Tak Payah Kalut Nak Bersidang Awai Zuraida Kata?

Tak Payah Kalut Nak Bersidang Awai Zuraida Kata? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tak Payah Kalut Nak Bersidang Awai Zuraida Kata?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tak Payah Kalut Nak Bersidang Awai Zuraida Kata?
link : Tak Payah Kalut Nak Bersidang Awai Zuraida Kata?

Baca juga


Tak Payah Kalut Nak Bersidang Awai Zuraida Kata?

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin hari ini mempersoalkan gesaan mengadakan sidang Dewan Rakyat lebih cepat daripada September depan, ketika pelbagai dakwaan daripada pembangkang Perdana Menteri Muhyiddin Yassin tidak lagi memiliki sokongan majoriti di Dewan Rakyat.

Dalam sebuah kenyataan, beliau berkata tiada keperluan menggesa sidang lebih awal daripada tarikh yang ditetapkan pada 7 September depan kerana ia kurang daripada sebulan lagi.

“Kami dinasihatkan untuk mengikut Perlembagaan Persekutuan dan kami mengikuti nasihat itu,” katanya.

Beliau turut berkata tiada calon alternatif perdana menteri yang jelas diumumkan daripada pihak pembangkang walaupun berkali-kali menegaskan Muhyiddin sudah kehilangan majoriti dalam Parlimen.

“Ia menunjukkan perbalahan dalaman, pertikaian dan perpecahan dalam pihak pembangkang sendiri,” katanya.

Zuraida berkata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah mengarahkan Parlimen dikuarantin selama dua minggu selepas 30 Julai lalu susulan pengesanan kes Covid-19 di kawasan tersebut.

Beliau turut berkata Parlimen juga menerima berita kematian pegawai menteri persekutuan yang dipercayai akibat Covid-19 selepas dijangkiti di Parlimen.

“Kami menggesa semua pihak memberi ruang kepada kerajaan untuk melaksanakan tanggungjawabnya yang telah dimandatkan – iaitu berkhidmat kepada rakyat, melawan wabak Covid-19 dan kembali memulihkan ekonomi” katanya.

“Kami mengalu-alukan sebarang cadangan dan idea yang membina. Bukannya serangan bersifat partisan dan cemuhan yang tidak berkesudahan, yang tidak membantu rakyat.”

Gesaan Zuraida itu adalah juga selari dengan gesaan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang berkata sekarang bukannya waktu untuk ahli politik berebut kuasa.

“Sekarang adalah masa untuk berebut-rebut membantu rakyat, bukannya masa untuk berebut kuasa dan kedudukan,” katanya lapor MalaysiaNow



Demikianlah Artikel Tak Payah Kalut Nak Bersidang Awai Zuraida Kata?

Sekianlah artikel Tak Payah Kalut Nak Bersidang Awai Zuraida Kata? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tak Payah Kalut Nak Bersidang Awai Zuraida Kata? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/08/tak-payah-kalut-nak-bersidang-awai.html

Subscribe to receive free email updates: