Dewan Kosong Ketika DSAI Berucap?

Dewan Kosong Ketika DSAI Berucap? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Dewan Kosong Ketika DSAI Berucap?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dewan Kosong Ketika DSAI Berucap?
link : Dewan Kosong Ketika DSAI Berucap?

Baca juga


Dewan Kosong Ketika DSAI Berucap?

 


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman mempersoalkan kehadiran menteri dan timbalan menteri pada sesi perbahasan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata, sebahagian besar kerusi blok kerajaan terutama yang menempatkan menteri dan timbalan menteri didapati kosong ketika Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membahaskan usul menjunjung kasih Titah Dirajanya hari ini.

"Ketika Anwar berucap, dewan kosong. Mana menteri dan timbalan menteri?

"Ini masa terbaik untuk berbahas mencari jalan penyelesaian bersama untuk rakyat. Kami dibayar gaji yang mewah untuk hadir ke Parlimen, bukan ponteng," ciapnya di Twitter beliau.

Ketika perbahasan Anwar sedang berlangsung petang tadi juga, Syed Saddiq bangun meminta celahan daripada Ahli Parlimen Port Dickson itu untuk menegur menteri dan timbalan menteri yang tidak berada di dewan.

Kemudian, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna yang juga Ahli Parlimen Kapit, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi pantas mencelah sambil memaklumkan beliau mendengar perbahasan dibuat Anwar.


Semalam adalah hari kedua sidang Dewan Rakyat dengan perbahasan lebih bertumpu kepada usul menjunjung kasih Titah Diraja.

Turut menzahirkan kekecewaannya ekoran ketidakhadiran menteri dan timbalan menteri adalah M Karupaiya (PH-Padang Serai).

"Banyak kerusi kosong. Sekurang-kurangnya 10 peratus daripada mereka harus hadir. Kita ada Kabinet besar. Kami berdebat tetapi hanya kerusi yang mendengar," katanya ketika bangun mencelah lapor Berita Harian

Sepatutnya Syed Saddiq persoalkan juga mana perginya lain-lain MP terutamanya yang berada di sebelah Pembangkang itu, bukan hanya mempersoalkan kemana hilangnya Menteri dan juga Timbalan Menteri sahaja..

Dari gambar di atas kerusi-kerusi MP Pembangkang juga kelihatan kosong, ke mana mereka menghilang?

Ketika Dewan tidak bersidang, sibuk sungguh mereka memperjuangkan supa Dewan dibuka untuk persidangan bila Dewan bersidang depa pakat tuang pulak..

HIPOKRIT sungguh!!


Demikianlah Artikel Dewan Kosong Ketika DSAI Berucap?

Sekianlah artikel Dewan Kosong Ketika DSAI Berucap? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Dewan Kosong Ketika DSAI Berucap? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/09/dewan-kosong-ketika-dsai-berucap.html

Subscribe to receive free email updates: