Survei Kata Muhyiddin Patut Letak Jawatan

Survei Kata Muhyiddin Patut Letak Jawatan - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Survei Kata Muhyiddin Patut Letak Jawatan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Survei Kata Muhyiddin Patut Letak Jawatan
link : Survei Kata Muhyiddin Patut Letak Jawatan

Baca juga


Survei Kata Muhyiddin Patut Letak Jawatan


Institut Darul Ehsan (IDE) ditubuhkan bagi membantu kerajaan negeri Selangor merangka polisi, hala tuju dan kebijakan-kebijakan bagi membangunkan kecemerlangan Negeri Selangor dari sudut ekonomi, sosio-politik, pembangunan seimbang, tatakelola kerajaan (Good Governance) dan kemajmukan masyarakat.

Bagi memenuhi aspirasi tersebut, IDE berfungsi sebagai sebuah hub penyelidikan dan pendidikan yang menjadi penghubung antara penggubal dasar, kerajaan dan agensinya dengan masyarakat sivil meliputi pemimpin mahasiswa, masyarakat, badan bukan kerajaan (NGO) sama ada di peringkat nasional atau antarabangsa.

IDE melaksanakan strategi Analisis, Respon, Pencerahan & Pencerdasan (AR2P). Strategi ini digerakkan melalui program penyelidikan, diskusi, persidangan, seminar, bengkel dan penerbitan dalam bentuk laporan, periodikal dan buku.

Itu adalah IDE bagi yang tidak tahu apa bendanya IDE itu..

Dan berikut adalah laporan dari survei yang telah dijalankan oleh IDE sempena Setahun Pemerintahan Perikatan Nasional..
 
...Survei Mood Rakyat Malaysia Setahun Pemerintahan Perikatan Nasional dijalankan oleh Institut Darul Ehsan (IDE) secara dalam talian pada 19 hingga 28 Februari 2021 yang melibatkan 8,352 orang responden seluruh negara, Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Profil responden merangkumi jantina, umur, kaum dan sokongan kepada parti. Survei ini juga turut mendapatkan pendirian responden terhadap isu berkaitan prestasi Kerajaan dan Perdana Menteri, usaha Kerajaan menangani COVID 19 dan masa depan politik Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Pakatan Harapan.

MOOD RAKYAT 01: PILIHAN TERBAIK BUAT TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN SEBAGAI PERDANA MENTERI?

Polemik politik sentiasa berlaku terhadap kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin (TSMY) selaku Perdana Menteri sejak mengambil alih kepimpinan negara pada 1 Mac 2020 membentuk Kerajaan Perikatan Nasional. 

Kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri mengalami pasang surut berkaitan jumlah sokongan ahli Parlimen terhadapnya untuk memegang amanah jawatan nombor satu negara. Apakah ‘mood rakyat’ dalam menilai polemik ini?

Apakah pilihan terbaik buat beliau di kaca mata rakyat Malaysia?

Berdasarkan keputusan Survei IDE terkini, hanya 19% yang memilih untuk beliau kekal sebagai Perdana Menteri hingga tempoh Parlimen tamat. Majoriti responden, 46% memilih untuk beliau meletak jawatan sebagai Perdana Menteri kerana kehilangan sokongan majoriti.

29% pula berpandangan beliau wajar membubarkan parlimen dan mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15. Hanya 2% sahaja yang menyokong untuk meneruskan pengisytiharan darurat untuk terus berkuasa.


Berdasarkan analisis mikro melibatkan umur dan juga kaum, survei mendapati pandangan tersebut adalah menyeluruh antara kategori umur mereka yang layak mengundi daripada 21 tahun hingga 66 tahun ke atas.

Keputusan yang sama juga merentas kaum melibatkan Melayu, Cina, India, Bumiputera Sabah, Bumiputera Sarawak dan lain-lain.



Sumber: IDE


Demikianlah Artikel Survei Kata Muhyiddin Patut Letak Jawatan

Sekianlah artikel Survei Kata Muhyiddin Patut Letak Jawatan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Survei Kata Muhyiddin Patut Letak Jawatan dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/03/survei-kata-muhyiddin-patut-letak.html

Subscribe to receive free email updates: