan apa-apa perjanjian dengan PKR sebelum ini kerana saya menang kawasan Parlimen saya di Julau pada PRU lepas atas tiket calon bebas.

“Saya hanya dijemput sertai PKR selepas PRU, jadi jika ada cadangan untuk ambil tindakan perundangan pastinya tidak ada kena mengena dengan saya,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

Larry mengulas kenyataan Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution yang sedang berkira-kira untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Larry serta Ahli Parlimen Tebrau, Steven Choong kerana dakwaan mengkhianati parti.

Larry turut memberikan contoh bagaimana Ahli Parlimen Lubbock Antu, Jugah Muyang yang meninggalkan PKR, beliau tidak dikenakan sebarang tindakan perundangan kerana wakil rakyat itu juga tanding bebas.

“Jugah Mayang juga keluar PKR tetapi tidak pula dikenakan apa-apa tindakan undang-undang, jadi apa asasnya hendak bertindak sebaliknya dengan saya?,” ujarnya.

Malah kata Larry dalam nada sinis, jika PKR begitu berprinsip serta menolak budaya lompat parti, mengapa ada ura-ura tentang penyertaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Amanah yang menyertai PKR.

“Jika begitu ‘kisah’ dengan lompat parti ini, anda patut tidak terima Adun dari Amanah. Itu melanggar prinsip reformasi yang menjadi amalan selama ini,” tegasnya.

Laporan penuh sila baca di MalaysiaGazette

Kesimpulannya... Dia bertanding sebagai Calon Bebas.. bila dah menang dia sertai KEADILAN.. dan dia bukan bertanding atas tiket KEADILAN semasa menang tu.. Jadi KEADILAN tak boleh saman dia..

Betul kata Larry tu.. kalau berpegang kepada prinsip dan menolak budaya lompat parti mengapa diterima ADUN Amanah tu?

Dan... kalau benar berpegang kepada prinsip mengapa diterima sokongan dari Sang Kleptrokat dan yang dituduh pecah amanah tu?


Demikianlah Artikel PKR Tak Boleh Saman Larry Sng Rupanya..

Sekianlah artikel PKR Tak Boleh Saman Larry Sng Rupanya.. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PKR Tak Boleh Saman Larry Sng Rupanya.. dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/03/pkr-tak-boleh-saman-larry-sng-rupanya.html

Subscribe to receive free email updates: