Judul : Ordinan Darurat: Belum Diperkenan Dah Dibatal Rupanya...
link : Ordinan Darurat: Belum Diperkenan Dah Dibatal Rupanya...
Ordinan Darurat: Belum Diperkenan Dah Dibatal Rupanya...
Sebenarnya apa yang hendak dielakkan oleh Kerajaan Pakatan Nasional dalam Sidang Khas Dewan Rakyat selama lima hari ini?
Adakah benar pembatalan semua Ordinan Darurat yang jelas telah membelakangkan Yang DiPertuan Agong ini adalah bertujuan untuk mengelakkan dari tumbangnya Kerajaan Pakatan Nasional apabila majoriti Ahli Parlimen menolak Ordinan ini setelah dibahaskan?Tidakkah ini namanya derhaka?
"Pembatalan ini mesti mendapat perkenan Agong dan digazet. Namun, ini tidak dijelaskan kedua-duanya sama ada pembatalan darurat boleh dibuat secara 'backdated' (oleh Kabinet) sebab implikasinya terhadap apa-apa tindakan yang diambil pihak berkuasa selepas 21 Julai boleh dipersoalkan atau terbatal," kata Bekas Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak sebelum ini.
Dan bakal Perdana Menteri sejak dari PRU-13 yang juga Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pula berkata Pengumuman pembatalan Ordinan Darurat yang dibuat Menteri Undang-Undang, Datuk Seri Takiyuddin Hassan adalah tidak sah sekiranya belum dipersembah atau diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Mustafa Billah Shah.
Selain itu, Anwar juga mendakwa tindakan itu boleh mencetuskan krisis Perlembagaan kerana Kerajaan dan Perdana Menteri seharusnya mempersembahkan dan memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong berhubung perkara berkenaan terlebih dahulu.
Laporan berkaitan..
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa dukacita dengan kenyataan dibuat di Parlimen bahawa kerajaan membatalkan semua Ordinan Darurat yang telah dimasyhurkan.
Datuk Pengelola Bijaya Istana Diraja, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin dalam satu kenyataan berkata, ini sedangkan, pembatalan semua Ordinan Darurat belum mendapat perkenan daripada Seri Paduka.
Beliau berkata, Seri Paduka turut berdukacita kerana apa yang telah diperkenan dan dipersetujui sebelum ini dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun semasa majlis menghadap secara maya pada 24 Julai lalu berkenaan cadangan pembatalan semua Ordinan Darurat dibentang dan dibahaskan di Parlimen bagi tujuan diungkaikan tidak dilaksanakan.
“Seri Paduka menegaskan bahawa dalam pemerintahan Raja Berperlembagaan dan sistem demokrasi berparlimen bertunjangkan prinsip keluhuran Perlembagaan, semua pihak perlu mematuhi kedaulatan undnag-undang.
“Perkara 150 (2B) dibawa dengan Perkara 150(3) Perlembagaan Persekutuan secara jelas memperuntukkan kuasa penggubalan dan pembatalan Ordinan-ordinan Darurat terletak pada Seri Paduka.
“Justeru, Seri Paduka menegaskan bahawa kenyataan Menteri di Parlimen adalah tidak tepat dan telah mengelirukan semua ahli Dewan Rakyat,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE
Demikianlah Artikel Ordinan Darurat: Belum Diperkenan Dah Dibatal Rupanya...
Sekianlah artikel Ordinan Darurat: Belum Diperkenan Dah Dibatal Rupanya... kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Ordinan Darurat: Belum Diperkenan Dah Dibatal Rupanya... dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/07/ordinan-darurat-belum-diperkenan-dah.html