Khairy, Nurul Izzah Dan Rafizi Pilihan Majoriti Sebagai Calon PM Ke-9 - Hallo sahabat
BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Khairy, Nurul Izzah Dan Rafizi Pilihan Majoriti Sebagai Calon PM Ke-9, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan
Artikel Artis,
Artikel Gosip,
Artikel kabar,
Artikel News,
Artikel Politik,
Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.
Judul :
Khairy, Nurul Izzah Dan Rafizi Pilihan Majoriti Sebagai Calon PM Ke-9link :
Khairy, Nurul Izzah Dan Rafizi Pilihan Majoriti Sebagai Calon PM Ke-9
Baca juga
Khairy, Nurul Izzah Dan Rafizi Pilihan Majoriti Sebagai Calon PM Ke-9
SHAH ALAM - Majoriti responden dari bandar memilih Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Nurul Izzah Anwar dan Rafizi Ramli sebagai calon Perdana Menteri kesembilan.
Profesor Adjung dan Pengarah Inovasi Sosial dan Perubahan (SLAS) Taylor's University, Anas Zubedy berkata, ia berikutan hasil kajian yang dijalankan secara dalam talian bertajuk ‘Siapa PM Selepas TS Muhyiddin?’ oleh beliau baru-baru ini.
Menurut beliau, ketiga-ketiga calon berkenaan berjaya meraih undian tertinggi dan ia sekali gus menunjukkan rakyat percaya dengan tugas dan tanggungjawab yang dipikul.
“Selain itu, ada juga calon yang meraih undian ramai antaranya Anthony Loke dari DAP.
“Walaupun beliau dari DAP, undian yang diperoleh bukan dari satu kaum sahaja, tetapi kaum lain juga turut mengundi beliau sebagai calon Perdana Menteri yang kesembilan.
Jadi di sini kita lihat Anthony Loke turut mendapat kepercayaan yang tinggi.
“Bagaimanapun kita perlu faham, kajian yang dilakukan ini lebih tertumpu kepada responden yang berada di bandar sahaja,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjadi panelis Wacana Sinar edisi ke-269 bertajuk ‘PM9: Abah atau Siapa’ yang disiarkan di semua platform digital Sinar Harian pada Selasa.
Wacana tersebut turut menampilkan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif EMIR Research, Datuk Dr Rais Hussin Mohamed Ariff dan Penganalisis Politik, Profesor Madya Dr Kartini Aboo Talib @Khalid, manakala Ismail Adnan bertindak sebagai moderator.
Bagaimanapun, Anas berkata, untuk tempoh dua tahun ini janganlah adakan pilihan raya ataupun perebutan kuasa.
Menurut Anas, beliau lebih gemar sekiranya Tan Sri Muhyiddin Yassin mencari jalan lain untuk mengumpul satu pakatan baharu termasuk pihak pembangkang yang ada sekarang.
“Kita ada dua orang yang sebelum ini mempunyai pengalaman yang cukup luas iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad dan Lim Kit Siang.
Kedua-duanya kalau kita lihat dah lama nak menjaga Malaysia.
“Justeru, kalau masing-masing boleh bantu Muhyiddin, kita boleh kembalikan kestabilan politik selain menangani isu Covid-19, ekonomi, rasuah, perpaduan negara dan alam sekitar di negara,” katanya lapor
Sinar
..... Bagi aku ini pilihan yang wajar untuk diketengahkan bagi membolehkan negara kita bebas dari cengkaman Dinosour-dinosour politik sedia ada..
Di Findland sebagai contoh, negara itu memilih seorang ahli politik wanita berusia 34 tahun, Sanna Marin menjadi Perdana Menteri sekali gus menjadi pemimpin negara paling muda di dunia.
Selain Sanna, Finland turut mempunyai menteri kewangan paling muda di dunia apabila Katri Kulmuni yang berusia 32 tahun dilantik ke jawatan itu.
Sebastian Kurz dipilih sebagai Canselor Austria pada usia 31 tahun, sebelum itu dilantik sebagai Menteri Luar dan Integrasi sejak 2013.
Beliau menjadi Menteri Luar paling muda dalam sejarah Eropah pada usia 27 tahun. Pada Mei 2017, beliau dilantik mengetuai parti pemerintah Parti Rakyat Austria (OVP).
Kurz lahir di Vienna pada 27 Ogos 1986 dan dibesarkan di daerah Meidling.
Oleksiy Honcharuk menjadi Perdana Menteri Ukrain pada usia 35 tahun dan hanya berpengalaman dalam pemerintahan selama 3 bulan sahaja.
Fritz-William Michel dilantik jadi Perdana Menteri Haiti pada Julai 2019 pada usia 39 tahun. Sebelum ini menjawat jawatan sebagai Ketua Akuntan di Kementerian Ekonomi dan Kewangan.
Nayib Armando Bukele Ortez ialah Presiden El Salvador yang terpilih berdasarkan Pilihanraya pada tahun 2019, menjadi presiden di usia yang masih muda, yaitu 38 tahun.
Presiden Costa Rica, Carlos Alvarado Quesada, hanya berusia 39 tahun ketika dilantik. Carlos menjabat sebagai presiden sejak tahun 2018 lalu.
Nama Jacinda Ardern yang menjadi sorotan media setelah peristiwa berdarah di 2 Masjid di New Zealand, juga adalah pemimpin negara termuda karena di umur 39 tahun ia sudah menjwat jawatan sebagai perdana menteri New Zealand
Negara lain boleh kenapa negara kita tak boleh?.. Taksub kepada Ahli-ahli Politik yang dah jadi Dinosour Politik yang sedia ada tu ke?
Demikianlah Artikel Khairy, Nurul Izzah Dan Rafizi Pilihan Majoriti Sebagai Calon PM Ke-9
Sekianlah artikel Khairy, Nurul Izzah Dan Rafizi Pilihan Majoriti Sebagai Calon PM Ke-9 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Khairy, Nurul Izzah Dan Rafizi Pilihan Majoriti Sebagai Calon PM Ke-9 dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/07/khairy-nurul-izzah-dan-rafizi-pilihan.html