Anwar Ibrahim Kot Calon Perdana Menteri Oleh UMNO?

Anwar Ibrahim Kot Calon Perdana Menteri Oleh UMNO? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Anwar Ibrahim Kot Calon Perdana Menteri Oleh UMNO?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Anwar Ibrahim Kot Calon Perdana Menteri Oleh UMNO?
link : Anwar Ibrahim Kot Calon Perdana Menteri Oleh UMNO?

Baca juga


Anwar Ibrahim Kot Calon Perdana Menteri Oleh UMNO?


Petikan dari satu surat bertarikh 11 Oktober, 2020, yang didakwa dihantar Zahid sendiri kepada Yang di-Pertuan Agong ..

Selain nama dan tandatangan Ahmad Zahid sebagai pengutus, surat tersebut turut dilihat mempunyai tandatangan Ahli Parlimen Pekan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai saksi akuan berkenaan.

“Tujuan mengemukakan warkah ini untuk seikhlasnya mengesahkan bahawa patik bersama YB Dato’ Seri Najib Bin Razak selaku Ahli Parlimen Pekan (P085) dan sejumlah Ahli Dewan Rakyat UMNO telah menarik balik sokongan dan kepercayaan kami kepada Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) YAB. Tan Sri Dato’ Muhyiddin Bin Hj Mohd Yassin, Ahli Parlimen Pagoh (P143).

“..dan memberi sokongan dan kepercayaan kami yang tidak berbelah bahagi dan setia kepada YB. Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim, Ahli Parlimen Port Dickson (P132) untuk dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9,” menurut surat yang telah tular di laman media sosial itu.

“Sehubungan itu, patik selaku Presiden UMNO bertanggungjawab memaklumkan kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Tuanku bahawa YAB. Tan Sri Dato’ Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin, Ahli Parlimen Pagoh (P143), telah kehilangan sokongan dan kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat selaras Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan.

“..dan YB. Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim, Ahli Parlimen Port Dickson (P132) telah mendapat dan mempunyai sokongan dan kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat untuk dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-9, selaras Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan,” menurut kandungan surat itu lagi.

Annuar Musa pada 6 Januari mengesahkan salinan surat yang menyatakan ikrar setia ahli-ahli Parlimen Umno terhadap Presiden PKR Anwar Ibrahim, sehari selepas pemecatan beliau sebagai setiausaha agung Barisan Nasional (BN).

Bercakap pada sesi wawancara yang disiarkan secara langsung di Facebook semalam, ketua penerangan Bersatu Wan Saiful  memberi bayangan bahawa masalah dalam UMNO ditimbulkan presiden Umno sendiri - Ahmad Zahid Hamidi.

Wan Saiful berkata Zahid menerusi sepucuk surat memberikan sokongan kepada ketua pembangkang, Anwar Ibrahim untuk menjadi perdana menteri ketika Umno masih merupakan sebahagian daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN).

"Betapa surat ni dihantar 11 Oktober 2020 oleh Presiden Umno kepada Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong.

"Tajuk dia pun kita dah saspen, ni nak sama-sama dalam kerajaan.

"Keputusan presiden bahawa ahli-ahli Dewan Rakyat Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Umno) memberi sokongan dan kepercayaan tak berbelah bahagi dan setia kepada Yang Berhormat Anwar ibrahim, Ahli parlimen Port Dickson untuk dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia kesembilan," katanya membaca tajuk surat berkenaan.

"Setia kepada ketua pembangkang, sebagai presiden parti yang duduk dalam kerajaan dan mewakili semua ahli parlimen.

"Saya rasa tak ada laporan polis difailkan mengenai surat ini. Tak ada penarikan rasmi daripada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sendiri.

"Dan kalau tak diselesaikan isu dalaman Umno, simptomnya yang keluar macam inilah, tiba-tiba sokong pembangkang.

"Macam mana kita nak buat kalau macam ni?

"Saya tak nak campur urusan dalaman Umno, tapi saya mohon sangat rakan-rakan dalam Umno selesaikanlah isu ini supaya kita tak perlu menghadapi cabaran sebegini dan boleh terus fokus berkhidmat pada rakyat, bagi memastikan kebajikan rakyat dijaga, dan memastikan keadaan ekonomi akhirnya beri manfaat kepada rakyat," katanya.

Wan Saiful berkata demikian ketika ditanya oleh moderator Zaharin Mohd Yasin yang juga merupakan aktivis veteran Umno mengenai pertembungan antara Umno dan Bersatu.

Mengulas gabungan BN yang dipimpin Umno akan bergerak secara solo pada PRU akan datang., Wan Saiful berkata Umno harus mengumumkan calon perdana menteri mereka.


"Persoalan paling besar ialah siapa calon perdana menteri? Kita PN jelas Muhyiddin. PH jelas Awnar Ibrahim. Kalau duduk tengah-tengah, tak duduk sebelah Muhyiddin, tidak duduk sebelah Anwar, nak calonkan siapa sebenarnya?

"Nak calon daripada parti sendiri atau menolak Muhyiddin dan naikkan Anwar dan (Setiausaha Agung DAP) Lim Guan Eng? Ini persoalan besar yang rakyat nak tahu. Bagi saya kena putuskan sekarang. Kalau nak duduk dalam PN marilah duduk sama-sama adik beradik, tadbir negara untuk kebaikan rakyat. Kalau tak nak, bagitahu siapa nak jadi perdana menteri," katanya.

Laporan penuh sila baca di SINI


Hmm.. adakah UMNO di bawah Zahid sekali lagi akan menamakan Anwar Ibrahim sebagai Calon Perdana Menteri? 



Demikianlah Artikel Anwar Ibrahim Kot Calon Perdana Menteri Oleh UMNO?

Sekianlah artikel Anwar Ibrahim Kot Calon Perdana Menteri Oleh UMNO? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Anwar Ibrahim Kot Calon Perdana Menteri Oleh UMNO? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/04/anwar-ibrahim-kot-calon-perdana-menteri.html

Subscribe to receive free email updates: