Foreign Direct Investment (FDI) Melonjak Lebih 220%

Foreign Direct Investment (FDI) Melonjak Lebih 220% - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Foreign Direct Investment (FDI) Melonjak Lebih 220%, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Foreign Direct Investment (FDI) Melonjak Lebih 220%
link : Foreign Direct Investment (FDI) Melonjak Lebih 220%

Baca juga


Foreign Direct Investment (FDI) Melonjak Lebih 220%

 


Pelaburan langsung asing (FDI) meningkat lebih 220% pada separuh pertama tahun ini, berbanding tempoh sama tahun lalu, hasil dorongan strategi Putrajaya bagi menarik projek bermodal tinggi bagi membantu pemulihan ekonomi negara.

“Malaysia terus menarik pelaburan bernilai tinggi dan berteknologi tinggi, disokong kapasiti dan kemampuan kita dalam menyediakan pekerja berkemahiran tinggi dan kesediaan syarikat dalam mengadaptasi teknologi canggih bagi tambah nilai industri,” kata Menteri Kanan Mohamed Azmin Ali dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata Malaysia merekodkan RM107.5 bilion dalam pelaburan langsung asing dan domestik di separuh pertama 2021, dengan kenaikan sebanyak 69.8% berbanding tempoh sama tahun lalu.

Pelaburan melibatkan lebih dari 2,000 projek itu dijangka akan menyediakan 45,000 peluang kerja dalam negara.

Kedah, Selangor, Kuala Lumpur, Sarawak dan Johor menyumbang RM85 billion atau 79% bagi keseluruhan pelauran yang diluluskan dengan potensi 31,395 peluang kerja.

FDI yang terdiri dari lebih 58.1% pelaburan diluluskan itu diwakili sumber utama dari Singapura, Korea Selatan dan Belanda bagi 90% daripada jumlah keseluruhan FDI atau RM54.9 bilion daripada keseluruhan FDI yang diluluskan.

Sementara itu, pelaburan domestik mencatat RM45 bilion secara keseluruhan terutama dalam sektor perkhidmatan dan utama.

Sektor pembuatan pula mewakili bahagian terbesar keseluruhan pelaburan sepanjang separuh pertama 2021 bernilai RM66.9 bilion (62.2%), disusuli sektor perkhidmatan (RM34.1 billion, 31.7%) dan sektor utama (RM6.5 billion, 6.1%).

Sebanyak 367 projek pembuatan bernilai RM66.9 billion diluluskan pada enam bulan pertama 2021 berbanding RM36.4 bilion bagi tempoh sama tahun lalu.

Azmin berkata peningkatan besar pelaburan itu direkodkan ketika negara masih “berdepan landskap ekonomi global yang mencabar” ketika ini.

Pada April, Kabinet meluluskan Aspirasi Pelaburan Nasional (NIA), sebuah rangka kerja bagi tujuan meningkatkan dan menarik pelaburan berkualiti tinggi dan mencipta peluang pekerjaan berpendapatan tinggi.

NIA terdiri dari lima parameter sebagai asas bagi mempertingkat daya saing dan memastikan Malaysia terus kekal sebagai destinasi pelaburan pilihan.

Ia termasuk meningkatkan kompleksiti ekonomi, mencipta peluang pekerjaan bernilai tinggi, memperluas hubungan domestik, mengembangkan kluster-kluster ekonomi baru dan sedia ada serta menambah baik keterangkuman ekonomi.

“Menuju ke depan, dari sudut pandang strategik NIA, kami akan terus usahakan untuk menarik pelaburan berkualiti tinggi untuk membawa nilai kepada negara dan rakyat, bukan hanya dengan mengekalkan pekerjaan bahkan mewujudkan pekerjaan bernilai tambah baru” kata Azmin.

Laporan dipetik dari MalaysiaNow


Demikianlah Artikel Foreign Direct Investment (FDI) Melonjak Lebih 220%

Sekianlah artikel Foreign Direct Investment (FDI) Melonjak Lebih 220% kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Foreign Direct Investment (FDI) Melonjak Lebih 220% dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/09/foreign-direct-investment-fdi-melonjak.html

Subscribe to receive free email updates: