Selangor Ada Kuasa Tutup Kilang Kata Menteri

Selangor Ada Kuasa Tutup Kilang Kata Menteri - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Selangor Ada Kuasa Tutup Kilang Kata Menteri, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Selangor Ada Kuasa Tutup Kilang Kata Menteri
link : Selangor Ada Kuasa Tutup Kilang Kata Menteri

Baca juga


Selangor Ada Kuasa Tutup Kilang Kata Menteri

MARAN: Semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara mempunyai kuasa menutup mana-mana kilang yang didapati tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan bagi membendung penularan pandemik Covid-19 dalam kalangan pekerja.

Kuasa itu selaras Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).


Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, timbul pecanggahan terutama di Selangor apabila dikatakan PBT tidak mempunyai kuasa untuk berbuat demikian.

“Tetapi mereka (PBT) terlupa pada 29 Jun lalu, kerajaan Pusat telah menurunkan kuasa kepada PBT untuk mengambil tindakan kepada sesiapa pihak tidak kira individu, syarikat atau kilang atau kedai-kedai yang tidak patuhi SOP boleh dikompaun.

“Itu di bawah Akta 342 yang mana telah diturunkan kuasa kepada PBT, selain itu, ada juga Akta 171 dan 72 (1F) yang mana PBT boleh menutup kilang selaras dengan akta tadi yang telah diberikan kuasa untuk mencegah dan melindungi kesihatan awam dan mengambil langkah yang perlu dan munasabah praktik bagi mencegah penyakit boleh berjangkit.

“Selanjutnya di bawah Sub Seksyen 101 (15b) Akta 171 PBT ada kuasa tambahan bagi melakukan segala perkara yang manfaat kepada kesihatan awam..

“Jadi tak ada isu sebenarnya, PBT boleh menggunakan Akta 342 dan disokong Akta 171 yang mana mereka mempunyai kuasa untuk menutup dan mengambil tindakan mahkamah,” katanya dalam sidang akhbar pada program Mobilisasi Vaksin Komuniti (MOVAK) di Kampung Serengkam di sini hari ini.

Yang hadir sama Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang juga Ahli Parlimen Maran, Datuk Seri Dr. Ismail Abd. Muttalib.

Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan dan Pengangkutan Selangor, Ng Sze Han yang berkata, PBT tidak mempunyai kuasa berkaitan kawalan jangkitan penyakit untuk menutup kilang bagi membendung penularan wabak Covid-19 dalam kalangan pekerjanya.

Jelasnya, PBT di negeri itu hanya mempunyai kuasa di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) untuk menutup kilang dan membatalkan lesen.

Kata Sze Han, namun kuasa itu terhad dan tidak melibatkan Akta 342 dan tindakan pembatalan lesen tidak boleh dilakukan dengan sewenang-wenangnya.

Mengulas lanjut, Zuraida berkata, kementerian itu meminta semua PBT supaya menguatkuasakan undang-undang selaras Akta 171 dan Akta 342.

“Jangan berlagak seperti tidak ada taring, tiada ada kuku,” katanya.

Beliau berkata, jika kilang terbabit mempunyai surat kelulusan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), tindakan boleh diambil oleh PBT jika tidak mematuhi SOP ditetapkan. – UTUSAN ONLINE





Demikianlah Artikel Selangor Ada Kuasa Tutup Kilang Kata Menteri

Sekianlah artikel Selangor Ada Kuasa Tutup Kilang Kata Menteri kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Selangor Ada Kuasa Tutup Kilang Kata Menteri dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/07/selangor-ada-kuasa-tutup-kilang-kata.html

Subscribe to receive free email updates: