Gara-gara Panik, Pemandu Treler Serah Ganja Kepada Polis

Gara-gara Panik, Pemandu Treler Serah Ganja Kepada Polis - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Gara-gara Panik, Pemandu Treler Serah Ganja Kepada Polis, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Gara-gara Panik, Pemandu Treler Serah Ganja Kepada Polis
link : Gara-gara Panik, Pemandu Treler Serah Ganja Kepada Polis

Baca juga


Gara-gara Panik, Pemandu Treler Serah Ganja Kepada Polis

JASIN: Gara-gara panik melalui sekatan jalan raya (SJR), seorang pemandu treler menyerahkan sendiri bekalan ganja yang dibawanya dalam muatan treler di laluan keluar Tol Lipat Kajang di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 petang itu, suspek berusia 53 tahun dalam perjalanan membawa muatan cermin dari Melaka ke Klang, Selangor.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Melaka, Deputi Superintenden Mohd. Akmal Abdullah berkata, sejurus selepas tiba di SJR, polis menjalankan pemeriksaan ke atas treler dipandu suspek.

“Ketika pemeriksaan dilakukan, pemandu treler berkenaan tiba-tiba menyerahkan satu kotak kertas kecil yang diambil daripada ruang rehat di belakang kerusinya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, hasil pemeriksaan, kotak tersebut mengandungi satu ketulan tumbuhan kering dipercayai ganja seberat 600 gram bernilai RM1,000.

“Dipercayai suspek bertindak sebagai transporter dan membawa dadah tersebut untuk rakannya.

“Hasil soal siasat suspek mempunyai empat anak dan tidak mempunyai rekod lampau jenayah,” ujarnya.

Tambahnya, saringan ujian air kencing ke atas suspek bagaimanapun didapati positif ganja.

“Suspek direman tujuh hari sehingga 19 September ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan,” katanya. – UTUSAN ONLINE


Demikianlah Artikel Gara-gara Panik, Pemandu Treler Serah Ganja Kepada Polis

Sekianlah artikel Gara-gara Panik, Pemandu Treler Serah Ganja Kepada Polis kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Gara-gara Panik, Pemandu Treler Serah Ganja Kepada Polis dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/09/gara-gara-panik-pemandu-treler-serah.html

Subscribe to receive free email updates: