Habisla PAS.. Amanah & UMNO Runding Elak Bertembung Dalam PRU15 Di Kelantan - Hallo sahabat
BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Habisla PAS.. Amanah & UMNO Runding Elak Bertembung Dalam PRU15 Di Kelantan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan
Artikel Artis,
Artikel Gosip,
Artikel kabar,
Artikel News,
Artikel Politik,
Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.
Judul :
Habisla PAS.. Amanah & UMNO Runding Elak Bertembung Dalam PRU15 Di Kelantanlink :
Habisla PAS.. Amanah & UMNO Runding Elak Bertembung Dalam PRU15 Di Kelantan
Baca juga
Habisla PAS.. Amanah & UMNO Runding Elak Bertembung Dalam PRU15 Di Kelantan
Suatu masa lalu.. “Siapa yang nak kerjasama dengan Amanah? Mereka ini ibarat hidung tak mancung pipi tersorong-sorong.
“Sudahlah menuduh Umno macam-macam, sedangkan mereka sendiri pun baru 22 bulan memerintah,”
“Bukan itu saja mereka sendiri bersama DAP yang ternyata mempunyai pemimpin yang dikaitkan dengan rasuah terowong dan banglo, ditarik balik pendakwaan, bahkan perbicaraan, apabila naik berkuasa.
“Jadi usah bersifat hipokrit bak pepatah ‘kokok berderai-derai, ekor bergelumang tahi’,”
Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad yang menegaskan parti itu hanya akan mempertimbangkan kerjasama dengan Umno sekiranya ia “insaf”, termasuk perlu menerima Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri.
Khalid, yang juga bekas menteri Wilayah Persekutuan berkata, selagi Umno tidak kembali ke pangkal jalan, masih dibebani politik rasuah, salah guna kuasa dan kleptokrasi, pihaknya tetap kekal dengan prinsip dan matlamat yang jelas untuk tidak bekerjasama dengan parti itu.
“Saya ulangi sejarah Amanah. Parti ini ditubuhkan kerana PAS ketika itu hendak bekerjasama dengan Umno, rancangan yang dibantah 18 daripada 24 pemimpin PAS dalam jawatankuasa pusat,” kata beliau.
“Namun, kerjasama dengan Umno dilakukan juga oleh kepemimpinan PAS di belakang tabir. Apabila kita dapat tahu dan bantah, kita dijatuhkan hukum pada Muktamar Pas Pusat 2015.
“Serentak itu juga PAS putuskan hubungan dengan DAP dan secara automatik keluar daripada Pakatan Rakyat (PR), dan parti Amanah ditubuhkan,”.. dilaporkan oleh FMT pada 18 Mac lalu di
SINI
Tiba-tiba hari ini The Malaysian Insight melaporkan bahawa AMANAH dan UMNO telah mula berbincang secara tidak rasmi untuk mengelakkan pertembungan antara dua parti tersebut dalam Pilihanraya akan datang.
Langkah strategik ini digerakkan bagi menumbangkan PAS di Kelantan dalam Pilihan raya umum akan datang.
Bacalah!
AMANAH Kelantan dan Umno negeri mengorak langkah strategik untuk tidak bertembung sebagai usaha menumbangkan PAS dalam pilihan raya umum akan datang, kata sumber parti.
Pemimpin kedua-dua parti mengesahkan kepada The Malaysian Insight, perbincangan sudah pun dimulakan secara tidak rasmi dan masing-masing menunjukkan kecenderungan positif ke arah itu.
Timbalan Pengerusi Amanah Kelantan Che Ibrahim Mohamed mengesahkan perbincangan dengan Umno negeri itu berlangsung secara tidak rasmi.
Katanya, Amanah Kelantan mendapat lampu hijau untuk menggerakkan kempen berkenaan namun percaya Umno Kelantan masih belum mendapat mandat dari peringkat pusat.
“Setakat ini (pertemuan) secara rasmi tak ada lagi, tapi arahan telah ada untuk rundingan dan mewujudkan laluan. Perbincangan secara tidak rasmi itu memang berlaku.
“Tapi saya difahamkan Umno belum lagi dapat izin majlis tertinggi,” ujarnya ketika ditemui The Malaysian Insight di Kota Bharu.
Jelasnya, kebenaran itu bagi membolehkan Umno Kelantan mendapat autonomi bagi berbincang mengenai “persefahaman pilihan raya” dengan parti lain.
“Maknanya untuk elak pertandingan tiga penjuru. Kalau ini satu keperluan, Amanah bersetuju merintis jalan ke arah itu untuk mengelak berlaku pertandingan tiga penjuru di Kelantan,” katanya.
Persefahaman itu akan membolehkan Umno yang akan bertanding bawah tiket Barisan Nasional (BN) atau Amanah dalam Pakatan Harapan (PH) bersemuka satu lawan satu dengan PAS.
“Jadi kita sedia tidak bertanding di tempat BN bertanding, harap BN pun tidak bertanding di tempat PH bertanding.
“(Di peringkat) Amanah, kita sudah dapat mandat. Maksudnya pihak nasional sudah beri mandat secara tidak rasmi untuk kita berbincang.
“Umno pun macam itu juga ada keputusan tidak rasmi untuk benar dia berbincang,” katanya lagi yang menambah, ia antara usaha yang timbul daripada jajaran baharu politik Umno.
Umno mengumumkan jajaran baharu itu di akhir perhimpunan agung parti itu pada Mac lalu, yang turut memutuskan untuk tidak bekerjasama dengan Bersatu dalam pilihan raya umum akan datang.
Beliau juga mengesahkan perbincangan setakat ini hanya menjurus ke arah perbincangan dengan Amanah Kelantan kerana Umno negeri tidak berminat dengan parti lain dalam PH.
Tambahnya, PH masih di tangga ketiga dalam senarai pilihan pengundi Kelantan waktu ini, namun berpeluang menguasai lebih banyak kerusi jika persefahaman itu menjadi kenyataan.
Selain Amanah, DAP juga mengintai kerusi di Kelantan iaitu Galas di Gua Musang dan Kota Lama di Kota Bharu, katanya.
Perbincangan mengenai ura-ura kerjasama itu turut disahkan Ketua Penerangan Umno Kelantan Zawawi Othman.
Ketika ditemui The Malaysian Insight, beliau mengesahkan perbincangan dengan Amanah negeri sememangnya berlaku namun menyifatkannya sebagai cakap-cakap kedai kopi sahaja waktu ini.
“Persefahaman sekarang ini sama-sama untuk menumbangkan kerajaan PAS,” katanya yang turut mengesahkan kerjasama Muafakat Nasional juga sudahpun berkubur di Kelantan.
Mengulas lanjut, Zawawi berkata perbincangan dengan Amanah Kelantan hanya berlaku secara umum dan tiada perjumpaan rasmi melibatkan Umno negeri.
“Tiada perjumpaan dalam bilik tertutup atau secara sulit,” kata bekas Adun Semerak itu lagi.
Tambahnya idea mengenai persefahaman dengan Amanah Kelantan juga masih menimbulkan kesangsian kerana kekuatan jentera serta struktur pergerakan itu masih belum jelas.
Namun, perbincangan setakat ini menunjukkan Umno negeri terbuka agar pilihan raya umum kelak berlangsung secara pertandingan persahabatan dengan Amanah Kelantan di kerusi tertentu.
“Contohnya, kita sedia untuk friend (berkawan) dengan Husam Musa (pengerusi Amanah Kelantan),” katanya.
Husam merupakan bekas exco kanan kerajaan Kelantan sewaktu masih dalam PAS dan kemudian tewas di kerusi Parlimen Kota Bharu serta juga kerusi negeri Salor dalam pilihan raya umum lalu.
Namun Zawawi menegaskan Umno Kelantan kekal dengan pendirian menolak kerjasama dengan dua sekutu Amanah – PKR, DAP dan juga gabungan PH.
“Tetapi jika DAP hendak sokong Umno, kita tidak ada masalah,” tambahnya.
Zawawi yang meletak jawatan sebagai pengerusi syarikat kerajaan negeri, Kesedar Kilang Sdn Bhd pada April lalu berkata, kerjasama dengan PAS kini tidak dapat lagi diteruskan.
Maka Umno akan bersama dengan gerakan rakyat untuk menolak parti itu semula, kata ketua Umno Pasir Puteh itu.
“Apa guna muafakat kalau tidak boleh muafakat, tidak boleh hormat satu sama lain,” tambahnya yang kesal dengan tindak-tanduk PAS dalam bekerjasama dengan Umno di Kelantan.
Sila sambung bacaan anda di
SINI
***** Kesimpulannya.. inilah politik.. segalanya mungkin, jadi jangan biarkan diri anda diperbodohkan oleh individu yang diangkat sebagai Pemimpin dan jangan terlalu taksub dengan Pemimpin..
Demikianlah Artikel Habisla PAS.. Amanah & UMNO Runding Elak Bertembung Dalam PRU15 Di Kelantan
Sekianlah artikel Habisla PAS.. Amanah & UMNO Runding Elak Bertembung Dalam PRU15 Di Kelantan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Habisla PAS.. Amanah & UMNO Runding Elak Bertembung Dalam PRU15 Di Kelantan dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/07/habisla-pas-amanah-umno-runding-elak.html