Sebenarnya.. Polis Bukan Siasat Doktor Sebab Mogok, Tapi Sebab Media Ceroboh MAEPS Laa..

Sebenarnya.. Polis Bukan Siasat Doktor Sebab Mogok, Tapi Sebab Media Ceroboh MAEPS Laa.. - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Sebenarnya.. Polis Bukan Siasat Doktor Sebab Mogok, Tapi Sebab Media Ceroboh MAEPS Laa.., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sebenarnya.. Polis Bukan Siasat Doktor Sebab Mogok, Tapi Sebab Media Ceroboh MAEPS Laa..
link : Sebenarnya.. Polis Bukan Siasat Doktor Sebab Mogok, Tapi Sebab Media Ceroboh MAEPS Laa..

Baca juga


Sebenarnya.. Polis Bukan Siasat Doktor Sebab Mogok, Tapi Sebab Media Ceroboh MAEPS Laa..

SHAH ALAM – Polis akan melakukan siasatan terperinci mengenai pencerobohan enam petugas media daripada pelbagai agensi memasuki ke kawasan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (Maeps), tanpa kebenaran pada Isnin lalu. 

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, ini termasuk sama ada berlaku kelonggaran kawalan keselamatan dan individu yang membawa masuk kesemua petugas media tersebut.

Katanya, enam petugas media itu didapati memasuki kawasan itu secara serentak dengan hanya memakai pelitup dan pelindung muka sahaja tanpa sebarang peralatan perlindungan diri (PPE).


“Itu (PKRC) tempat larangan dan orang yang masuk perlu mendapatkan kebenaran terlebih dahulu daripada pengurusan di situ. Tambahan, PKRC Maeps telah diisytiharkan dan diwartakan sebagai pusat kuarantin dan rawatan penyakit berjangkit sejak 6 Disember tahun lalu.

“Kalau saya sendiri pergi PKRC sekalipun perlu meminta kebenaran untuk memasuki kawasan itu. Inikan pula wartawan dan tidak kira siapa pun,” katanya pada sidang akhbar secara maya semalam.

Menurut beliau, PKRC itu mempunyai tiga zon iaitu hijau, kuning dan merah dengan petugas media telah memasuki zon kuning yang kebanyakannya adalah pesakit kategori ketiga dan keempat berdasarkan laporan dilakukan pihak pengurusan Maeps pukul 4 petang semalam.

“Mereka ini telah menceroboh kawasan larangan dan membahayakan diri sendiri selain orang ramai.

“Apabila mereka masuk berkemungkinan membawa virus keluar dan tidak tahu sejauh mana telah kontak rapat dengan orang lain atau rakan media lain. Pihak pengurusan Maeps sendiri telah menyatakan tiada kebenaran diberikan kepada petugas media itu,” katanya.

Beliau menambah, pihaknya akan memanggil kesemua petugas media terlibat dalam masa terdekat namun tidak menyatakan dari mana agensi-agensi media tersebut.

Dalam perkembangan sama, beliau menegaskan rakaman keterangan kepada 17 kakitangan kementerian kesihatan adalah berhubung isu pencerobohan dan bukan berkaitan hartal doktor kontrak.

“Rakaman percakapan ini penting bagi mendapatkan maklumat dan siasatan kita. Kalau rakam percakapan salah, saya pun tidak tahu hendak belajar dari dunia mana lagi untuk siasat.

“Berkenaan isu rakam keterangan sehingga pukul 3 pagi disebabkan doktor bertugas pukul 8 pagi hingga 8 malam. Kita pun ada hati perut dan menggunakan waktu bertugas mereka untuk diambil keterangan secara bergilir dengan kebenaran pengurusan Maeps. Justeru, jangan jadikan itu sebagai isu dan memutarbelitkannya,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan. -K! ONLINE.

Sebelum itu Kosmo telah melaporkan tindakan enam petugas media daripada pelbagai agensi memasuki ke kawasan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), tanpa kebenaran pada Isnin lalu, membawa padah apabila satu laporan polis dibuat oleh pihak pengurusan PKRC terbabit.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Md. Noor Aehawan Mohamed berkata, polis menerima satu laporan daripada pihak pengurusan PKRC Bersepadu (PKRCB) MAEPS semalam, yang melaporkan terdapat enam petugas media daripada pelbagai agensi masuk ke kawasan PKRC tersebut antara pukul 11 pagi hingga 1 petang tanpa kebenaran.

“Kawasan tersebut merupakan sebuah dewan yang menempatkan seramai 496 pesakit wanita yang positif Covid-19.

“Dewan di kawasan PKRCB MAEPS telahpun diwartakan sebagai tempat Pusat Kuarantin dan Rawatan Penyakit Berjangkit Covid-19 dan orang luar dilarang memasuki kawasan tersebut tanpa kebenaran,” katanya menerusi satu kenyataan di sini.

Md. Noor Aehawan berkata, siasatan mendapati salah seorang petugas media itu membuat laporan secara langsung semasa berada di dalam dewan tersebut.

Beliau berkata, setakat ini, polis telah merakam keterangan 17 kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM) terdiri daripada doktor dan jururawat bertugas semasa kejadian bagi membantu siasatan bertujuan mendapatkan pengesahan mengenai kehadiran petugas media di dalam dewan tersebut.

“Sehubungan itu, siasatan akan dijalankan di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan atas kesalahan menceroboh kawasan dan Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021 atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP).

“Siasatan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 atas kesalahan membuat rakaman siaran langsung di dalam kawasan dilarang sehingga menampakkan pesakit Covid-19 yang sedang dirawat, juga akan dibuat,” katanya.



Demikianlah Artikel Sebenarnya.. Polis Bukan Siasat Doktor Sebab Mogok, Tapi Sebab Media Ceroboh MAEPS Laa..

Sekianlah artikel Sebenarnya.. Polis Bukan Siasat Doktor Sebab Mogok, Tapi Sebab Media Ceroboh MAEPS Laa.. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Sebenarnya.. Polis Bukan Siasat Doktor Sebab Mogok, Tapi Sebab Media Ceroboh MAEPS Laa.. dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/07/sebenarnya-polis-bukan-siasat-doktor.html

Subscribe to receive free email updates: