Reformasi PH, Reformasi Syok Sendiri?

Reformasi PH, Reformasi Syok Sendiri? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Reformasi PH, Reformasi Syok Sendiri?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Reformasi PH, Reformasi Syok Sendiri?
link : Reformasi PH, Reformasi Syok Sendiri?

Baca juga


Reformasi PH, Reformasi Syok Sendiri?

Agenda reformasi institusi yang menjadi modal perbincangan dan tawaran politik dalam perkembangan politik negara harus dilaksana dengan segera memandangkan tahap kepercayaan orang Melayu kepada kepimpinan lebih tinggi.

Ini bersandarkan kaji selidik yang dilakukan Ilham Centre terhadap penerimaan rakyat dalam kalangan Melayu-Muslim kepada agenda reformasi institusi dan mendapati orang Melayu boleh menerima idea-idea yang telah dikemukakan.

Felo Penyelidik Ilham Centre Prof Madya Dr Hamidin Abd Hamid berkata, ketika era Pakatan Harapan (PH), sememangnya ada agenda reformasi institusi ini tetapi ia tidak sampai.

“PH syok sendiri, walaupun ia (agenda reformasi institusi) lebih terkedepan tetapi tak sampai kepada golongan bawah,” katanya dalam sidang media Reformasi Institusi Di Malaysia: Pandangan Dan Sentimen Melayu-Muslim hari ini.

Beliau berkata, rakyat meletakkan keupayaan kepada pentadbiran Perikatan Nasional (PN) selepas mengambil alih daripada PH.

“Rakyat khususnya orang Melayu meletakkan kepercayaan kepada pentadbiran selepas PH ini di mana banyak perkara boleh dicapai.

“Orang Melayu yang merupakan etnik terbesar di Malaysia lebih menumpukan kepada isu yang dekat dengan mereka seperti ekonomi dan pendidikan dan bukannya isu-isu nasional yang ada hari ini,” katanya.

Tambahnya lagi, bagi memastikan agenda reformasi institusi ini lebih baik, ketua-ketua pentadbir harus memastikan ia akan tidak lebih kepada parti-parti politik sebaliknya terus kepada rakyat.

“Inilah cerminan kepada dapatan ini. Kaji selidik kami juga mendapati orang Melayu masih mengikut kepada ketua-ketua mereka.

“Inilah pegangan sejak lama dulu, biar apa yang berlaku, kesetiaan mereka kepada ketua sangat kuat,” katanya lagi.

Ketika ditanya mengenai kesediaan orang Melayu menerima pemimpin bukan Melayu, Hamidin berkata, perkara itu semakin meluas dalam kalangan kelompok terbesar itu.

“Mereka tidak menolak walaupun pemimpin mereka bukan Melayu asalkan mereka masih berasa selamat dengan hak-hak istimewa orang Melayu tidak tergugat.

“Ketuanan Melayu tidak disentuh dan terus mengekalkan apa yang telah ada sejak sebelum ini lagi.

“Perkara menerima ini sudah semakin meluas kerana orang Melayu juga semakin bergaul dengan pelbagai kaum lain dan tahap pendidikan mereka juga semakin baik,” jelasnya.

Katanya lagi, elemen-elemen Melayu itu tidak harus menjadi pertikaian dan perlu dijaga dengan sebaik-baiknya.

Sementara itu, Ketua Penyelidikan Ilham Centre Prof Madya Dr Mohd Yusri Ibrahim berkata, beberapa perubahan perlu dilakukan dengan memastikan agenda ini tidak akan melebihkan parti-parti sebaliknya terus kepada rakyat.

“Melihat kepada dapatan itu, kita tahu isu nasional bukan menjadi fokus utama orang Melayu.

“Mereka lebih memikirkan isu pendidikan, ekonomi, sara hidup dan lebih penting adalah membasmi kemiskinan,” katanya dalam sidang media yang sama.

Jelasnya, apabila dibuat perbandingan, isu-isu yang berkait dengan kelangsungan hidup jauh lebih utama dalam pemikiran dan kehidupan masyarakat Melayu-Muslim.

“Hakikatnya, orang Melayu terbuka kepada idea-idea reformasi institusi tetapi ianya bukan prioriti utama orang Melayu.

“Mana-mana pihak yang mahu menjayakan agenda Reformasi Institusi, perlu memahami nilai, budaya, bahasa, norma, demografi dan psikografi bagi menguruskan sentimen, mendapatkan kepercayaan dan sokongan orang Melayu-Muslim ini,” katanya.

Bagi Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Hisommudin Bakar, isu ‘bread and butter’ telah mengatasi segala-galanya.

“Pertimbangan utama orang Melayu dalam memilih pilihan yang ada dalam hidup, mereka akan mengutamakan aspek kelangsungan hidup mereka.

“Jika merujuk kepada agenda seperti reformasi institusi Parlimen, Kerajaan (Pentadbiran), Kehakiman, media, pilihan raya dan lainnya, tema itu terlalu jauh dari kehidupan mereka.

“Ini dibuktikan melalui dapatan survei terhadap soalan institusi yang paling utama perlu dilakukan pembaharuan dengan responden berpendapat fokus harus diberikan kepada Ekonomi dan Pendidikan (32 peratus), diikuti Urus Tadbir Kerajaan (27 peratus), Parlimen (13 peratus), dan Kehakiman (7 peratus) dan Lain-lain (12 peratus),” katanya.

Ilham Centre telah memulakan kajian bermula 7 April 2021 sehingga 11 Jun 2021 yang melibatkan dua metodologi utama iaitu kaji selidik secara tatap muka di lapangan, dan perbincangan kumpulan berfokus (FGD).

Seramai 1,262 orang terlibat sebagai responden kajian yang dipilih secara persampelan rawak berstrata manakala 93 orang peserta yang terlibat dalam FGD yang melibatkan 14 kumpulan.

Dipetik dari Malaysia Gazette


Demikianlah Artikel Reformasi PH, Reformasi Syok Sendiri?

Sekianlah artikel Reformasi PH, Reformasi Syok Sendiri? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Reformasi PH, Reformasi Syok Sendiri? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/09/reformasi-ph-reformasi-syok-sendiri.html

Subscribe to receive free email updates: