Tidak Kira PH Atau BN, Kedua-duanya Teruk.. - Hallo sahabat
BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tidak Kira PH Atau BN, Kedua-duanya Teruk.., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan
Artikel Artis,
Artikel Gosip,
Artikel kabar,
Artikel News,
Artikel Politik,
Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.
Judul :
Tidak Kira PH Atau BN, Kedua-duanya Teruk..link :
Tidak Kira PH Atau BN, Kedua-duanya Teruk..
Baca juga
Tidak Kira PH Atau BN, Kedua-duanya Teruk..
PETALING JAYA: Muak dan bosan dengan suasana politik di Malaysia menyebabkan seorang perunding pengurusan, Muhamad Johan Jabez John Millason dan beberapa rakannya berniat melakukan “perubahan” dan ia bermula dengan platform Twitter.
Dia tidak pernah terfikir untuk menyuarakan buah fikirannya di media sosial dan sebelum ini hanya menyatakan pandangan peribadinya dalam kalangan rakan sahaja.
Bagaimanapun, dia percaya sudah tiba masanya untuk berbuat demikian sebagai persediaan menyertai pilihan raya umum akan datang disebabkan terlalu kecewa dengan kerajaan dan pembangkang.
Kekecewaan itu sebenarnya telah lama dipendam sebelum mereka mengambil keputusan itu.
Bagi Johan dan sekumpulan rakan, mereka tidak melihat fungsi yang dimainkan oleh setiap parti politik yang membawa ideologi masing-masing, terutama di tempat tinggalnya di Lembah Klang.
Ketika ini, kawasan Parlimen itu dikuasai oleh Pakatan Harapan (PH) namun sebelum 2008 ia berada dipegang oleh Barisan Nasional (BN) namun Johan mendakwa, kedua-duanya gagal menangani masalah rakyat di situ.
Kemudiannya, dia dan rakan mengambil keputusan untuk memulakan sebuah pergerakan sebagai alternatif kepada PH dan BN.
“Kami akan menjadi kuasa ketiga yang benar-benar mewakili rakyat. Kami mahu memberi fokus terhadap perubahan sebenar tanpa terikat kepada mana-mana parti politik atau retorik,” kata bapa tiga anak itu kepada FMT.
Rakan memilihnya sebagai calon utama untuk bertanding, iaitu sesuatu yang tidak pernah difikirkan mereka.
Johan yang berusia 36 tahun adalah seorang lagi individu yang ingin mencipta “gangguan” dalam arus perdana politik.
Bulan lalu, FMT melaporkan mengenai “Pangkah Burung”, sebuah pergerakan yang bertujuan melakukan “gangguan” dalam arena politik negara dan mencetus perubahan terhadap amalan demokrasi dengan menggalakkan lebih ramai calon bebas bertanding dalam pilihanraya umum.
Pada 31 Ogos, seorang penulis blog Syed Akbar Ali memulakan kempen mendapatkan pengundi untuk memecahkan undi dengan tujuan membentuk sebuah kerajaan minoriti.
Bagi Johan, ia amat penting untuk melihat kehadiran lebih ramai calon bebas yang bertanding kelak dan “sejarah akan berulang” sambil merujuk kepada calon yang akan diletakkan di bawah parti politik masing-masing.
Katanya, mereka yang bernaung di bawah parti politik begitu terikat dengan pendirian parti mereka.
“Jadi, mereka sama ada kekal berdiam diri atau “disenyapkan”.
Berbeza dengan calon bebas katanya, mereka akan lebih berteraskan misi selain menegaskan bahawa demokrasi tanpa menyebelahi mana-mana pihak adalah “masa depan” negara.
Johan juga percaya dia tidak bersendirian dalam perjuangan itu, selain sedar mengenai kehadiran kelompok yang berfikiran seperti dirinya yang sama ada ingin bertanding sebagai calon bebas atau menyokong calon terbabit dalam pilihan raya nanti.
“Mereka berada di seluruh negara. Jika undian dibuat, lebih ramai akan menyatakan pendirian mereka untuk menyokong calon bebas.”
Demikianlah Artikel Tidak Kira PH Atau BN, Kedua-duanya Teruk..
Sekianlah artikel Tidak Kira PH Atau BN, Kedua-duanya Teruk.. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Tidak Kira PH Atau BN, Kedua-duanya Teruk.. dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/09/tidak-kira-ph-atau-bn-kedua-duanya-teruk.html