Ada Lembu Dalam MT UMNO Tajuddin Kata?

Ada Lembu Dalam MT UMNO Tajuddin Kata? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ada Lembu Dalam MT UMNO Tajuddin Kata?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ada Lembu Dalam MT UMNO Tajuddin Kata?
link : Ada Lembu Dalam MT UMNO Tajuddin Kata?

Baca juga


Ada Lembu Dalam MT UMNO Tajuddin Kata?

Ahli Majlis Tertinggi (MT) Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang dipecat daripada jawatan Pengarah Pilihan Raya UMNO oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membuat andaian hanya ‘lembu’ yang tidak boleh menerima perbezaan pendapat.

Ahli Parlimen Pasir Salak itu membuat andaian demikian sekiranya perbezaan pendapat ketika mesyuarat MT malam Khamis minggu lalu menjadi punca beliau dipecat dan digantikan oleh Timbalan Presiden UMNO, Datuk Mohamad Hassan.


Sebelum ini tular klip audio berdurasi 15 minit di mana beliau memberi pendapat pada mesyuarat MT itu dengan nada keras dan tegas menolak keputusan Zahid menarik balik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau juga pada suatu ketika dalam mesyuarat itu mengeluarkan perkataan ‘pirah’ kerana marah, selain kecewa apabila ahli MT lain mengambil alih ucapannya.

Susulan ucapan itu Zahid dipercayai membuat keputusan menggantikan beliau dengan Mohamad.

Memetik laporan BHOnline, Tajuddin dilaporkan berkata pendapat dalam mesyuarat sepatutnya tidak menjadi masalah kerana dengan cara itu akan wujud idea yang boleh dipertimbangkan untuk kebaikan parti.

Katanya, sebagai ahli UMNO selama 45 tahun, beliau tidak mahu menjadi ‘pak turut’ dalam semua keadaan.

Beliau berkata, pandangannya dalam mesyuarat MT UMNO itu menyentuh masa depan parti selepas beberapa kali membuat keputusan yang salah.

“UMNO ini sebuah parti besar, kalau buat keputusan biarlah yang tepat dan membawa kepada kejayaan. Kalau membawa kesan negatif kepada parti, nak buat apa. Rakyat memerhatikan.

“Sepatutnya tidak ada masalah perbezaan pendapat kerana kita bukannya lembu. Seekor lembu di depan masuk kandang, kita yang lain pun ikut masuk kandang. Bila seekor keluar kandang, kita pun keluar kandang,” katanya.

Semalam, Tajuddin juga berkata UMNO langsung tidak memberinya wang untuk menjalankan tugas ketika memegang jawatan Pengarah Pilihan Raya parti itu.

“Baguslah, tahniah kepada Datuk Seri Mohamad Hasan. Terima kasih kepada Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang telah melepaskan saya daripada tanggungjawab yang begitu berat.

“Yang saya pikul selama hari ini dengan tenaga, masa saya, duit saya, satu sen pun tidak ada daripada UMNO. Saya buat kerana parti,” katanya

Susulan pemecatan Tajuddin, pemimpin senior UMNO, Datuk Seri Nazri Aziz pula menyifatkan tindakan itu sebagai tidak wajar hanya kerana berbeza pandangan berhubung pendirian parti.

Ahli Parlimen Padang Rengas itu menyamakan tindakan Zahid dengan pemimpin negara yang sering bergolak, Republik Congo yang memecat penentangnya hanya kerana wujud perbezaan dalam isu politik dan parti.

“Ini masalah Zahid ni, semua orang dia nak pecat… Dia ini Presiden Republik Congo ke?” katanya kepada Agenda Daily.





Demikianlah Artikel Ada Lembu Dalam MT UMNO Tajuddin Kata?

Sekianlah artikel Ada Lembu Dalam MT UMNO Tajuddin Kata? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ada Lembu Dalam MT UMNO Tajuddin Kata? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/07/ada-lembu-dalam-mt-umno-tajuddin-kata.html

Subscribe to receive free email updates: