Pinjaman Dua Generasi: Kerajaan Nak Bantu Pembeli Atau Pemaju?

Pinjaman Dua Generasi: Kerajaan Nak Bantu Pembeli Atau Pemaju? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pinjaman Dua Generasi: Kerajaan Nak Bantu Pembeli Atau Pemaju?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pinjaman Dua Generasi: Kerajaan Nak Bantu Pembeli Atau Pemaju?
link : Pinjaman Dua Generasi: Kerajaan Nak Bantu Pembeli Atau Pemaju?

Baca juga


Pinjaman Dua Generasi: Kerajaan Nak Bantu Pembeli Atau Pemaju?


PETALING JAYA: Cadangan supaya institusi kewangan menawarkan pinjaman perumahan dua generasi dilihat hanya sebagai gimik untuk membantu pemaju menjual rumah berbanding usaha untuk membantu pembeli.

Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan Universiti Kewa­ngan Islam Global (Inceif), Prof. Madya Dr. Baharom Abdul Hamid berkata, langkah itu juga tidak sihat untuk ekonomi negara kerana memberi kesan buruk kepada kadar hutang isi rumah negara.


“Agak memualkan apabila ia digambarkan sebagai usaha murni membantu pemilikan rumah sedangkan yang disasarkan untuk dibantu ialah pemaju yang mempunyai banyak unit tidak terjual.

“Langkah ini jika dilaksanakan akan memburukkan situasi kadar hutang isi rumah Malaysia. Jika sebelum ini hanya kadar atau nisbah hutang yang agak membimbangkan, kini ia melangkaui dua generasi.

“Ia akan merencatkan pembangunan ekonomi negara pada jangka masa panjang dan akan mengganggu gugat kelestarian ekonomi negara,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Kelmarin, Media melaporkan cadangan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Better Malaysia Foundation (BMF) supaya golongan B40 ditawarkan dengan pinjaman penuh yang dijamin kerajaan serta tempoh pinjaman dua generasi sehingga 60 tahun.

Pengasas pertubuhan tersebut, Tan Sri Vincent Tan berkata, ramai pembeli kali pertama dari golongan B40 tidak mampu mendapatkan 10 peratus bayaran pendahuluan, sekali gus menjadikan tawaran pinjaman penuh sebagai antara penyelesaian kepada dilema tersebut.

“Pinjaman perumahan tersebut juga patutlah dijadikan pinjaman dwigenerasi yang me­langkaui tempoh bayaran selama 40 ke 60 tahun,” katanya.

Baharom yang tidak bersetuju dengan cadangan tersebut menjelaskan, masalah utama isu pemilikan rumah ialah harga yang agak tidak munasabah dan di luar kemampuan pembeli.

Katanya, jika ada rumah de­ngan harga mampu milik, lokasinya pula tidak strategik.


“Peningkatan dalam upah dan pendapatan dalam tempoh empat dekad lalu dilihat jauh lebih kecil berbanding peningkatan berganda dalam harga rumah.

“Sudah sampai masanya kerajaan melaksanakan kawalan khususnya pada bahagian perkhidmatan dengan mele­takkan tekanan kepada mereka yang membeli rumah kedua, ketiga dan seterusnya yang pembeliannya hanya demi spe­kulasi dan pelaburan kerana ini juga antara sebab berlakunya kenaikan harga rumah yang mendadak,” katanya. – UTUSAN




Demikianlah Artikel Pinjaman Dua Generasi: Kerajaan Nak Bantu Pembeli Atau Pemaju?

Sekianlah artikel Pinjaman Dua Generasi: Kerajaan Nak Bantu Pembeli Atau Pemaju? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pinjaman Dua Generasi: Kerajaan Nak Bantu Pembeli Atau Pemaju? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/04/pinjaman-dua-generasi-kerajaan-nak.html

Subscribe to receive free email updates: