Ambil Iktibar Dari India Kata Dr Noor Hisham

Ambil Iktibar Dari India Kata Dr Noor Hisham - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ambil Iktibar Dari India Kata Dr Noor Hisham, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ambil Iktibar Dari India Kata Dr Noor Hisham
link : Ambil Iktibar Dari India Kata Dr Noor Hisham

Baca juga


Ambil Iktibar Dari India Kata Dr Noor Hisham

 


Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah hari ini berkata kempen pilihan raya dan perhimpunan besar-besaran di India sehingga menyebabkan tsunami jangkitan Covid-19 berlaku di negara itu harus memberi iktibar demi mengelakkan keadaan serupa berlaku di Malaysia.

Beliau berkata kelonggaran sekatan pergerakan yang diumumkan oleh kerajaan India pada bulan Mac lalu telah mengakibatkan peningkatan kes positif serupa dengan apa yang pernah berlaku di Sabah susulan pelaksanaan pilihan raya (PRN) di negeri tersebut tahun lalu.

“Apabila 7 Mac pemimpin mereka telah isytiharkan kawalan pandemik Covid-19 amat baik dan akan tamat di India

“Jadi bila perkara itu dimaklumkan, ramai rakyat India dah tak patuh dengan SOP, sekatan diberikan kelonggaran, perhimpunan berlaku di pantai, dan perhimpunan berlaku di upacara keagamaan dan perkahwinan, dan jangkitan pun berlaku.

“Mereka juga mengadakan lima pilihan raya negeri. iaitu satu kempen melibatkan 200,000 orang, tiada penjarakan fizikal, dan tidak memakai penutup muka, jadi jangitan berlaku. Kita kena belajar dari India untuk elak pilihan raya.

“Kita amat bimbang sekiranya pilihan raya diadakan sama ada ia melibatkan pilihan raya kecil, negeri mahupun umum akan berlaku peningkatan kes seperti PRN Sabah dan ia akan menyukarkan usaha kita membendung penularan Covid-19.

“Kalau kita tidak menggunakan ordinan darurat, PRN Sarawak terpaksa diadakan iaitu pada bulan Jun. Dengan ada ordinan, kita boleh elakkan PRN Sarawak dan juga tiga pilihan raya kecil,” katanya pada sidang media perkembangan Covid-19 hari ini.

Noor Hisham berkata, sebarang langkah untuk mengadakan pilihan raya bermaksud perhimpunan secara besar-besaran akan diadakan.

“Sebagai contoh kluster Pasai yang merentas negeri dari Johor balik ke Sarawak telah menyebabkan lebih 2,000 jangkitan.

“Bayangkanlah kalau orang Sarawak balik daripada Sabah dan Semnanjung untuk mengundi di kawasan pedalaman, jadi jangkitan pasti akan berlaku.

“Inilah kebimbangan kita. Kalau jangkitan berlaku di kawasan pedalaman di Sarawak, pusat kesihatan kita mungkn tidak mampu mengesan dan merawat pesakit tersebut. Jarak kawasan pedalaman yang jauh, agak sukar untuk kita memberikan rawatan kepada pesakit-pesakit tersebut.

Pada Januari lepas, Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah telah mengisytiharan Proklamasi Darurat sekaligus menangguhkan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Langkah mengisytiharkan darurat diambil di tengah-tengah ancaman beberapa ahli politik Umno untuk menarik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional yang dipimpin Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Kehilangan sokongan majoriti boleh menyebabkan pembubaran Parlimen dan pilihan raya perlu diadakan. Ia adalah sebuah senario yang dibantah Noor Hisham dan pegawai kesihatan kanan negara sejak tahun lalu ~ MalaysiaNow


Demikianlah Artikel Ambil Iktibar Dari India Kata Dr Noor Hisham

Sekianlah artikel Ambil Iktibar Dari India Kata Dr Noor Hisham kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ambil Iktibar Dari India Kata Dr Noor Hisham dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/05/ambil-iktibar-dari-india-kata-dr-noor.html

Subscribe to receive free email updates: