2018 Tangguh Pemilihan Selepas PRU, UMNO Lingkup Juga - Khairy - Hallo sahabat
BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 2018 Tangguh Pemilihan Selepas PRU, UMNO Lingkup Juga - Khairy, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan
Artikel Artis,
Artikel Gosip,
Artikel kabar,
Artikel News,
Artikel Politik,
Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.
Judul :
2018 Tangguh Pemilihan Selepas PRU, UMNO Lingkup Juga - Khairylink :
2018 Tangguh Pemilihan Selepas PRU, UMNO Lingkup Juga - Khairy
Baca juga
2018 Tangguh Pemilihan Selepas PRU, UMNO Lingkup Juga - Khairy
DAHULU kedua-duanya sama-sama dilihat ‘lepak mamak’.... Namun selepas kekalahan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) hampir tiga tahun lalu, senarionya sudah berbeza.
Biarpun masih dalam satu parti, namun Khairy Jamaluddin tidak lagi teragak-agak untuk berbeza pendapat dengan bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak – jauh berbeza ketika Najib berdepan isu 1MDB ketika dalam kerajaan lalu.
Malah dalam beberapa situasi, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rembau itu sama ada ketika sidang akhbar atau dalam media sosial sedia menyanggah Najib secara selamba termasuk mengeluarkan ayat penuh sinis.
Ini termasuk pada sidang akhbar hari ini ketika Khairy mengulas pandangan Najib berhubung gesaannya supaya pemilihan parti diadakan segera.
Tegas Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN), walaupun UMNO menangguhkan pemilihan parti selepas PRU-14 pada 2018, parti itu tetap ‘lingkup’.
“Pada 2018 kita tangguh pemilihan UMNO selepas PRU, lingkup juga (kalah PRU),” kata Khairy yang menerajui sayap Pergerakan Pemuda UMNO pada PRU tersebut yang menyaksikan kekalahan pertama BN dalam sejarah.
Penggunaan perkataan ‘lingkup’ oleh Khairy secara sinikal itu juga mengundang ketawa kecil Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang berada sama dalam sidang akhbar itu.
“Kalah juga,” sambut Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu secara spontan.
Khairy dan Reezal yang merupakan Menteri Belia dan Sukan mengadakan sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Penugasan Sukarelawan Khidmat Sokongan Malaysia Vaccine Support Volunteers (MyVAC), di Putrajaya, hari ini.
Yang hadir sama timbalan Reezal Merican di KBS, Wan Ahmad Fayhsal.
Reezal Merican Naina Merican bersama Khairy dan Wan Ahmad Fayhsal pada sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Penugasan Sukarelawan Khidmat Sokongan Malaysia Vaccine Support Volunteers (MyVAC), di Putrajaya, hari ini./ Gambar FB KBS
Untuk rekod sejak kekalahan BN pada PRU 2018, Khairy berubah menjadi antara pengkritik terbuka isu berkait 1MDB.
Pada pemilihan UMNO Jun 2018, Khairy tewas dalam perebutan jawatan Presiden UMNO kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam saingan tiga penjuru.
Sementara itu, Reezal Merican yang juga Ketua UMNO Bahagian Kepala Batas dalam mengulas soal pemilihan parti berkata, sebelum atau selepas PRU-15, UMNO tetap memerlukan pemilihan.
“Kita selalu dok ulang UMNO parti yang matang, maka inilah masanya untuk tunjuk kematangan menerusi pemilihan.
“Pemilihan bagi mencorak hala tuju parti dan kembalikan hak kepada ahli-ahli setelah tiba tempohnya,” katanya.
Demikianlah Artikel 2018 Tangguh Pemilihan Selepas PRU, UMNO Lingkup Juga - Khairy
Sekianlah artikel 2018 Tangguh Pemilihan Selepas PRU, UMNO Lingkup Juga - Khairy kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel 2018 Tangguh Pemilihan Selepas PRU, UMNO Lingkup Juga - Khairy dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/04/2018-tangguh-pemilihan-selepas-pru-umno.html