Gara-gara Malas Nak Kerja, Remaja Tipu Kononnya Positif Covid-19 - Hallo sahabat
BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Gara-gara Malas Nak Kerja, Remaja Tipu Kononnya Positif Covid-19, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan
Artikel Artis,
Artikel Gosip,
Artikel kabar,
Artikel News,
Artikel Politik,
Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.
Judul :
Gara-gara Malas Nak Kerja, Remaja Tipu Kononnya Positif Covid-19link :
Gara-gara Malas Nak Kerja, Remaja Tipu Kononnya Positif Covid-19
Baca juga
Gara-gara Malas Nak Kerja, Remaja Tipu Kononnya Positif Covid-19
JOHOR BAHRU: Remaja perempuan direman selama tiga hari bermula semalam bagi membantu siasatan memalsukan laporan ujian calitan Covid-19 bagi membolehkannya mendapat cuti.
Majistret Nur Izzaty Muhammad Zahari memerintahkan reman berkenaan terhadap suspek selepas ia dipohon di Mahkamah Majistret Johor Bahru, hari ini.
Remaja berusia 19 tahun itu ditahan reman selama tiga hari sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420/468 Kanun Keseksaan.
Semalam, polis menahan seorang remaja yang mengaku positif Covid-19 hanya kerana tidak mahu meneruskan pekerjaan di sebuah restoran di Skudai.
Remaja itu ditahan pada pukul 1 tengah hari di Taman Mutiara Rini, di sini susulan laporan polis yang diterima daripada pemilik sebuah restoran di Skudai, kelmarin.
Laporan itu dibuat setelah pihaknya mendapat tahu remaja berkenaan memalsukan laporan keputusan ujian calitan Covid-19.
Pengadu menerima mesej menerusi aplikasi WhatsApp daripada remaja itu dengan menghantar sekeping gambar surat mendakwa dirinya positif Covid-19.
Tindakan remaja itu mengakibatkan majikan lelaki berusia 32 tahun itu terpaksa menghentikan sementara operasi restoran dan ke klinik bersama 12 pekerjanya yang lain untuk membuat ujian calitan.
Bagaimanapun, keputusan ujian calitan mendapati semua pekerjanya termasuk majikan restoran terbabit negatif Covid-19.
Lelaki berkenaan kemudian bertanya kepada individu itu sebelum mengaku menipu majikannya disebabkan tidak mahu datang bekerja kerana merasakan diri tidak sesuai bekerja sebagai pelayan restoran selepas baharu sehari diterima bekerja di restoran terbabit.
Demikianlah Artikel Gara-gara Malas Nak Kerja, Remaja Tipu Kononnya Positif Covid-19
Sekianlah artikel Gara-gara Malas Nak Kerja, Remaja Tipu Kononnya Positif Covid-19 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Gara-gara Malas Nak Kerja, Remaja Tipu Kononnya Positif Covid-19 dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/04/gara-gara-malas-nak-kerja-remaja-tipu.html