Dua Lagi AMK Negeri Umum Sudah Tak Caya Sama Akmal - Hallo sahabat
BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Dua Lagi AMK Negeri Umum Sudah Tak Caya Sama Akmal, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan
Artikel Artis,
Artikel Gosip,
Artikel kabar,
Artikel News,
Artikel Politik,
Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.
Judul :
Dua Lagi AMK Negeri Umum Sudah Tak Caya Sama Akmallink :
Dua Lagi AMK Negeri Umum Sudah Tak Caya Sama Akmal
Baca juga
Dua Lagi AMK Negeri Umum Sudah Tak Caya Sama Akmal
Semalam 1hb Julai, dalam satu kenyataan media AMK Selangor mengumumkan majoriti Ketua-Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Negeri Selangor Telah Hilang Kepercayaan Terhadap Kepimpinan Ketua AMK Malaysia.
Hari ini pula.. tiga Ketua AMK Cabang Negeri Sembilan mengumumkan hilang kepercayaan terhadap Ketua AMK Pusat Akmal Nasrullah Mohd Nasir, selain AMK Negeri Sembilan AMK Melaka juga dah tak caya sama itu Akmal..
Laporan berkaitan:-
KUALA LUMPUR: Krisis kepimpinan yang melanda Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia berlarutan selepas tiga Ketua AMK Cabang Negeri Sembilan hari ini mengumumkan hilang kepercayaan terhadap Ketua AMK Pusat Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
Mereka menyifatkan Akmal gagal menyatukan anggota AMK sehingga memecah-belahkan semangat perpaduan sayap parti itu melalui rombakan baru-baru ini, yang menggusarkan akar umbi AMK Negeri.
Malah, Akmal dilihat sengaja mensabotaj usaha yang dilakukan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang menumpukan serangan terhadap Kerajaan Perikatan Nasional.
Mereka mendakwa, Akmal mencetuskan suasana krisis melalui tindakannya memecat Ketua AMK Selangor dan Perlis serta beberapa pimpinan Majlis Pimpinan Pusat AMK tanpa melalui proses sewajarnya.
"Sekiranya Akmal berhajat untuk menukar struktur organisasi AMK negeri, kami mendesak beliau tidak bersikap prejudis dan berat-sebelah.
"Setelah hampir setahun pelantikan Hafiz Mohamad sebagai Ketua AMK Negeri Sembilan, tiada usaha dan inisiatif yang beliau buat bagi meningkatkan kualiti serta kestabilan AMK Cabang di Negeri Sembilan.
"Beliau sendiri gagal menjadi setiausaha lantikan AMK Cabang Port Dickson dengan baik,” kata mereka dalam satu kenyataan bersama.
Kenyataan itu dikeluarkan Ketua AMK Rembau Mohd Effendi Mat Aris, Ketua AMK Rasah Ahmad Izzudin Ismail dan Ketua AMK Port Dickson Muhamad Affandi Abdul Malik.
Terdapat empat AMK Cabang yang rasmi di Negeri Sembilan ketika ini, manakala selebihnya adalah AMK Cabang Penaja.
"Apakah kriteria menentukan seorang Ketua AMK Negeri itu tidak berfungsi sebaik mungkin sehinggakan perlu campur tangan Akmal?" soal mereka.
Sehubungan itu, ketiga-tiga mereka berpendapat, adalah lebih demokratik pada ketika ini untuk mengadakan Kongress AMK Luar Biasa (EGM) bagi melantik Ketua AMK Malaysia yang mempunyai keabsahan agar mampu menjamin kelangsungan perjuangan reformasi.
Dan..
KUALA LUMPUR: Majoriti Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang negeri Melaka mengisytiharkan hilang kepercayaan terhadap Ketua AMK Malaysia, Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
Menerusi satu kenyataan bersama melibatkan empat pemimpin AMK Cabang, mereka turut mengisytiharkan hilang kepercayaan terhadap Ketua AMK Melaka, B. Prasanth Kumar.
Jelas mereka, kepimpinan Ketua AMK Malaysia yang lemah dan tidak efektif dalam mengemudi AMK di peringkat nasional menjurus kepada kegagalan kepimpinan sayap parti itu di negeri Melaka.
"Kegagalan Ketua AMK Melaka menyatupadukan anggota di peringkat negeri dan cabang selepas pemilihan parti dan selepas 'Langkah Sheraton' jelas membuktikan ketidakupayaan beliau dalam memimpin sayap pemuda negeri.
"Ketua AMK Negeri Melaka dilihat mengikut lenggok Ketua AMK Malaysia apabila hanya memilih untuk bermain politik daripada bergerak melakukan gerak kerja di peringkat akar umbi.
"Sehingga kini, AMK negeri Melaka tiada hala tuju yang jelas dan tidak tersusun," kata mereka.
Perkara itu dizahirkan oleh Ketua AMK Alor Gajah, Mohd Khuzaire Mohd Kamal; Ketua AMK Tangga Batu, Muhamad Qayyum Ab Aziz; Ketua AMK Masjid Tanah, Mohd Faizal Othman dan Ketua AMK Hang Tuah Jaya, Naqiuddin Nazrin.
Mereka pada masa sama turut menuntut agar satu Kongres AMK Luar Biasa (EGM) diadakan segera bagi memilih semula Ketua AMK Malaysia yang baharu demi memastikan kestabilan sayap pemuda serta mengukuhkan parti.
|
Best Quality Product From Japan In Malaysia.. buy HERE |
Demikianlah Artikel Dua Lagi AMK Negeri Umum Sudah Tak Caya Sama Akmal
Sekianlah artikel Dua Lagi AMK Negeri Umum Sudah Tak Caya Sama Akmal kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Dua Lagi AMK Negeri Umum Sudah Tak Caya Sama Akmal dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/07/dua-lagi-amk-negeri-umum-sudah-tak-caya.html