Bajet 2017: Ekonomi mencabar, harap kerajaan tak potong bajet

Bajet 2017: Ekonomi mencabar, harap kerajaan tak potong bajet - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bajet 2017: Ekonomi mencabar, harap kerajaan tak potong bajet, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bajet 2017: Ekonomi mencabar, harap kerajaan tak potong bajet
link : Bajet 2017: Ekonomi mencabar, harap kerajaan tak potong bajet

Baca juga


Bajet 2017: Ekonomi mencabar, harap kerajaan tak potong bajet

 
 
Mustapa Mohamed
Mustapa Mohamed
 
 
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) mengharapkan kerajaan memberi pertimbangan yang sewajarnya di dalam menyediakan peruntukan kepada kementerian tersebut dalam Bajet 2017 nanti.
 
Menterinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, semasa keadaan ekonomi sangat lemah ketika ini, MITI memerlukan peruntukan yang mencukupi untuk mengadakan pelbagai promosi supaya pertumbuhan negara tidak terus terjejas.
 
"Kami harap diberi pertimbangan sewajarnya semasa pembentangan bajet nanti. Kami telah memberi cadangan-cadangan bersesuaian untuk dimasukkan ke dalam Bajet 2017.
 
"Ini kerana apabila persekitaran ekonomi mencabar, kami perlu meningkatkan usaha untuk menjana pertumbuhan," katanya kepada pemberita selepas sesi dialog syarikat peringkat tengah (mid-tier companies) di sini hari ini.
 
Menurut Mustapa, beberapa perkara di dalam dialog berkenaan akan diberi tindakan lanjut terutamanya yang melibatkan isu-isu halangan bukan tarif di antara syarikat Malaysia dengan syarikat luar dalam kalangan negara ASEAN.
 
"Secara dasarnya isu-isu tersebut telah dipersetujui dalam Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) namun apabila dilaksanakan, masih ada masalah yang timbul contohnya mengenai kerenah birokrasi.
 
"Jadi kami akan cuba menyelesaikan masalah tersebut dengan mengadakan perbincangan dua hala dengan negara terbabit," katanya.
 
Tambah Mustapa, syarikat peringkat tengah amat penting kepada pertumbuhan negara melalui eksport sama ada dari sektor pengilangan mahu pun perkhidmatan.
 
Syarikat peringkat tengah ditakrifkan sebagai syarikat-syarikat yang mempunyai perolehan tahunan sebanyak  RM50 juta sehingga RM500 juta bagi sektor pengilangan manakala RM20 juta sehingga RM500 juta dalam sektor perkhidmatan. -MalaysiaGazette
 
 


Demikianlah Artikel Bajet 2017: Ekonomi mencabar, harap kerajaan tak potong bajet

Sekianlah artikel Bajet 2017: Ekonomi mencabar, harap kerajaan tak potong bajet kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bajet 2017: Ekonomi mencabar, harap kerajaan tak potong bajet dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2016/10/bajet-2017-ekonomi-mencabar-harap.html

Subscribe to receive free email updates: