'Datuk Seri' Ditahan Kerana Ugut Inspektor Polis

'Datuk Seri' Ditahan Kerana Ugut Inspektor Polis - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 'Datuk Seri' Ditahan Kerana Ugut Inspektor Polis, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 'Datuk Seri' Ditahan Kerana Ugut Inspektor Polis
link : 'Datuk Seri' Ditahan Kerana Ugut Inspektor Polis

Baca juga


'Datuk Seri' Ditahan Kerana Ugut Inspektor Polis


JOHOR BAHRU: Seorang lelaki mengaku Datuk Seri ditahan selepas mengugut dua mangsa termasuk seorang anggota polis berpangkat Inspektor, Khamis lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata Datuk Seri berusia 56 tahun itu ditahan bersama rakannya yang berusia 41 tahun kira-kira jam 8.30 malam, Khamis lalu, selepas mangsa membuat laporan polis.

"Kes ini bermula Isnin lalu apabila mangsa yang berusia 50-an didatangi dua suspek termasuk Datuk Seri berkenaan.

"Datuk Seri itu kemudian melakukan pemerasan dengan mengugut mangsa membayar sejumlah hutangnya sebelum mangsa membuat laporan polis.

"Susulan itu, polis menahan kedua-dua suspek termasuk Datuk Seri di sekitar kawasan Masai kira-kira jam 8.30 malam, Khamis lalu.

"Ketika ditahan, Datuk Seri itu sekali lagi bertindak menggugut polis bertugas yang berpangkat Inspektor dengan kata-kata 'kalau tuan tangkap saya, saya akan porak-perandakan semua balai polis dan hidup tuan'," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Ayob Khan berkata, siasatan mendapati suspek menggunakan gelaran Datuk Seri yang tidak diiktiraf.

"Semakan rekod Datuk Seri juga mendapati dia mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau berunsur jenayah kekerasan termasuk dua kali dikenakan tindakan di bawah Ordinan Darurat dengan ditahan di Simpang Renggam dan Pulau Jerejak, sekitar 1980-an serta 1990-an.

"Datuk Seri berkenaan juga banyak menderma wang kepada pertubuhan bukan kerajaan bagi melindungi kegiatannya selain mengaburi pihak berkuasa," katanya.

Ayob Khan berkata, kedua-dua suspek termasuk Datuk Seri disiasat mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan kerana pemerasan dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah.

Sumber: BH


Demikianlah Artikel 'Datuk Seri' Ditahan Kerana Ugut Inspektor Polis

Sekianlah artikel 'Datuk Seri' Ditahan Kerana Ugut Inspektor Polis kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 'Datuk Seri' Ditahan Kerana Ugut Inspektor Polis dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/03/datuk-seri-ditahan-kerana-ugut.html

Subscribe to receive free email updates: