Rakaman Telefon: Usaha Lemahkan UMNO Atau Usaha Singkirkan Zahid?

Rakaman Telefon: Usaha Lemahkan UMNO Atau Usaha Singkirkan Zahid? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Rakaman Telefon: Usaha Lemahkan UMNO Atau Usaha Singkirkan Zahid?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Rakaman Telefon: Usaha Lemahkan UMNO Atau Usaha Singkirkan Zahid?
link : Rakaman Telefon: Usaha Lemahkan UMNO Atau Usaha Singkirkan Zahid?

Baca juga


Rakaman Telefon: Usaha Lemahkan UMNO Atau Usaha Singkirkan Zahid?



AHMAD ZAHID HAMIDI menafikan beliau ada berbual dengan Presiden PKR Anwar Ibrahim selepas perhimpunan agung Umno baru-baru ini, yang rakaman didakwa perbualan itu tersebar melalui media sosial sejak malam tadi.

Katanya, penyebaran rakaman itu satu percaturan politik untuk menghancurkan Umno.

“Saya amat kecewa dan terkejut mengenai penyebaran audio yang kononnya merakamkan perbualan antara saya dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya mengenai adanya perbualan sebagaimana dalam audio rakaman tersebut, malah ingin ditegaskan tiada sebarang perbualan antara saya dengan Datuk Seri Anwar selepas Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini.

“Ini merupakan satu percaturan politik yang jahat dan jijik yang hanya mengesahkan usaha berterusan untuk melemahkan dan menghancurkan Umno,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Berikut adalah laporan tentang perbualan yang disiarkan oleh AstroAwani

KUALA LUMPUR: Satu rakaman audio perbualan antara dua individu yang didakwa mirip suara Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tular di media sosial.

Melalui audio berdurasi 4 minit 17 saat di akaun Facebook Insider Malaysia, turut kedengaran suara mirip Anwar memuji ucapan Ahmad Zahid dalam Perhimpunan Agung UMNO menerusi panggilan telefon.

Suara itu mengatakan sudah 22 tahun dia tidak mengikuti perhimpunan tersebut secara dekat.

"Saya sudah 22 tahun baru saya 'follow' Perhimpunan Agung UMNO," kata suara mirip Anwar

“Don’t worry, that is only tactical, OK,” balas suara mirip Zahid

“No, no, okay, okay, I tengok ucapan you bagus, and then you did mention about majlis tertinggi, and of course kita nak finish the game.

"Tapi kalau you dah fikir mandat tu, okeylah, cuma ada kerja sikitlah dengan MT,” kata suara mirip Anwar itu kembali.

"You tahu siapa cikgu saya, kan? Cikgu saya yang mengajar ucapan ini orang saya sedang bercakap inilah," balas suara yang dikatakan mirip Zahid.

Sementara itu, suara mirip Ahmad Zahid berkata, apabila mandat diberikan kepada presiden, maka ia lebih mudah daripada usul.

Dalam perbualan itu, suara mirip Anwar turut menyatakan tentang harapan ada menteri letak jawatan lepas perhimpunan tersebut, namun perkara itu tidak berlaku.

"Betul, betul. Only if we could get one minister to resign… tapi tak ada seorang pun yang berani, hanya yang Perak tu, apa namanya? Shamsul, kalau dia boleh (letak jawatan)" kata suara mirip Anwar.

Perbualan terakhir suara mirip Anwar memberitahu bahawa usaha mereka masih belum berakhir dan mengarahkan individu dipercaya Ahmad Zahid itu untuk melaksanakan mesyuarat tergempar MT.

"Cuma sekarang tak habis lagi tu.. kita ada sikit lagi.. kalau you dapat (tak jelas) maknanya you kena emergency MT tau, takut nanti you tak boleh jawab macam sekarang," katanya.

Di hujung perbualan, suara mirip Anwar itu dikatakan meminta agar diberitahu kepada isteri Zahid tentang rasa bangganya.

“Alhamdulillah, tell Midah, ini first time Anwar bangga,” kata individu itu menamatkan panggilan.

Persoalannya adakah benar seperti dakwaan Zahid bahawa ini adalah satu percaturan politik yang jahat dan jijik yang hanya mengesahkan usaha berterusan untuk melemahkan dan menghancurkan UMNO atau satu usaha untuk menyingkirkan Zahid dari UMNO?

Sedangkan setiap hari semakin ramai pemimpin UMNO yang membuat gesaan agar Zahid Hamidi melepaskan jawatan demi kelangsungan parti itu dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15.

Terbaharu, Ahli Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz membuat gesaan itu atas alasan Zahid tidak lagi mempunyai kreadibiliti untuk memimpin UMNO dan Barisan Nasional.

Ketua Bahagian UMNO Padang Rengas itu menegaskan Zahid perlu memberi laluan kepada orang lain untuk memimpin parti kerana imejnya sudah tercalar dengan tuduhan-tuduhan di mahkamah.

"Zahid perlu berundur segera.

Selain itu.. Beberapa ahli parti muda UMNO khususnya Puteri hari ini tampil menyuarakan pandangan berhubung pemilihan kepimpinan UMNO termasuk menyarankan agar Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berundur secara terhormat sebagai Presiden.

Kenyataan tersebut menyusul selepas seruan yang dibuat oleh Naib Ketua UMNO Bahagian Simpang Renggam, Datuk Onn Hafiz Ghazi agar ahli parti bersuara dan bercakap benar mengenai luahan akar umbi dan rakyat berhubung calon Perdana Menteri daripada UMNO.

Ketua Puteri UMNO Bahagian Simpang Renggam, Suzana Banoo Shaikh Shafiullah dalam kemas kini di laman Facebook berkata, sokongan sama ada Ahmad Zahid menarik diri atau pemilihan UMNO perlu dilakukan segera.

"Menyokong agar Datuk Seri Zahid Hamidi menarik diri dengan cara terhormat daripada kepimpinan tertinggi UMNO ataupun membuat pemilihan UMNO dengan kadar segera supaya mendapat mandat penuh ahli UMNO untuk kepimpinan yang baharu," katanya dalam entri tersebut.

Jelas beliau lagi, rakyat mahu melihat kepimpinan UMNO yang baharu untuk mengetuai kerajaan pada masa akan datang dengan lebih relevan.

Tegasnya, anak muda mahukan sebuah kerajaan yang dipimpin oleh seorang yang tidak mempunyai kepentingan peribadi semata-mata.

Sementara itu, Pengerusi Tetap Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Nur Ain A. Rahman berkata 'kemudi' parti disifatkan potrait seorang calon Perdana Menteri.

Justeru, individu tersebut harus bersedia dan berjiwa besar demi kekuatan dan masa depan parti.

"Mahu atau tidak kita kena akui parti kita tak sekuat dahulu dan adalah sukar kembali kuat seperti dahulu.

"Rakyat menilai kemudi utama untuk menyokong perjuangan parti dan memilih parti pentadbir. Jiwa besar, pengorbanan besar demi sebuah masa depan perjuangan," tulisnya.

Dalam perkembangan sama, Naib Ketua Puteri UMNO Johor, Adibah Safar pula secara berkias berkata untuk memilih pemimpin parti, individu berkenaan 'biarlah elok akal dan perangai'.

Terdahulu, Onn Hafiz berkata, calon Perdana Menteri yang ditawarkan oleh UMNO menjadi penentu kepada kemenangan dan mandat yang akan diberikan oleh rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kelak.

Untuk mengetahui kehendak rakyat, Onn Hafiz berkata ahli parti perlu bertanya kepada mereka yang terdekat mengenai calon Perdana Menteri yang benar-benar layak mewakili parti itu.

Kali terakhir pemilihan pucuk kepimpinan UMNO berlangsung pada 30 Jun 2018 dan tempoh itu akan tamat pada Jun depan.

Sama-sama kita nantikan.. mampukah Zahid terus bertahan?


Demikianlah Artikel Rakaman Telefon: Usaha Lemahkan UMNO Atau Usaha Singkirkan Zahid?

Sekianlah artikel Rakaman Telefon: Usaha Lemahkan UMNO Atau Usaha Singkirkan Zahid? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Rakaman Telefon: Usaha Lemahkan UMNO Atau Usaha Singkirkan Zahid? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/04/rakaman-telefon-usaha-lemahkan-umno.html

Subscribe to receive free email updates: