Angkat Bendera Putih Tindakan Tidak Wajar – Mufti Pulau Pinang

Angkat Bendera Putih Tindakan Tidak Wajar – Mufti Pulau Pinang - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Angkat Bendera Putih Tindakan Tidak Wajar – Mufti Pulau Pinang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Angkat Bendera Putih Tindakan Tidak Wajar – Mufti Pulau Pinang
link : Angkat Bendera Putih Tindakan Tidak Wajar – Mufti Pulau Pinang

Baca juga


Angkat Bendera Putih Tindakan Tidak Wajar – Mufti Pulau Pinang


GEORGETOWN: Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang tidak bersetuju dengan cadangan mengibarkan bendera putih sebagai usaha menzahirkan kesusahan hidup yang dihadapi untuk menagih bantuan.


Mufti negeri, Datuk Seri Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor berkata, pihaknya beranggapan tindakan sedemikian tidak wajar dilakukan kerana mencerminkan sikap berputus asa dan mengalah terhadap situasi yang dihadapi.

Jelas beliau, bagi umat Islam khususnya, perlu memahami sikap berputus asa dan mudah mengalah kepada kesusahan dan kesempitan hidup adalah dilarang.

Tambahnya, individu yang mudah mengalah kepada kesusahan dan berputus asa dalam menghadapi ujian hidup menunjukkan kelemahan iman dan tiada keyakinan kepada rahmat Allah SWT.

“Jabatan ini berpendapat masih banyak cara lain untuk mendapat bantuan bagi mengatasi kepayahan hidup golongan yang terjejas pendapatannya dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

“Di samping bantuan yang sedia disalurkan oleh kerajaan Persekutuan dan kerajaan-kerajaan negeri, bantuan juga boleh didapati daripada badan-badan dan agensi-agensi tertentu.

“Antaranya termasuk pusat-pusat pengurusan zakat setiap negeri; Jabatan Kebajikan Masyarakat; syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat-syarikat swasta di samping sumbangan individu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau menyeru usaha-usaha intensif dan agresif ditingkatkan lagi oleh pihak berwajib untuk membantu mengatasi kemelut ekonomi yang dihadapi golongan yang terjejas dengan situasi ketika ini.

Ujar beliau, pihaknya merayu GLC dan syarikat-syarikat swasta menunaikan tanggungjawab sosial masing-masing dan turut serta menyumbang dengan lumayan bagi meringankan keperitan hidup golongan terjejas..

Tambah Wan Mohd. Salim, wakil-wakil rakyat sama ada di peringkat Parlimen mahupun Dewan Undangan Negeri (DUN) perlu memainkan peranan sebagai penghubung di antara golongan yang memerlukan bantuan dengan pihak yang boleh menyumbang.

“Ini kerana berkemungkinan mereka yang terjejas itu tidak tahu cara atau kaedah untuk memohon bantuan daripada pihak-pihak-pihak tersebut,” katanya.

Dalam masa sama, beliau turut mengajak seluruh umat Islam supaya memperbanyakkan doa dan munajat supaya pandemik Covid-19 segera berakhir. - UTUSAN ONLINE



Demikianlah Artikel Angkat Bendera Putih Tindakan Tidak Wajar – Mufti Pulau Pinang

Sekianlah artikel Angkat Bendera Putih Tindakan Tidak Wajar – Mufti Pulau Pinang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Angkat Bendera Putih Tindakan Tidak Wajar – Mufti Pulau Pinang dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/07/angkat-bendera-putih-tindakan-tidak.html

Subscribe to receive free email updates: