Selepas Disindir Zahid.. PAS Bidas UMNO..

Selepas Disindir Zahid.. PAS Bidas UMNO.. - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Selepas Disindir Zahid.. PAS Bidas UMNO.., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Selepas Disindir Zahid.. PAS Bidas UMNO..
link : Selepas Disindir Zahid.. PAS Bidas UMNO..

Baca juga


Selepas Disindir Zahid.. PAS Bidas UMNO..


PAS hari ini menggesa semua organisasi Islam di dalam negara untuk mempertahankan kerajaan Perikatan Nasional (PN) selain menyatakan parti itu menolak muafakat politik yang menyeleweng.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan beberapa hari selepas Perhimpunan Agung Umno yang menyaksikan parti Melayu itu memutuskan hubungan secara rasmi dengan Bersatu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Presiden PAS Abdul Hadi Awang berkata, mereka menolak MN yang menyeleweng daripada matlamat asal.

“PAS menolak muafakat yang berpecah dan menyeleweng daripada matlamat Muafakat Nasional yang asal. Matlamat untuk masuk ke medan perjuangan bagi membela umat dalam satu negara dengan melibatkan semua golongan atas asas Perlembagaan yang merdeka dan berdaulat,” kata Hadi dalam satu kenyataan hari ini.

“PAS mengajak semua kumpulan Islam untuk menyelamatkan negara dalam sebuah pakatan baru, PN bersama-sama dengan Bersatu yang berteraskan Islam memimpin dan berintegriti. Selain itu juga bersama golongan bukan Islam yang tidak ekstrem bagi menyelamatkan negara, tanpa menghabiskan masa.”

Perhimpunan Agung Umno hujung minggu lalu menyaksikan PAS disindir dalam ucapan presiden parti itu, Ahmad Zahid Hamidi kerana menyertai PN.

“Politik Umno bukan seperti lalang ditiup angin. Ingin saya tegaskan piagam MN belum sampai ke penghujungnya. Kita (Umno-PAS) belum terlambat kembali ke pangkal jalan.

“Namun, kaki kita mesti berpihak dalam tapak yang sama, itu adalah syarat utama,” kata Zahid semasa Perhimpunan Agung Umno.

Semalam Zahid sekali lagi menyindir PAS dengan mengambil contoh Angkatan Perpaduan Ummah dan Semangat 46 dahulu gagal kerana gabungan politik yang dibentuk tidak jujur dan tulen.

“Justeru, saya berharap rakan politik Umno dalam MN berfikirlah sejelas-jelasnya mengenai kepentingan untuk mempertahankan gagasan MN yang asli.

“Memandangkan MN melibatkan rakan politik lain, maka tidak wajar saya menulis lebih daripada apa yang saya nyatakan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (PWTC) tempoh hari. Cuma apa saya boleh sentuh sedikit secara terbuka di sini adalah Umno serius dalam memperkukuhkan MN yang ditubuhkan pada tahun 2019,” katanya menerusi kenyataan di Facebook semalam.

Hadi berkata, walaupun partinya bukanlah satu-satunya kumpulan Islam, namun PAS mempunyai kekuatan akar umbi dan kepimpinan yang mengamalkan budaya politik matang.

“PAS menolak politik yang menghabiskan masa dengan bermain politik sampingan dan jalanan yang menyusahkan rakyat, tanpa melihat kepada musim bencana alam dan wabak yang masih menular hari ini.

“PAS menolak muafakat tanpa bersatu dan menolak kumpulan yang menunjukkan tiada kesetiaan kepada negara dengan sifat melampau yang mencabar agama dan bangsa,” katanya.

Hadi berkata, PAS turut menolak agenda yang bertujuan semata-mata untuk menyelamatkan peribadi pemimpin dan kumpulannya, bukan untuk menyelamatkan negara dan semua rakyat.

“Marilah bersama tawaran baru ini iaitu berintegriti dan berkebajkan yang berpijak atas Perlembagaan Persekutuan yang meraikan masyarakat majmuk beragama dan berbangsa.

“Marilah sama-sama menolak ekstremisme dan liberalisme yang merungkaikan ikatan agama dan bangsa,” katanya.

Sumber: MalaysiaNow


Demikianlah Artikel Selepas Disindir Zahid.. PAS Bidas UMNO..

Sekianlah artikel Selepas Disindir Zahid.. PAS Bidas UMNO.. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Selepas Disindir Zahid.. PAS Bidas UMNO.. dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/04/selepas-disindir-zahid-pas-bidas-umno.html

Subscribe to receive free email updates: