Ivermectine: Mohon Dr. Zul Minta Mat Sabu, Johari Abdul Jangan Menyibuk

Ivermectine: Mohon Dr. Zul Minta Mat Sabu, Johari Abdul Jangan Menyibuk - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ivermectine: Mohon Dr. Zul Minta Mat Sabu, Johari Abdul Jangan Menyibuk, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ivermectine: Mohon Dr. Zul Minta Mat Sabu, Johari Abdul Jangan Menyibuk
link : Ivermectine: Mohon Dr. Zul Minta Mat Sabu, Johari Abdul Jangan Menyibuk

Baca juga


Ivermectine: Mohon Dr. Zul Minta Mat Sabu, Johari Abdul Jangan Menyibuk

Selasa lalu, penggunaan Ivermectin untuk merawat COVID-19 menjadi topik hangat di Dewan Rakyat dengan beberapa Ahli Parlimen pembangkang mendesak agar ia diberi kelulusan segera.

Antara yang bertindak mendesak penggunaan Ivermectine untuk menangani COVID-19 itu ialah Ahli Parlimen Kota Raja Mohamad Sabu, Khalid Samad (Amanah-Shah Alam), R Sivarasiah (PKR-Sungai Buloh), Sim Tze Tzin (PKR-Bayan Baru), William Leong (PKR-Selayang), P. Prabakaran (PKR-Batu) dan Johari Abdul (PKR-Sungai Petani).


Mereka antara lain, mendakwa India dan Filipina telah berjaya menggunakan Ivermectin untuk merawat COVID-19 tanpa kesan sampingan dilaporkan. Bagaimanapun, mereka tidak menyebut bahawa pihak berkuasa kesihatan di kedua-dua negara itu tidak pernah mengumumkannya secara terbuka.

Menjawab isu berkenaan, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, menegaskan KKM akan menunggu data kajian mengenainya terlebih dahulu.

Rentetan dari itu, Ketua Eksekutif Galen Center for Health and Social Policy, Azrul Khalib, di laman Twitter berkata beliau bimbang melihat ramai Ahli Parlimen pembangkang mempercayai Ivermectin sebagai 'ubat ajaib' yang akan menyembuhkan COVID-19.

Beliau mendesak Dr Adham dan KKM untuk tetap tegas pada dasar dan garis panduan rawatan COVID-19 sedia ada.

"Adakah mereka doktor?" soal bekas perunding farmasi @ BeeLengMY1 bertanya sambil menyatakan beliau berasa "pelik" melihat ramai Ahli Parlimen PH mendorong penggunaan ubat berkenaan.

Pengerusi gerakan MedtweetMY Dr Khairul Hafidz berkata perdebatan mengenai Ivermectin timbul dengan kajian klinikal menunjukkan dapatan baik, namun kajian itu mempunyai kecacatan dan masih belum melepasi peringkat “peer review”.

“Kajian Ivermectin yang digunakan oleh kebanyakan kebanyakan negara ditarik balik kerana didapati ada unsur plagiarism dan data yang menyeleweng,” katanya

“Kajian inilah yang menyebabkan banyak negara mengambil keputusan ini. Di Malaysia dengan kajian-kajian yang ada, kita merasakan dapatan masih belum mencukupi untuk membuat keputusan bahawa Ivermectin boleh digunakan ke atas manusia.”

Pakar kesihatan awam, Dr Sanjay Rampal berkata, prinsip yang berdasarkan bukti perlu digunakan untuk menilai keberkesanan dan keselamatan vaksin dan ubat.

“Penting untuk kita menilai kesahihan laporan kajian secara kritikal sebelum menggunakannya.

“Bukti keberkesanan Ivermectin datang dari kajian heterogenus yang kecil yang mungkin terdedah kepada pelbagai perkara yang berat sebelah,” katanya

Hmmm... 

Mohon Bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, yang juga ketua Pasukan Petugas COVID-19 PH, minta mereka-mereka itu yang bukan profesional perubatan hentikan perbincangan seperti itu..

Jangan memanda-mandai..

Laporan berkaitan..

Beberapa pakar farmasi membidas Ahli Parlimen, terutama pembangkang, yang mendesak ubat antiparasit haiwan, Ivermectin, digunakan bagi merawat pesakit Covid-19 tanpa mengambil kira keputusan ujian klinikal dan risiko keselamatan.

Antara yang mendesak ubat haiwan itu digunakan kepada pesakit Covid-19 ialah Ahli Parlimen Kota Raja, Mohamad Sabu, Khalid Samad (Shah Alam), R Sivarasa (Sungai Buloh), Johari Abdul Ghani (Sungai Petani), Sim Tze Tzin (Bayan Baru), William Leong (Selayang), dan P Prabakaran (Batu).

Pakar farmasi memaklumkan penggunaan Ivermectin dengan dos tidak tepat boleh menyebabkan kesan sampingan yang serius, termasuk buta, sesak nafas dan koma.

Presiden Persatuan Farmasi Malaysia (MPS), Amrahi Buang, mempersoalkan desakan itu yang rata-ratanya tanpa berasaskan bukti dan data kajian perubatan, sebaliknya dibuat berpandukan perasaan panik akibat situasi semasa penularan Covid-19.

Beliau berkata, semua pihak perlu menyerahkan kepada Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) membuat keputusan secara bebas tanpa campur tangan pentadbiran atau desakan politik, demi kebaikan semua pihak.

“Buat masa ini, produk Ivermectin yang didaftarkan di Malaysia hanya diluluskan untuk kegunaan haiwan, tiada yang dibenarkan untuk kegunaan manusia.

“Penggunaan ubat ini mungkin ada risiko pada kesihatan dan nyawa manusia. Jadi, tak perlu politikkan perkara ini kerana siapa yang akan tanggung kesannya jika ia diluluskan tanpa kajian mencukupi?

“Hakikatnya, pakar pelbagai bidang masih berbeza pendapat berhubung keberkesanan Ivermectin terhadap pesakit Covid-19, termasuk Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Amerika Syarikat, European Medicines Agency (EMA) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) belum meluluskan penggunaannya untuk pencegahan dan rawatan kecuali untuk tujuan klinikal,” katanya seperti dilaporkan BH hari ini.

Amrahi mengulas tindakan beberapa Ahli Parlimen pembangkang di Dewan Rakyat semalam, yang mendesak Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, menggunakan kuasanya untuk meluluskan penggunaan Ivermectin untuk pesakit Covid-19, sebelum kajian klinikal mengenainya selesai.

Ketika ini, Kementerian Kesihatan (KKM) sedang menjalankan kajian klinikal penggunaan ubat Ivermectin bagi merawat pesakit Covid-19 di 18 hospital kerajaan dan keputusannya dijangka diketahui pada September depan.

Sementara itu, pakar farmasi daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Ernieda Md Hatah berkata penggunaan Ivermectin secara melulu boleh menyebabkan pesakit berdepan kesan sampingan serius.

“Ubat Ivermectin ada kesan sampingan serius jika terlebih dos, seperti pendarahan pada mata, hilang penglihatan, sesak nafas, tidak boleh mengawal kencing, diarea, kekeliruan, sawan, koma dan kerosakan pada hati, selain kesan ringan seperti muntah dan ruam,” katanya.

Ernieda berkata, masih terlalu banyak persoalan yang belum terjawab mengenai penggunaan Ivermectin dan kebanyakan pakar penyakit berjangkit yang berpegang pada bukti klinikal, belum menyarankan penggunaannya.

“Buat masa ini, Ivermectin hanya sah selamat untuk merawat cacing dan kudis buta. Kita tidak tahu sepenuhnya kesan terhadap pesakit Covid-19, khususnya yang memiliki komorbiditi seperti masalah jantung, kencing manis dan buah pinggang.

“Kita juga tidak tahu dos yang sesuai kerana kajian yang dilaksanakan menggunakan dos berbeza-beza. Kita perlu dos yang tinggi untuk mendapat kesan antiviral, namun apa kesan dos Ivermectin yang tinggi kepada pesakit?

“Malah, tiada kajian jangka panjang untuk menentukan tempoh penggunaan Ivermectin. Oleh itu, kita perlu menunggu hasil kajian klinikal untuk pastikan ia selamat untuk semua pesakit.

“Jika ia terbukti selamat, sudah pasti ia akan diberi kepada pesakit. Kita tidak mahu ia berkesan merawat Covid-19, tapi akhirnya menghadapi kerosakan hati atau kesan samping serius,” katanya.

Dalam pada itu, Ernieda turut membangkitkan kemungkinan ubat Ivermectin yang dimiliki beberapa pihak swasta dan individu ketika ini, diperoleh daripada pasaran gelap.

“Kemasukan Ivermectin ke Malaysia hanya boleh diluluskan NPRA menggunakan Lesen Import Percubaan Klinikal (CTIL), iaitu khusus untuk kegunaan kajian klinikal di hospital.

“Jadi, dari mana individu tertentu mendapat bekalan Ivermectin? Tentu daripada pasaran gelap dan kita bimbang yang dijual itu ubat palsu, bukan Ivermectin yang sebenar,” katanya lapor AgendaDaily



Demikianlah Artikel Ivermectine: Mohon Dr. Zul Minta Mat Sabu, Johari Abdul Jangan Menyibuk

Sekianlah artikel Ivermectine: Mohon Dr. Zul Minta Mat Sabu, Johari Abdul Jangan Menyibuk kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ivermectine: Mohon Dr. Zul Minta Mat Sabu, Johari Abdul Jangan Menyibuk dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/07/ivermectine-mohon-dr-zul-minta-mat-sabu.html

Subscribe to receive free email updates: