Kenapa PM Lantik MB Hilang Majoriti Sebagai Penasihat?

Kenapa PM Lantik MB Hilang Majoriti Sebagai Penasihat? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kenapa PM Lantik MB Hilang Majoriti Sebagai Penasihat?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kenapa PM Lantik MB Hilang Majoriti Sebagai Penasihat?
link : Kenapa PM Lantik MB Hilang Majoriti Sebagai Penasihat?

Baca juga


Kenapa PM Lantik MB Hilang Majoriti Sebagai Penasihat?

Perdana Menteri yang dikatakan hilang majoriti melantik seorang Menteri Besar yang telah terbukti hilang majoriti sebagai Penasihat Khas?

Satu persoalan yang hanya Perdana Menteri sendiri boleh jelaskan mengapa dan kenapa?


Faizal mempunyai rekod kegagalan dan prestasi buruknya sebagai Menteri Besar menyaksikan beliau kehilangan sokongan majoriti di Dewan Undangan Negeri Perak, dengan beliau digulingkan menerusi undi percaya tahun lalu dengan hanya 10 daripada 59 ADUN menyokongnya.

Tetapi ini bukanlah suatu yang luar biasa, maksud aku melantik seorang yang gagal sebagai Penasihat atau Ketua atau apa sajalah..

Pernah berlaku suatu masa yang lalu di sebuah negeri di utara Semenajung bilamana seorang Calon ADUN bagi suatu PRU, gagal untuk menang telah dilantik sebagai Pengarah Pilihanraya untuk sebuah Pilihanraya Kecil sebuah DUN dalam Semenanjung.

Akhirnya hasilnya adalah selari dengan dapatan Calon ADUN tersebut semasa bertanding dalam PRU tersebut.

Kenapa dilantik Calon yang kalah Pilihanraya sebagai Pengarah Pilihanraya?

Jawapannya.. mungkin dia pandai bodek kot?

Jawapannya mungkin sama dengan persoalan kat atas sekali tu..



RAKYAT terkejut dengan pelantikan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sebagai Penasihat Khas kepada Perdana Menteri bertaraf Menteri. Beliau merupakan Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang juga Ahli Parlimen Tambun dan bekas Menteri Besar Perak.

Ahmad Faizal akan bertanggungjawab menasihati Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam hal ehwal jalinan komuniti, komunikasi masyarakat dan pembangunan sosioekonomi. Perkara ini mengundang kontroversi memandangkan beliau pernah dikaitkan dengan isu ijazah palsu.

Memetik artikel Malaysia Today, Pada 11 Jun 2018 dilaporkan terdapat penularan di media sosial yang mempersoalkan kelulusan Ahmad Faizal sama ada beliau benar-benar berjaya mendapat Ijazah Kajian Perniagaan dari Universiti Edith Cowan, Perth Australia, sebagaimana yang telah diwar-warkan di dalam profil professional di dalam Wikipedia, poster-poster di media sosial dan whatsapp.

Akhirnya beliau membuat pengakuan “Saya secara terbuka mengatakan saya memang pernah melanjutkan pelajaran ke luar negara namun, saya tidak berjaya membawa pulang sijil ijazah.”

Mungkinkah Muhyiddin terlepas pandang isu ijazah palsu ini? Persoalannya mengapa Ahmad Faizal dilantik sebagai penasihat Khas lagi sedangkan Muhyiddin telah mempunyai sangat ramai penasihat?

Senarai mereka yang menasihati Perdana Menteri Malaysia YAB Tan Sri Mahiaddin Md Yassin.

1. Ketua Setiausaha Sulit 
2. Timbalan Ketua Setiausaha Sulit 
3. Penasihat Khas Kesihatan Awam 
4. Setiausaha Politik Kanan 
5. Setiausaha Politik 1 
6. Setiausaha Politik 2 
7. Pegawai Khas 1 
8. Pegawai Khas 2 
9. Setiausaha Sulit Kanan 
10. Setiausaha Akhbar 1 
11. Setiausaha Akhbar 2 
12. Setiausaha Akhbar 3

12 orang bertugas di Pejabat Perdana Menteri. Tak cukup lagi, ditambah seorang lagi Penasihat Bertaraf Menteri.

Tak cukup dengan itu, ada 70 orang Jemaah Menteri dan Timbalan Menteri, Duta Khas, Ketua Setiausaha Negara, Peguam Negara dan ramai lagi.

Dan kesemua mereka ini dibayar dengan hasil wang rakyat setiap bulan.

Muhyiddin dilihat sebagai Perdana Menteri paling gagal dalam sejarah negara. Rakyat sedang menderita. Ekonomi sangat teruk namun tanpa ragu-ragu beliau dengan mudah menambahkan lagi beban rakyat apabila melantik seorang lagi penasihat khas yg terpalit dengan isu ijazah palsu.

Rakyat mempersoalkan bagaimana seorang yang terpalit dengan isu ijazah palsu mampu memberi nasihat lebih baik daripada dua belas penasihat, 70 jemaah menteri dan timbalan menteri serta Duta Khas, Ketua Setiausaha Negara, Peguam negara dan yang lain-lain sedia ada. 

Kerajaan Muhyiddin ternyata GAGAL!

Asal artikel dari SINI


Demikianlah Artikel Kenapa PM Lantik MB Hilang Majoriti Sebagai Penasihat?

Sekianlah artikel Kenapa PM Lantik MB Hilang Majoriti Sebagai Penasihat? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kenapa PM Lantik MB Hilang Majoriti Sebagai Penasihat? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/08/kenapa-pm-lantik-mb-hilang-majoriti.html

Subscribe to receive free email updates: