PM Dari UMNO Dalam Jajaran Baru ? - Hallo sahabat
BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PM Dari UMNO Dalam Jajaran Baru ?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan
Artikel Artis,
Artikel Gosip,
Artikel kabar,
Artikel News,
Artikel Politik,
Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.
Judul :
PM Dari UMNO Dalam Jajaran Baru ?link :
PM Dari UMNO Dalam Jajaran Baru ?
Baca juga
PM Dari UMNO Dalam Jajaran Baru ?
PUTRAJAYA: Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memberi keyakinan kepada ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO bahawa pemimpin parti itu akan kembali menjadi Perdana Menteri dalam jajaran baharu yang bakal dibentuk.
Perkara itu dinyatakan Presiden UMNO itu dalam pertemuan bersama ahli MT sebagai menyokong usaha UMNO menarik balik sokongan daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN).
|
Premium Quality Product From Japan In Malaysia.. buy here |
Bagaimanapun, menurut sumber yang merupakan ahli MT UMNO, Ahmad Zahid tidak menghuraikan lebih lanjut siapa rakan gabungannya untuk membentuk kerajaan baharu itu.
“Mungkin sebab itu, majoriti ahli MT memberi sokongan kepada Ahmad Zahid untuk menarik sokongan terhadap kerajaan PN.
“Tetapi kalau jajaran baharu itu membabitkan DAP, bukan sahaja akar umbi UMNO tidak akan terima, malah orang Melayu akan tolak UMNO pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15),” katanya di sini semalam.
Utusan Malaysia semalam melaporkan UMNO pusat sedang memanggil ahli Parlimennya secara berperingkat untuk mendapat perakuan bersama meninggalkan kerajaan PN sebelum 1 Ogos.
Sumber parti itu memberitahu, lebih 10 ahli Parlimen yang juga ahli MT UMNO dipanggil menemui Presiden yang turut dihadiri Timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan serta Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Maslan di pejabat UMNO.
“Presiden dengan Timbalan bercadang mengemukakan satu usul kepada Ahli MT supaya UMNO tarik sokongan daripada kerajaan dalam masa terdekat.
“Alasan mereka, sudah sampai masa UMNO perlu ketuai walaupun ramai berpendapat sekarang bukan masa yang sesuai,” katanya.
Pada masa sama, sebuah portal melaporkan, Ahmad Zahid juga dikatakan menerima komitmen bertulis daripada ahli MT yang menyokong.
Sebelum ini, Ahmad Zahid dikatakan akan bekerjasama dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membentuk kerajaan bersama DAP dalam rakaman perbualan antara keduanya yang viral.
Walaupun menafikannya, Ahmad Zahid dan Presiden PKR itu sama-sama tidak membuat laporan polis mengenainya.
Laporan dipetik dari Utusan Malaysia
Demikianlah Artikel PM Dari UMNO Dalam Jajaran Baru ?
Sekianlah artikel PM Dari UMNO Dalam Jajaran Baru ? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PM Dari UMNO Dalam Jajaran Baru ? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/07/pm-dari-umno-dalam-jajaran-baru.html