Ohh.. Anwar Tak Hadir, Patutlah Dia Persoal Kenapa Perolehan Vaksin Lembab...

Ohh.. Anwar Tak Hadir, Patutlah Dia Persoal Kenapa Perolehan Vaksin Lembab... - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ohh.. Anwar Tak Hadir, Patutlah Dia Persoal Kenapa Perolehan Vaksin Lembab..., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ohh.. Anwar Tak Hadir, Patutlah Dia Persoal Kenapa Perolehan Vaksin Lembab...
link : Ohh.. Anwar Tak Hadir, Patutlah Dia Persoal Kenapa Perolehan Vaksin Lembab...

Baca juga


Ohh.. Anwar Tak Hadir, Patutlah Dia Persoal Kenapa Perolehan Vaksin Lembab...



Sehari yang lalu.. Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, menggesa satu siasatan bebas dikendalikan Parlimen bagi mencari punca “kelembapan” kadar pemerolehan vaksin oleh kerajaan pusat, negeri dan pihak swasta.

Katanya, setakat hari ini kurang daripada 3% rakyat Malaysia yang sudah mendapat suntikan vaksin Covid-19, sehingga memaksa beberapa kerajaan negeri, syarikat swasta dan yayasan berusaha sendiri untuk memperoleh bekalan vaksin yang diluluskan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).


“Namun kerajaan PN di sini terlalu sibuk memikirkan cara untuk mengawal keseluruhan proses (pembekalan) dari A sampai Z, sehingga mengakibatkan kelengahan yang tidak sepatutnya, dan saya amat terganggu dengan sikap pihak atasan kementerian yang ternyata begitu lembab,” katanya dalam kenyataan.

Tambahnya lagi "Kerajaan Selangor misalnya, terpaksa menunggu berbulan-bulan hanya untuk mendapatkan kelulusan yang diperlukan, meskipun mereka telah memperuntukkan dana sendiri untuk mendapatkan dua juta dos buat rakyat negeri itu.

“Saya turut mendapat aduan daripada beberapa syarikat swasta dan yayasan bahawa permintaan dan usaha mereka untuk mendapatkan vaksin tidak dihiraukan sama sekali.

“Juga turut dilaporkan bahawa vaksin Sinopharm dijangka tiba pada Mei nanti, namun sehingga Mac kita masih belum pasti sama ada kelulusan telah diberikan, sekali gus menambah timbunan masalah yang menanti penyelesaian,”


"Kerajaan sepatutnya bersiap siaga untuk memperoleh vaksin yang berkesan sejak berbulan yang lalu, dan prestasi gerak kerja kerajaan sekarang tidak boleh diterima sama sekali.

“Justeru saya menuntut kerajaan pusat mestilah bertindak pantas dan menyokong penuh usaha kerajaan negeri dan sektor swasta untuk mendapatkan perolehan terhadap vaksin yang diluluskan demi meningkatkan kadar kesegeraan vaksinasi.

Itu dakwaan Anwar.. dan berikut adalah jawapan Khairy


PUTRAJAYA – “Saya sentiasa terbuka untuk disoal, dikritik dan disiasat,” kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Itu pendirian Khairy Jamaluddin susulan gesaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu siasatan bebas dilakukan berikutan isu pemerolehan bekalan vaksin Covid-19 yang perlahan dihadapi negara ketika ini.

Khairy Jamaluddin yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, beliau sekali lagi menjelaskan bahawa kerajaan sudah mendedahkan beberapa kontrak pembelian vaksin kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen pada 5 Januari lalu.

Menurutnya, pada sesi itu, beliau turut mendedahkan jadual penghantaran vaksin dan harga yang dibayar oleh kerajaan.

“Antara ahli PAC yang hadir dan memperhalusi kontrak perolehan vaksin pada hari berkenaan termasuk Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar.

“Saya juga telah mengadakan sesi libat urus bersama Ahli-Ahli Dewan Rakyat daripada pembangkang pada 19 Mac lalu berkenaan perkara sama namun, Anwar tidak hadir pada sesi itu.

“Harapan saya agar Anwar akan terus mengikuti pelaksanaan PICK dan memberi kritikan bernas untuk saya jawab,” katanya.

Dalam pada itu, Khairy Jamaluddin berkata, beliau mengulangi pendirian kerajaan bahawa PICK kini sedang dilaksanakan mengikut fasa yang telah diumumkan sejak 14 Februari lalu selepas mengambil kira jadual penghantaran vaksin. - K! ONLINE

Mengenai dakwaan Anwar yang mengatakan kerajaan Selangor terpaksa menunggu berbulan-bulan hanya untuk mendapatkan kelulusan yang diperlukan, meskipun mereka telah memperuntukkan dana sendiri untuk mendapatkan dua juta dos buat rakyat negeri itu.

Ini jawapan Khairy dipetik dari MalaysiaNow

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin hari ini berkata tidak ada permohonan rasmi dari kerajaan Selangor berkenaan pembelian dos vaksin yang dirancang negeri itu selepas Presiden PKR Anwar Ibrahim mendakwa kerajaan negeri itu perlu menunggu beberapa bulan untuk mendapatkan kelulusan daripada kerajaan.

Khairy yang juga merupakan menteri penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan berkata, beliau memberikan respons positif kepada menteri besar Selangor ketika perbincangan mengenai rancangan untuk mendapatkan vaksin bagi penduduk Selangor.


“Dalam perbincangan saya dengan YAB menteri besar Selangor, beliau ada sebut secara lisan perancangan Selangor untuk membeli vaksin. Saya memberi respons yang positif.

“Namun, sehingga kini saya belum menerima apa-apa permohonan rasmi dari pihak kerajaan negeri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

Kesimpulannya... Kalau Anwar hadir dalam sesi libat urus bersama Ahli-Ahli Dewan Rakyat daripada pembangkang pada 19 Mac lalu tu pasti dia tahu status sebenar tentang Vaksin ni..

Tapi dia tak hadir... patutlah..




Demikianlah Artikel Ohh.. Anwar Tak Hadir, Patutlah Dia Persoal Kenapa Perolehan Vaksin Lembab...

Sekianlah artikel Ohh.. Anwar Tak Hadir, Patutlah Dia Persoal Kenapa Perolehan Vaksin Lembab... kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ohh.. Anwar Tak Hadir, Patutlah Dia Persoal Kenapa Perolehan Vaksin Lembab... dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/04/ohh-anwar-tak-hadir-patutlah-dia.html

Subscribe to receive free email updates: