Anwar persoal bagaimana dana kerajaan tidak disalur kepada kerajaan negeri Sabah

Anwar persoal bagaimana dana kerajaan tidak disalur kepada kerajaan negeri Sabah - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Anwar persoal bagaimana dana kerajaan tidak disalur kepada kerajaan negeri Sabah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Anwar persoal bagaimana dana kerajaan tidak disalur kepada kerajaan negeri Sabah
link : Anwar persoal bagaimana dana kerajaan tidak disalur kepada kerajaan negeri Sabah

Baca juga


Anwar persoal bagaimana dana kerajaan tidak disalur kepada kerajaan negeri Sabah

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan bagaimana dana RM3.3 bilion daripada kerajaan Persekutuan disalurkan terus kepada Jabatan Air Sabah, tanpa melalui kerajaan negeri terlebih dahulu.
 
Ujarnya, apa yang berlaku itu mungkin mencerminkan petanda tatakelola dan pengurusan buruk oleh kerajaan pusat.
 
“Bagaimana hal ini boleh berlaku tanpa pengetahuan menteri Sabah yang berkenaan?
 
“Sepatutnya wang rakyat dan Jabatan Air Sabah diurus khusus untuk memberi perkhidmatan terbaik buat rakyat Sabah.
 
“Maka, insiden ini membuktikan bahawa amalan rasuah sudah parah dan terus membarah di negara kita yang tercinta ini,” katanya dalam satu kenyataan medianya, hari ini.
 
Anwar berkata demikian mengulas isu rampasan sejumlah dana membabitkan pegawai atasan Jabatan Air Sabah.
 
Bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KLBW), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebelum ini memberitahu semua peruntukan kementeriannya disalurkan melalui kerajaan negeri sebelum tiba kepada mana-mana jabatan kerajaan.
 
Justeru beliau menafikan sebarang tuduhan yang mengaitkannya dengan skandal rasuah menggemparkan negara di Sabah baru-baru ini.
 
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 4 Oktober lalu dilaporkan merampas RM112 juta wang tunai ekoran penahanan dua pegawai kanan Jabatan Air Sabah.
 
Ia dianggap rampasan terbesar SPRM setakat ini.
 
Selain wang tunai, turut disita ialah sembilan kenderaan mewah, 94 beg tangan mewah, barang kemas dan jam mewah.
 
Semua empat suspek kes yang melibatkan dana RM3.3 bilion untuk projek kerajaan Pusat itu ditahan reman selama seminggu bagi membantu siasatan.
 
 


Demikianlah Artikel Anwar persoal bagaimana dana kerajaan tidak disalur kepada kerajaan negeri Sabah

Sekianlah artikel Anwar persoal bagaimana dana kerajaan tidak disalur kepada kerajaan negeri Sabah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Anwar persoal bagaimana dana kerajaan tidak disalur kepada kerajaan negeri Sabah dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2016/10/anwar-persoal-bagaimana-dana-kerajaan.html

Subscribe to receive free email updates: